Followers

Friday 20 June 2014

Tangguhan Kes Bukan Tugas POLIS !!


Berikutan penangguhan kes Adun Seri Delima di mahkamah seksyen Pulau Pinang semalam , banyak pihak kini menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak polis.

Rata-rata mereka jelas kecewa dengan keputusan tersebut memandangkan apa yang telah dilakukan oleh Rayer benar-benar mengguris hati orang-orang Melayu.

Malahan orang ramai kini menuntut penjelasan berikutan keputusan tersebut.

Walau bagaimanapun menurut Ketua Polis Pulau Pinang , Datuk Abdul Rahim Hanafi keputusan untuk menangguhkan pendakwaan terhadap kes ADUN Seri Delima RSN Rayer dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya Polis.

Beliau juga menafikan kertas siasatan terhadap Rayer tidak lengkap seperti mana yang dihebohkan dan menegaskan bahawa Polis tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan pendakwaan.

"Saya perlu tegaskan, keputusan untuk menangguhkan pendakwaan itu bukan disebabkan polis atau kerana kami tidak lengkapkan siasatan, semuanya termasuk kertas siasatan telah siap dan diserahkan (kepada pejabat peguam negara).
    
"Keputusan itu dibuat oleh pejabat peguam negara...kami (polis) tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian (tangguhkan dakwaan)," katanya kepada pemberita semalam.

Untuk rekod Rayer sebelum ini didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 kerana dituduh mencetuskan ketidakharmonian dalam negara.

Semalam, Jabatan Peguam Negara memaklumkan akan mendakwa empat individu termasuk seorang wakil rakyat dan seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengikut Akta Hasutan 1948 selepas mempertimbangkan undang-undang, fakta kejadian serta keterangan yang ada. 

Sama-sama kita nantikan tindakan selanjutnya.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels