Followers

Monday 6 October 2014

Bot Tempur TLDM Hilang Di Perairan SABAH


Sebuah Bot Tempur CB90 TLDM yang akan ditugaskan untuk beroperasi di kawasan Terumbu Layang- Layang (Stesen Lima TLDM) telah hilang perhubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD PAUS semasa dalam perjalanan ke stesen tersebut.

Kehilangan perhubungan komunikasi radio ini berlaku dalam cuaca buruk di sekitar Pulau Mengalum pada jam 1115 hari ini.

KD PAUS dan Bot CB204 telah belayar ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu untuk melaksanakan tugasan di kawasan operasi pada 5 Okt jam 5 pagi. Operasi mencari sedang dilaksanakan oleh aset TLDM, APMM dan aset udara TUDM.

Walau bagaimanapun sehingga kini bot masih belum ditemui. Krew bot tempur milik TLDM ini terdiri daripada tujuh orang dan diketuai oleh Leftenan Azri bin Bakar TLDM. Operasi mencari masih diteruskan mengikut prosedur sedia ada.


MMI

1 comment:

  1. Semuga krew dan bot tersebut selamat dan ditemui. Amin.

    ReplyDelete

Labels