Followers

Thursday 24 July 2014

BILA PADERI BACA DOA DALAM MAJLIS LIBATKAN ORANG ISLAM ?!!

Gambar Hiasan
Pulau Pinang tidaklah sehebat mana , negeri yang kini berada dibawah kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP dengan Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng sejak 2008 yang lalu tidak pernah kering dengan isu-isu politik termasuklah isu berkaitan bangsa dan agama.

Tindakan "double standard" dalam operasi pencegahan melibatkan perobohan gerai milik orang Melayu , menganjurkan pemilihan jawatankuasa masjid yang mendapat bantahan rakyat , desakan supaya laungan azan dihentikan , sikap wakil rakyat DAP ala-ala gangster , penghinaan pemimpinnya terhadap orang Melayu  , cabaran pemimpin DAP supaya 13 Mei dikembalikan serta lain-lain isu menjadikan Pulau Pinang terkenal sebagai sebuah negeri paling rasis dalam negara.

Semua yang tercatat diatas sudah pun berlaku dan seperti kebiasaannya kerajaan DAP tidak akan sesekali berhenti daripada terus melakukan tindakan-tindakan sedemikian.Selagi mana impian mereka untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mengamalkan polisi kesamarataan belum tercapai selagi itulah usaha-usaha ke arah itu akan terus dilakukan.

Kini berlaku satu lagi isu yang menggemparkan banyak pihak apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramasamy mendedahkan bahawa pada bulan Februari yang lalu , dalam satu majlis pecah tanah Persatuan India Pulau Pinang berlaku insiden seorang paderi membacakan doa sedangkan dalam masa yang sama masyarakat dari pelbagai latar belakang agama hadir termasuk Islam.

Bukan soal kehadiran mereka yang beragama Islam dalam majlis tersebut yang mahu dipertikaikan tetapi alasan P.Ramasamy bahawa beliau mahu  memastikan majlis itu membabitkan semua orang dari pelbagai agama, termasuk ahli persatuan yang beragama Islam itu yang perlu diperhatikan. 

"Bagi saya, majlis seperti itu seharusnya dipuji kerana ia mencerminkan semangat Malaysia yang sebenar. Saya tidak nampak apa yang salah mengenainya kerana ia adalah salah satu perkara yang terbaik yang telah berlaku" P.Ramasamy

Soalnya mengapa keadaan sedemikian berlaku ? Sedarkah kita bahawa Islam merupakan agama rasmi negara Malaysia ?

Adakah Islam sudah mahu di sama tarafkan dengan agama-agama lain di Malaysia ?

Persoalan yang seharusnya segera dijawab memandangkan agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selain daripada itu di mana suara exco agama kerajaan negeri Malik Kassim tentang hal ini ?

Beliau ternyata gagal menunaikan kewajipannya sebagai seorang pemimpin yang mengaku Melayu dan beragama Islam kerana situasi-situasi seperti ini semakin kerap berlaku.

Malik lebih sibuk menjawab kenyataan daripada bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa bahawa Islam terancam di negeri majoriti bukan Islam.

Dalam masa yang sama sikap Malik juga boleh dipertikaikan memandangkan beliau hanya menyebut tentang peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri kepada badan-badan Islam di Pulau Pinang tetapi langsung tidak mengambil tahu sebarang kejadian dan insiden yang kini jika diamati dengan baik merupakan tindakan untuk menyamaratakan kedudukan antara agama.

Paling teruk PAS di Pulau Pinang seolah-olah diikat kaki dan tangan serta mulut dikunci ! Kenapa ? sumber 

Mungkin akan ada yang beranggapan kejadian paderi berdoa itu melibatkan program persatuan India , kenapa perlu diperbesar-besarkan ?

Ya MMI pun sebenarnya tak kisah sangat , tapi apabila melihat rentak dan agenda puak pembangkang sejak akhir-akhir ini tindakan itu mencetuskan persoalan bukan sahaja kepada MMI tetapi juga kepada yang berada di luar sana.

Apakah ini sebahagian daripada usaha untuk meyakinkan rakyat bahawa konsep kesamarataan itu tidak ada cacat celanya ?

Fikir-fikirkan ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels