Followers

Tuesday 3 June 2014

Kerana KECEWA Dyana Tinggalkan DAP ??


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini berkata, beliau percaya Dyana Sofya Mohd Daud (gambar), calon DAP yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, akan meninggalkan parti pembangkang itu.

Beliau berkata, beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP.

Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012.

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu," katanya.

Dyana Sofya tewas dengan 238 undi kepada presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.

Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi kerusi itu dengan lebih 7,000 undi.

Ditanya sama ada perjalanan Dya­na Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang telah ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan atau platform tetapi untuk memerangi rasuah.

"Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah, bukan untuk menentang kerajaan seperti yang mereka lakukan. Saya menyertainya untuk kebaikan negara dan masyarakat," katanya.

Setelah menyertai parti itu, Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, beliau di lantik sebagai senator untuk mewakili Pulau Pinang.

Pada Mei 2012, beliau mengumumkan meletak jawatan daripada parti itu dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0, yang antara lain, menuntut pilihan raya diadakan secara bebas dan adil.Bernama 

Komen MMI , ada siapa-siapa ketua cawangan nak ambik Dyana jadi ahli ker ???

MMI

2 comments:

  1. Cina DAP banyak bereksperimen dengan Melayu. Mereka gunakan, hiburan, hayalan dadah, cinadoll, isyarat2 seksual untuk merapati GenY Melayu.

    Dyana adalah tikus munduk (guinea pig) DAP dalam eksperimen seksual seductive terhadap minda GenY Melayu.

    ReplyDelete
  2. Tak akan minah ni keluar....kan dah jadi gundik LK Sial....ingat senang ke nak jadi gundik dia?

    ReplyDelete

Labels