Followers

Friday 13 June 2014

Setakat Ultra Malaya Malaysia Tak Akan Mampu Jejak PIALA DUNIA


World Cup 2014 sudah bermula dengan Brazil berjaya menyelamatkan keadaan untuk menang perlawanan pertama.(gambar hiasan)

Banyak penyandang World Cup seperti Argentina, Italy dan lain-lain kalah atau seri di perlawanan pembukaan. Penyandang Spain tidak main di hari pembukaan namun penyandang 5 kali Brazil hampir menemui nasib masa apabila pemain pertahanan brazil Marcello menjaring gol sendiri.

Neymar berjaya menjaringkan gol penyamaan sebelum masa rehat dan menambah gold kemenangan di separuh masa kedua. Oscar 22 tahun melakukan solo dari tengah padang untuk menjaring gol penamat cerita untuk Brazil mengakhiri perlawanan pertama yang mengejutkan di masa awal dengan kemenangan 3-1.


Ini hanya mengingatkan kita pada suatu kenyataan oleh seorang Timbalan Presiden FAM lepas yang meletakkan target 2014 untuk ke World Cup. Adakah sasaran ini untuk pasukan bolasepak atau pengadil bola sepak Malaysia?

Negara yang pernah kita titing-titingkan saja dahulu di dalam arena bolasepak seperti Korea Selatan, Jepun, Saudi Arabia, dan lain-lain negara Timur Tengah sudah jadi nama biasa di persada World Cup.

Malaysia masih di mana?

Adakah sebabnya kerana orang yang gagal masih lagi dinaikkan kepada peranan lebih tinggi untuk terus gagal? 

Betullah suatu ketika bila Khairy menyuarakan rasa menyampahnya dengan pengurusan FAM yang merupakan pengurusan sukan yang terbesar di negara ini. Diapun pernah pegang jawatan dalam FAM sebelum jadi Menteri Sukan.

Maka jawapan kepada soalan sebelum ini adalah Tepuk dada tanya selera. Nak menang ke nak mengampu dan bermain politik persatuan????

kredit theunspinners 

Komen MMI .. macam mana tajuk kat atas tu , kalau setakat nak harapkan kederat budak-budak Ultra Malaya saja tak cukup bro .. something has to be done ! MMI tahu ada macam-macam program pembangunan sekarang ni tapi paling mantap sekali yang harus pihak berwajib lihat dan ubah segera adalah memastikan FAM berada di bawah KBS.

Kemudian pastikan pemain dan jurulatih dan mereka yang benar-benar faham tentang ground berada dalam pucuk kepimpinan FAM.MMI gerenti mantap ..Tak percaya ampa pakat-pakat usaha bagi jadi benda ni !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels