Followers

Saturday 4 October 2014

Benarkah 2015 Akan Menjadi Amat DASYAT Kepada MALAYSIA ??


Kenyataan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang 2015 akan menjadi tahun yang “amat dahsyat” kepada rakyat kerana perlaksanaan GST adalah jauh dari sasaran. Kenyataan tersebut bermotif politik bertujuan untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan.

Tuan Ibrahim menyebut bahawa kadar inflasi akan naik mendadak untuk tempoh dua tahun selepas GST dilaksanakan. Beliau memetik laporan “2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges” yang disediakan oleh Malaysian Rating Corporation Berhad.

Beliau hanya memetik bahagian-bahagian laporan tersebut secara luar dari konteks untuk mengukuh hujah-hujah.

Memang benar kadar inflasi akan naik selepas GST dilaksanakan seperti yang dialami oleh Australia, Singapura dan China. Tetapi dari pengalaman negara-negara tersebut, kadar inflasi hanya naik untuk dua tahun. Selepas tempoh peralihan kadar inflasi akan menurun kepada kadar normal. Setiap ekonomi yang berkembang akan mengalami kenaikan kadar inflasi.

Impak GST kepada Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index) dalam ekonomi Malaysia selepas GST dilaksanakan dijangka sekitar 1.8%. Ada harga barang yang akan naik, ada yang akan kekal dan ada yang akan turun. Barangan keperluan akan menurun kerana dikategorikan sebagai ‘berkadar sifar GST’.

Kenaikan kadar inflasi dalam tempoh peralihan tidak dapat dielakkan tetapi keadaan ini diimbangi dengan segala manfaat dari perlaksanaan GST secara keseluruhan pada jangkamasa panjang seperti yang dialami oleh Australia, Singapura dan China.

Kenyataan Tuan Ibrahim bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat jelata sekaligus menimbulkan keresahan terhadap kerajaan. Memang lumrah pembangkang untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan tetapi kritikan mestilah rasional dan berasaskan fakta.

Pelaksanaan GST adalah untuk kebaikan rakyat dan negara. Pembangkang harus menerima hakikat ini. Di 160 negara yang melaksanakan GST, bantahan terhadap GST adalah pada tahap minima. Meskipun ada peralihan kerajaan di negara-negara tersebut namun GST tidak pernah dimansuhkan.sumber 

MMI

7 comments:

  1. Kita langsung tak percaya kpd cakap tuan ibrahim atau siapa sahaja..samada gst dilaksanakan atau tidak, samada itu atau ini, cuma kita percaya satu benda sahaja, selagi Nsjib jadi PM..umno akan kalah walau dengan parti bodoh sekalipun..

    Contoh depan mata - umno selangor sudah tidak berfungsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue yem pakar bidang apa nak cakap GST, presiden pon bodoh apa ke hel naib presiden lagi lah teramat bodoh, pas yg dia tau umno tu musuh tegar, dengan dap dan pkr kena kencing dan berak angguk saja, namapon HAMPas parti paling bodoh.
      UMNO tak akan mati selagi semangat melayu ada lainlah pas sekarang dah mati bersama2 pakatan

      Delete
  2. Insyaallah :) ia pasti berlaku....

    ReplyDelete
  3. PAS KALAU TAK MENIPU TAK BOLIH KE

    ReplyDelete
  4. Tuan ibrahim kalau buta ekonomi agaknya..atau berlagak macam pakar..

    ReplyDelete
  5. umno tipu hang tak nampak, maaf tanya hg ni buta ka?

    ReplyDelete
  6. Yang DAP dok tipu PAS tu tak nampak ka ? Yg Anwar Ibrahim dok tipu rakyat Msia tu apa dia ? dasar macai

    ReplyDelete

Labels