Followers

Tuesday 24 June 2014

Warkah Buat WARDINA Mai Baca Mai !!


Artis yang sering mencetuskan kontroversi murahan , Wardina Saffiyah semalam telah mengecam kerajaan dalam isu penderaan terhadap seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) yang ditimbulkan oleh media sebelum ini.

Beliau dalam kenyataannya menyebut “Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” Wardina memulakan tulisan di Instagram. 

“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi.Baca Seterusnya 

Dilihat seakan-akan mempertahankan ibu yang mendera kanak-kanak berusia 15 tahun terbabit , Wardina menuduh kerajaan BN menjadi punca kanak-kanak berkenaan didera.

Seperti yang ditulis didalam instagramnya , Wardina menyatakan bahawa penderaan tersebut berlaku kerana kerajaan gagal memberikan bantuan kepada golongan OKU.

Satu tuduhan yang seharusnya difikirkan dulu oleh Wardina sebelum dikeluarkan memandangkan insiden kanak-kanak OKU berusia 15 tahun ini berlaku disebabkan oleh sikap ibu kanak-kanak itu sendiri yang tidak merujuk kepada pihak yang sepatutnya.

Dari pengamatan UtaraNews.com terdapat juga individu-individu lain yang merujuk insiden ini kepada soal kemasyarakatan serta semangat kejiranan yang mungkin diabaikan oleh si ibu terbabit.

Sebagai pihak yang sedang dilanda kesusahan seharusnya ibu kepada kanak-kanak terbabit perlu mendapatkan pandangan jiran serta masyarakat sekelilingnya terlebih dahulu dan jika itu berlaku sudah pasti nasib kanak-kanak OKU terbabit dapat dirujuk kepada pihak yang berwajib.

Wardina mungkin boleh membuat sejuta tuduhan namun satu surat terbuka yang mula disebarkan di media sosial sejak pagi tadi barangkali menjawab segala tuduhan beliau.


Antara ayat yang harus Wardina baca berulang kali adalah "Pihak yang bertanggungjawab yang menjumpai kanak-kanak malang tersebut adalah daripada Imegresen (Agensi Kerajaan).Kemudian dihantar ke HOSPITAL Kerajaan dan di follow up oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat."

Seperkara yang Wardina harus tahu adalah kawasan berlakunya insiden kanak-kanak OKU berusia 15 tahun didera oleh si ibunya itu berada di bawah bidang kuasa ADUN daripada PAKATAN RAKYAT !

YB Arul Kumar Jambunathan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri N10. NILAI dan Wardina seharusnya perlu segera mengeluarkan kenyataan sama ada di mana-mana saluran media sosialnya mengutuk serta menuduh ADUN dari Pakatan Rakyat ini juga tidak menjalankan kewajipannya sebagai wakil rakyat.

Jika itu pun sukar difahami oleh Wardina , adalah lebih baik beliau diam daripada mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.sumber 

MMI

2 comments:

  1. tu lah, bahaya kalau seseorang itu tidak memahami secara menyeluruh sesuatu cerita, kemudian keluarkan pendapat yg wlp barangkali baik dan ada kebenarannya tapi boleh jadi terpesong dan terpusing.

    pelik jugaklah kan, kes ni mengenai pengabaian anak OKU oleh ibu kandungnya sendiri. Allah yg telah menggerakkan mereka yg berkenaan membuat serbuan disitu, jika tidak sudah tentu kekejaman siibu kandung itu masih tertutup rapi.

    kemarahan seharusnya tertuju pada ibu kandung itu bukan kpd org lain atau kerajaan atau sesiapa yg selain dari ibu kandung itu sendiri. Harap siibu yg kejam dan tidak berhati perut itu akans egera mendapat pembalasan yg setimpal agar tidak sewenang2nya lagi memberi pelbagai alasan tak masuk akal. Nak mengakal org pun agak2 la lola, LOL.

    ReplyDelete
  2. Pelik situasi ni ... Orang yang menyelamatkan budak malang dituduh tak bertanggungjawab... Orang yang menyebabkan budak malang berkeadaan begitu dilindungi ... Ajaib... Ajaib... Jadi Wardina lebih ko diam daripada mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan kebodohan diri sendiri dengan menfitnah orang lain.

    ReplyDelete

Labels