Followers

Thursday 24 July 2014

Guan Eng Tolong Jawab 5 Perkara Ni !! @dzainalabidin @cmlimguaneng @abdmalikkassim


Kenyataan Media 

YBhg Dato Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Perhubungan UMNO 
Negeri Pulau Pinang
Khamis 24 Julai 2014

Kenyataan Terhadap Kritikan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dan EXCO Kerajaan Pulau Pinang YB Dato' Malik Kassim terhadap Ucapan Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

1. Dalam satu kenyataan kepada media semalam, YB Dato Malik Kassim, Exco Agama Islam Pulau Pinang telah menyatakan jumlah peruntukan yang diagihkan untuk tujuan urusan pentadbiran dan pembangunan Islam bagi tempoh 2008-2013 di Pulau Pinang iaitu sejak DAP mengambil alih kerajaan Pulau Pinang pada 2008.

2. YB Dato Malik Kassim, Exco Agama Islam Pulau Pinang telah memberikan butiran - butiran berikut sebagai bukti bahawa kerajaan negeri tidak menyekat peruntukan kepada perkembangan syiar Islam dan pembangunan agama Islam di Pulau Pinang:

2008 – RM25.49 juta, 
2009 – RM35.78 juta,
2010 - RM37.85,
2011 - RM 63.21,
2012 -  64.03 juta,
2013 – RM54.55 juta,
2014 – RM51.17 juta.

3. Maka, UMNO Negeri Pulau Pinang ingin memohon butiran-buturan lanjut daripada beliau dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan perkara-perkara berikut.

4. Sekiranya jumlah kewangan sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Dato Malik Kassim telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada urusan pentadbiran dan pembangunan agama Islam di Pulau Pinang untuk tempoh 2008-2013;

A. Berapakah jumlah kewangan yang diperuntukan kepada urusan pentadbiran dan pembangunan agama-agama lain selain Islam di Pulau Pinang untuk tempoh yang sama?

B. Berapakah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang kepada pengembangan agama-agama lain selain Islam di Pulau Pinang, sekiranya ada, untuk tempoh yang sama?

C.  Berapakah pula jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan Pulau Pinang kepada sekolah-sekolah SRJK Cina dan Tamil serta Sekolah-sekolah Mubaligh di Pulau Pinang untuk tempoh yang sama?

5. Mengikut perangkaan jumlah penduduk Pulau Pinang yang dianggarkan seramai 1.65 juta orang, di mana bilangan penduduk dari kaum Melayu pada 40.7% dan kaum Cina pada 42.9% manakala penduduk dari kaum India pada jumlah 9.8%. Kesimpulannya jumlah penduduk kaum Melayu dan kaum Cina boleh dikatakan seimbang di Pulau Pinang. Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil kira nisbah antara kaum dan agama di Pulau Pinang dalam mengagihkan atau memperuntukkan jumlah kewangan untuk urusan pentadbiran dan pembangunan agama-agama di Pulau Pinang?

6. UMNO Pulau Pinang turut mendesak Kerajaan Negeri memberi pencerahan terhadap persoalan berikut. Berapakah keluasan tanah-tanah milik kerajaan negeri termasuk tanah-tanah yang diambil balik oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah dipindah milik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk tujuan pembangunan infrastruktur Agama Islam setelah mengambil alih kerajaan Pulau Pinang sejak 2008 hingga sekarang?

7. UMNO Pulau Pinang menuntut agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat memberikan penjelasan berhubung persoalan-persoalan yang telah dikemukakan sekiranya Kerajaan Negeri adalah benar-benar transparen dalam amalan pentadbirannya.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Labels