Followers

Thursday 21 August 2014

Laa DAPigs Ni BODO PIANG Rupanya !!!


Seperti mana yang diketahui ramai parti-parti pembangkang di Malaysia merupakan parti politik yang suka mencari kesalahan orang lain untuk dijadikan bahan politik seterusnya menyusun agenda untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat di akar umbi.

Hakikatnya pihak-pihak ini akan tampil berhujah setiap kali berlakunya sebarang insiden mahupun kejadian-kejadian yang boleh digunakan untuk menghasut rakyat agar terus membenci kerajaan walaupun kebanyakkan daripadanya akan memakan diri sendiri.

Malah ada ketikanya sikap galak pembangkang ini disebabkan oleh tindakan daripada pihak yang mengaku menyokong kerajaan dan semua itu akan dipergunakan sebaik mungkin oleh kem pembangkang.

Terkini DAP mendesak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib mengikuti tindakan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid yang meletakkan jawatan berikutan kemalangan di tapak pembinaan projek MRT yang meragut nyawa tiga pekerja warga asing semalam.

Wakil DAP , Lim Lip Eng menganggap Najib tidak sepatutnya kekal menjadi Perdana Menteri kerana gagal mentadbir negara dengan baik.

“Najib gagal menjanjikan keharmonian kaum di saat negara menghampiri ulangtahun kemerdekaan ke-57 beberapa hari sahaja lagi dan beliau langsung tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut.

“Najib juga kelihatan selamba sahaja bersetuju dengan kenyataan-kenyataan perkauman, termasuk kenyataan ‘balik Tongsan’ oleh orang yang sama yang mengetuai rusuhan di ibu pejabat DAP.

“Sewajarnya Najib dan pentadbirannya mencontohi tindakan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid yang meletakkan jawatan,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan.

Semuanya dikaitkan oleh pemimpin DAP ini  untuk membuktikan betapa lemahnya pentadbiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Namun seperkara yang harus diambil kira adalah tuduhan yang dibuat oleh Lim Lip Eng itu sebenarnya tertuding kepada diri dan parti DAP sendiri.

Sedarkah Lim bahawa pemimpin atau pucuk pimpinan DAP juga sebenarnya awal-awal lagi sudah pun GAGAL dan kegagalan itu sebenarnya membuktikan DAP jauh lebih lemah daripada kepimpinan Datuk Seri Najib.

Lim Lip Eng seharusnya menuntut agar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP supaya segera meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti mahupun pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini amat bertepatan sekali dengan saranan daripada Lim bahawa pemimpin yang GAGAL bekerja seharusnya meletakkan jawatan.Lim Guan Eng merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kegagalan proses pemilihan CEC parti DAP sehingga isu tersebut telah dibawa ke pihak ROS.

Begitu juga dengan percaturan Lim Kit Siang yang meletakkan Dyana Sofya di Teluk Intan sewaktu PRK baru-baru ini.Lim Kit Siang sebenarnya GAGAL bukan sahaja dalam percaturan meletakkan calon PRK tetapi turut GAGAL mempertahankan kerusi DAP di Teluk Intan sehingga terlepas ke tangan Barisan Nasional.

Bukankah 2 contoh di atas merupakan kegagalan besar pemimpin DAP ?

Kenapa Lim Lip Eng tidak pernah sekalipun bersuara supaya nama-nama yang disebut diatas meletakkan jawatan terlebih dahulu ?

Mustahil kerana pembangkang tidak pernah mengaku kegagalan mereka dan dalam masa yang boleh pula menuding jari kepada orang lain.

Selain daripada itu kebanyakkan tuduhan Lim Lip Eng kononnya bukti kegagalan Najib seperti isu pencerobohan serta penculikan di Sabah , salah laku , kepincangan pentadbiran dan pembaziran malahan hal-hal berkaitan dengan isu perkauman seolah-olah sengaja disebut-sebut agar menjadi umpan untuk menghasut rakyat.

Jika benar Lim punya bukti bagi setiap tuduhannya itu mengapa tidak semua itu dibawa kemuka pengadilan ? Sehingga ke hari ini semua itu hanya dimomokkan di pentas-pentas politik kerana mereka sendiri tahu bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Najib punya keupayaan dan bersikap profesional dalam menangani hal-hal melibatkan negara.

Seperkara yang agak melucukan sekali apabila Ahli Parlimen Segambut ini menuding jari kepada kerajaan di bawah pimpinan Najib berkaitan insiden melibatkan isu perkauman dan kekacauan yang pernah berlaku di Malaysia sedangkan hakikatnya semua itu berlaku hasil daripada gerakan dan sokongan dari kem pembangkang sendiri.

Sebagai contoh insiden perhimpunan haram BERSIH yang mengakibatkan kerosakan harta awam selain daripada kecederaan anggota polis.Apakah itu merupakan kesalahan kerajaan ?

Inilah sikap lepas tangan dan menangguk di air keruh yang sering kali dilakukan oleh barisan pimpinan pembangkang dalam Pakatan Rakyat malahan sikap sedemikian sebenarnya merupakan tindakan yang cukup memalukan apatah lagi ianya datang daripada seorang wakil DAP yang mengaku Ahli Parlimen.sumber 

MMI

3 comments:

  1. Biasa le puak ni, mereka yang berak merata lepas tu komplin pasal bau.
    Dah le tu hipokrit, nak ceramah orang lain, tengok dulu kmuka sendiri kat cermin tu.

    ReplyDelete
  2. Salahnya kita pihak penyokong dan ahli politik BN..Adakah penerangan dibuat macam pembangkang buat?..Para pemimpin UMNO, MCA,MIC Dan Parti Komponen sekarang semuanya LENA Kekenyangan...sebab tu tak perlu dibuat penerangan..Kalau Pembangkang cakap tau nak marah..tapi apa KAMU.dah Buat untuk Counter balik..kalau tak keluar TV3 dan tanpa publiksiti haram nak berkerja...Terima la hakikat wahai puak puak BN.

    ReplyDelete
  3. Ini lah jadi nya bila Mahathir menghulurkan keris pada musuh. Nak menegur biar lah bertempat dan sesuai dengan masa nya.

    ReplyDelete

Labels