Followers

Wednesday, 29 October 2014

Nada HARUN DIN Makin Lantang Tapi SAYANG !!


Sebagai manusia kita sentiasa punya kelemahan waima siapa pun kita kesilapan sentiasa berlaku dalam tiap saat kita menjalani kehidupan di muka bumi ini.Kerana itu MMI sering kali menyimpan impian untuk melihat umat manusia khususnya orang-orang Melayu bergama Islam dapat bersatu padu dan hidup serumpun dengan berpegang kepada yang SATU.

Namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk merealisasikan impian ini memandangkan bumi bertuah kita ini sering kali diduga oleh Allah swt.

Paling jelas apabila Allah menciptakan dua kelompok Melayu yang berbeza ideologi politik.Jika kita amati dugaan yang diberikan kepada kita itu amat kecil sekali namun kerana kelemahan tiap dari kita maka kita yang seagama berpecah.

Mengapa keadaan ini berlaku dan kenapa kita begitu mementingkan diri ?

Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi pada pandangan MMI ianya lebih kepada sikap sebahagian daripada kita yang sering kali menolak usaha untuk bersatu dan memilih untuk berkuasa.Bukan tidak ada pintu untuk bersatu tetapi kehadiran seorang manusia bernama Anwar Ibrahim mungkin menjadi penyebab kepada apa yang sedang berlaku ketika ini.

Kadang-kadang sedih apabila melihat mereka yang sebangsa dengan MMI dijadikan kuda tunggangan tetapi dikaburi dengan rasa untuk berjihad.

Sampai bila ?

Dalam banyak-banyak pemimpin PAS , Harun Din adalah antara pemimpin yang MMI hormati walaupun berbeza ideologi politik.Dalam isu kalimah Allah , Harun Din berdiri atas pendirian dan kefahamannya tentang agama Islam seterusnya mempertahankan kalimah Allah daripada diguna pakai oleh bukan Islam.

Pendirian itu sama dengan orang UMNO dan ini membuktikan betapa kita sebenarnya tidak banyak beza namun ideologi keterlaluan sehingga membelakangkan agama sendiri menjadi penyebab kepada perpecahan kita selama ini.

Dan kerana itu juga manusia bernama Harun Din bukan sahaja disisihkan pandangannya sebagai seorang ulama dalam parti PAS tetapi turut dilaknat oleh segelintir daripada mereka diluar sana.


Bukan mahu membuka aib sesiapa , tetapi MMI melihat semua yang berlaku disebabkan tidak ada penyatuan dalam umat Melayu di Malaysia.Sampaikan ulama seperti Harun Din pun diperlakukan sebegitu rupa dan semestinya disebabkan politik !

Namun hari ini Harun Din dilihat semakin lantang bersuara dan suara ini semestinya ada kena mengena dengan apa yang selama ini berlaku dalam parti PAS.Rasanya dah begitu lama mereka-mereka ini berdiam diri , menerima setiap kecaman dari pihak luar serta penolakan beberapa keputusan penting melibatkan agama Islam.

PASMA yang dilihat semakin galak mengatur langkah sejak berlakunya krisis antara PAS dan sekutunya dalam Pakatan Haprak dibidas oeh Harun Din selepas Presiden Hadi Awang berbuat demikian semalam.
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak berhak mempersoalkan bidang kuasa Majlis Syura Ulama Pas dalam mengeluarkan larangan ke atas ahli-ahli parti agar tidak melibatkan diri dengan pertubuhan tersebut.Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, tidak timbul isu Majlis Syura Ulama parti mempunyai kuasa eksekutif atau sebaliknya.Menurutnya, Perlembagaan Pas menyatakan, badan itu boleh dan berhak memberi nasihat atau mengambil sebarang tindakan demi menjaga kepentingan parti.“Nasihat dan peringatan memang termasuk dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulama Pas, tidak timbul alasan eksekutif atau tidak kerana kita ada bidang kuasa.“Secara cermat, halus dan beradab kita menasihatkan. Sepatutnya diambil kira demi perpaduan parti dan kebaikan seluruh ahli,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Baca Selanjutnya 
Suara ini dilihat banyak pihak sebagai bukti betapa PAS hari ini sedang berusaha untuk keluar dari lubuk songsang yang selama ini menjadikan mereka sebagai mangsa politik.Tidak ada satu pun kelebihan yang diperolehi oleh PAS sewaktu hubungan bersama sekutu dalam Pakatan Haprak di meterai melainkan sogokan jawatan serta janji-janji kosong yang menyebabkan PAS hampir-hampir rebah.


MMI tak pastilah sejauh mana para penyokong PAS MAMPU membuka hati mereka dan melihat situasi ini sebagai ISYARAT untuk berubah kerana apa yang sedang berlaku , akibat daripada bersekutu itulah maka Presiden parti Hadi Awang diheret ke kandang mahkamah oleh mereka yang mengaku BERSAHABAT !!

MMI

1 comment:

  1. hanya sekadar mengeluh saja ke???peluk tetap peluk...alahai naif nyaaaa....

    ReplyDelete

Labels