Followers

Thursday 21 August 2014

BERANI Ker ROS BUBARKAN PKR ?!!


MMI rasa mungkin itu jalah ungkapan yang boleh keluar dari mulut Presiden boneka ni sebab sejak kebelakangan ni dia asyik lari ja.Dari perbualan MMI dengan saki baki puak PAS petang tadi ada yang kata Hadi sebenarnya bukan suka sangat dekat puak-puak PKR dan DAP ni tapi dah sebab sekali dalam Pakatan Haprak !!1

Hah awat sampai lagu tu ?? Bodoh sungguh tak ada pendirian berani la sikit..Apa pun MMI dah kenal sangat dah puak-puak ni gang U-Turn HAMPEH..

Cerita dia isu kedudukan Menteri Besar Selangor yang masih lagi celaru dan Khalid pula yang dah buat laporan dekat ROS.

Persoalan yang bermain dalam kepala hotak MMI ni berani ker ROS nak ambil tindakan BUBAR parti PKR ??

Kemelut politik di Selangor berikutan keputusan Anwar Ibrahim untuk menempatkan isterinya Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim bukan sahaja telah menyebabkan rakyat diakar umbi menjadi mangsa tetapi telah melibatkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Ianya berlaku apabila Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor telah dipecat keahliannya oleh parti PKR tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

Malahan Khalid juga tidak pasti apakah kesalahan yang telah dilakukannya sehingga beliau diminta untuk meletakkan jawatan seterusnya dipecat daripada parti PKR.

Ekoran daripada itu Khalid telah membuat laporan kepada ROS mempersoalkan kesahihan tindakan PKR memecat beliau daripada parti tersebut.

Dalam laporannya Khalid mahukan ROS menyiasat adakah lembaga disiplin dan majlis Pimpinan Pusat PKR mencabuli perlembagaan parti apabila memecatnya.

Beberapa media melaporkan sekiranya ROS mendapati PKR melanggar perlembaaan, parti itu boleh dibatalkan pendaftarannya dan diisytiharkan haram.

Untuk rekod Khalid dipecat oleh PKR namun Sultan Selangor mengekalkannya sebagai Menteri Besar setelah menerima perakuan bahawa beliau masih punya majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Tian Chua semalam telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima arahan dari pihak ROS untuk hadir memberi penjelasan di Ibupejabat ROS di Putrajaya.

“Beliau memang ada terima surat dari ROS untuk memberi penjelasan…kita percaya ia berhubung aduan terhadap parti yang dibuat kepada ROS oleh Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim),” katanya.

Sementara itu ROS sudah pun memulakan siasatan terhadap laporan yang dikemukakan oleh Khalid hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966 yang membenarkan ia memanggil sesiapa yang boleh memberikan maklumat mengenai kes berkenaan atau aduan ketika siasatan dijalankan.

Manakala laporan kepada ROS dibuat oleh Khalid melalui peguamnya supaya siasatan dapat dijalankan terhadap 3 perkara utama seperti dibawah.

1. Siapakah 6 orang ahli Lembaga Disiplin PKR?
2. Apakah 6 orang ini hadir semasa membincangkan kes Khalid?
3. Di manakah senarai nama kesemua ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang hadir dan nama 2/3 daripada mereka yang mengundi memecat Khalid seperti termaktub dalam Fasal 9.1(e) parti tersebut? 

Berdasarkan siasatan itu sekiranya pihak ROS menjumpai sebarang ketidaktelusan atau perlanggaran mana-mana perlembagaan parti dengan sengaja , parti PKR boleh dibatalkan pendaftarannya.sumber 

Amacam agak-agak ROS ada bran ker ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels