Followers

Wednesday 27 August 2014

KERAS KEPALA Malah DERHAKA Terhadap DYMM Sultan Selangor !!


Krisis politik yang berlaku di Selangor masih belum menampakkan tanda-tanda untuk selesai , sejak pagi semalam ramai pihak menjangkakan kehadiran Khalid Ibrahim ke Istana Kayangan bagi mengadap DYMM Sultan Selangor akan memberikan titik nokhtah diatas kekalutan yang telah berlaku sejak bermulanya "Langkah Kajang" lagi.

Namun semua itu tidak berlaku apabila Khalid Ibrahim dalam sidang medianya menyatakan bahawa DYMM Sultan Selangor telah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Dalam masa yang sama DYMM Sultan Selangor turut menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat daripada parti PAS, PKR dan DAP supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan, seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar.

Walau bagaimanapun titah DYMM Sultan Selangor tidak dipersetujui oleh PKR dan DAP apabila Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi DAP dalam satu kenyataan media semalam mewakili parti masing-masing menegaskan mereka tetap dengan keputusan awal untuk hanya mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Ianya diperkuatkan dengan alasan bahawa Wan Azizah telah mendapat sokongan daripada 30 orang Adun dan seharusnya Wan Azizah layak untuk dicalonkan kerana jumlah majoriti Adun berada di belakang Wan Azizah.

Seperkara yang harus diteliti disini adalah apakah DAP dan PKR dengan sengaja mahu mengingkari titah Sultan Selangor yang mahukan setiap parti mencadangkan 2 nama calon ?

Bukankah DYMM Sultan Selangor dengan jelas telah menyatakan bahawa baginda telah menangguhkan perletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga Menteri Besar yang baru dilantik , Ini sebenarnya membuktikan betapa DYMM Sultan Selangor sudah mengambil kira semua faktor dan Pakatan Rakyat di Selangor hanya perlu mengemukakan nama-nama calon selain daripada Wan Azizah yang sudah pun dicalonkan.

Adakah DAP dan PKR terlalu bodoh untuk memahami isi kandungan titah DYMM Sultan Selangor ?

Seharusnya DAP dan PKR mengambil jalan mudah dengan segera mencadangkan nama-nama yang dirasakan layak untuk segera dicadangkan kepada DYMM Sultan Selangor sekiranya Pakatan Rakyat di Selangor benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan krisis politik yang kini bukan sahaja berpanjangan tetapi telah menyebabkan rakyat semakin jemu.

Disinilah rakyat khususnya di Selangor perlu sedar bahawa apa yang berlaku kini di Selangor adalah kerana sikap pemimpin PKR dan permainan politik yang keterlaluan sehingga mengheret bukan sahaja pihak istana tetapi juga rakyat.

Kekalutan ini sudah semestinya sedikit sebanyak melemahkan kedudukan politik negeri seterusnya akan menyebabkan banyak pihak lain terjebak.

Keadaan yang pada mulanya boleh diselesaikan dengan baik kini akan terus berlarutan kerana sikap kronisme dan nepotisme yang begitu kuat dalam PKR telah menghalang kemelut politik di bumi Selangor daripada berakhir.

Paling pasti PKR dan DAP punya agenda lain dan kerana itu mereka hanya mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Tindakan DAP dan PKR dilihat banyak pihak sebagai keras kepala sedangkan jalan penyelesaian sudah pun tersedia.Bagi pemerhati politik apa yang berlaku memperlihatkan bahawa DAP dan PKR telah menderhaka kerana ingkar dengan titah DYMM Sutan Selangor.sumber

Apa yang paling MMI bimbang adalah sekiranya keputusan tidak memihak seperti mana yang dimahukan oleh puak-puak Anwar dan berlakunya serangan terhadap kredibiliti institusi raja khususnya melibatkan DYMM Sultan Selangor !

Apakah yang akan berlaku ? Jangan nafikan kerana sudah ada suara-suara sumbang yang mahukan pihak istana jangan campur tangan.

Jika itu berlaku berapa kerat agaknya orang Melayu Selangor yang akan bangun melawan ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels