Followers

Wednesday 20 August 2014

Dokumen Yang Mampu HANCURKAN Negara !!


"Saya tak setuju langkah Kajang" itulah antara kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Khalid Ibrahim sebelum ini apabila situasi politik di bumi Kajang secara tiba-tiba berubah.Perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Namun semua itu tidak menjadi apabila Anwar hilang kelayakan untuk bertanding disebabkan pertuduhan atau kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari.

Maka hadirlah Wan Azizah sebagai pengganti Anwar dan ketika ini walaupun sudah ada suara-suara yang menolak gerakan terancang ini , mereka-mereka itu tidak mampu untuk terus bersuara kerana tekanan daripada pucuk pimpinan parti PKR dan juga persetujuan daripada DAP serta PAS.

Untuk itu Khalid menyerah dan sama-sama bersekongkol dengan gerakan terbabit dalam PRK Kajang.

Persoalan yang bermain difikiran MMI adalah kenapa Khalid sejak dari awal lagi menolak Langkah Kajang ? Selain daripada Khalid beberapa pimpinan daripada PAS turut sama menolak agenda terancang ini kerana melihat ianya tidak lebih daripada satu lagi momokan politik yang menjadikan rakyat diakar umbi sebagai mangsa.Antara yang paling lantang ketika itu adalah Nasrudin Hasan Tantawi namun tetap tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan.

Mungkin PAS ketika itu lebih melihat kepada Tahaluf Siyasi politik yang telah dibina agaknya.

Kini satu dokumen yang dikatakan tentang operasi SULIT Langkah Kajang telah tersebar dan melihat kepada isi kandungannya cukup untuk MMI katakan ianya bukan sekadar agenda menjatuhkan kerajaan tetapi juga mampu untuk meranapkan sebuah negara bernama Malaysia.








Sejauh mana kebenaran dokumen yang kini sedang tersebar ini MMI sendiri kurang pasti namun melihat kepada agenda dan isi kandungan dokumen diatas ianya tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja.Pihak-pihak berwajib perlu segera menyiasat dokumen terbabit memandangkan ia bukan sahaja melibatkan soal politik tetapi juga soal menjatuhkan kedudukan ekonomi yang mampu melemahkan negara.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels