Followers

Wednesday 27 August 2014

ASTRO Bagi Tayangan PERCUMA !!!


Baru-baru ni kecoh tentang siaran astro tergendala dan ianya telah membangkitkan rasa kurang senang banyka pihak khususnya pelanggan-pelanggan astro.Disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan maka astro tampil membuat permohonan maaf dan menghadiahkan tayangan percuma kepada para pelanggannya.
Pelangan Astro yang dihargai,
Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.
Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.
Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.
Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.
Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam. 
So kepada semua tak payahlah nak marah sangat sebab benda tu bukan sengaja lagipun penjelasan astro tu boleh diterima.

Lagi satu rasanya semua pengguna astro dah sedia maklum bila hujan siaran akan terganggu sikit dan masalah teknikal semacam ni bukan boleh jangka.Kita tak rumah pun kadang-kadang "black out" , MMI sarankan tak payah marah-marahlah.

Enjoy tayangan percuma ...

Ada yang nak menambah ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels