Followers

Wednesday 1 October 2014

Nik Abduh Di BIDAS Kurang Akal - @razlanrafii


Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii membidas kenyataan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kononnya parti tersebut merupakan pembuli PAS paling lama dalam sejarah negara.

Sebaliknya, Razlan mahu pemimpin PAS ingat balik bagaimana parti tersebut dipermainkan oleh rakan mereka dalam pakatan pembangkang yang diibaratkan beliau 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain'.

"UMNO bukanlah pembuli PAS sebaliknya PAS sudah memusuhi UMNO sekian lama dalam arena politik tanah air. Pastinya di setiap kerusi yang ditandingi PAS, UMNO akan turun bertanding menentang, istilah pembuli tidak pernah wujud dalam sejarah politik negara antara UMNO dan PAS,"katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Baru-baru ini Nik Abduh yang juga merupakan AJK PAS Pusat mengatakan UMNO adalah parti yang paling lama membuli PAS dan bukan rakan mereka dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan PKR.

Nik Abduh membangkitkan isu itu selepas menyindir PKR yang mengurangkan kuota exco PAS di Selangor daripada empat kepada tiga, dan dalam masa yang sama turut menyalahkan UMNO.

Mengulas perkara itu, kata Razlan, kenyataan Nik Abduh itu kurang akal atau mungkin kenyataan daripada budak hingusan yang suka meletakkan kesalahan kepada orang lain akibat kealpaan dan kesilapan sendiri.

"Ayat tersebut terlalu klise kerana Nik Abduh masih lagi mahu menjaga hati PKR dan DAP yang digeruni selama ini,"ujarnya.

Menurut Razlan, akibat ketamakan kuasa dan rela diperkudakan oleh ‘teman sebantal’, pemimpin PAS terus akur walaupun masyarakat melihat parti itu terus dibuli dan dicabuli hak tertentu mereka dalam Pakatan.

"DAP membuli PAS di Pulau Pinang semenjak mendapat kuasa di sana bukan perkara baru dan realitinya sudah lama orang Melayu sedar akan perkara ini namun kepimpinan PAS Pusat mahupun negeri sanggup pekakkan telinga, butakan hati dan menyalahkan UMNO atas kegagalan mereka mendapat tempat di sana.

"Banyak orang bercakap pemimpin PAS tidak akan sesekali berpaling daripada parti ‘Islam’ tersebut namun hari ini ada pemimpin mereka sudah berani mengumumkan tidak akan teragak-agak bertanding atas tiket DAP jika kepimpinan parti mengambil tindakan menggantung keahlian beliau.

"Sejarah silam dan perjuangan parti komunis DAP yang mengamalkan sekular sudah jelas tersimpang jauh daripada landasan perjuangan Islam,"kata beliau.

Mengulas lanjut, kata Razlan, kegagalan PAS mengawal ahli-ahli mereka terutama berhaluan Anwarinas adalah sesuatu perkara perkara yang amat mendukacitakan dan ini adalah tanda-tanda PAS semakin tiba di penghujung perjuangannya.

DAP menurut Razlan mempunyai ketetapan mempertahankan perlembagaan parti tersebut dan tidak akan berganjak walau seinci pun dalam menentukan hala tuju parti mereka.

"Lihat contoh kes Kalimah Allah. Dasar perlembagaan DAP, mereka memperjuangkan hak kebebasan secara total. Apa saja yang menghalang, pasti DAP akan tetap teruskan juga waima dengan cara apa sekali pun sehingga memperkudakan NGO-NGO dan pemimpin mereka bagi mendesak kerajaan.

"Begitu juga dengan isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah ketika PAS memegang tampuk kepimpinan negeri tersebut di mana DAP mengumumkan mahu keluar daripada Pakatan hanya kerana Allahyarham bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Razak bertegas menutup pusat tersebut walaupun tapak baru telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

"Isu DYMM Sultan Selangor juga mereka (DAP) tidak lari dari Perlembagaan parti apabila mereka terus kekal mempertahankan perkara 1 (satu) sistem parlimen berperlembagaan dan bukan Raja berpelembagaan,"ujarnya.

Jelas beliau lagi, DAP tidak pernah lari dari perjuangan mereka walhal PAS yang mempergunakan agama lari lintang pukang kerana mahu memikat hati kekasih hati mereka, walaupun kekadang tingkah laku PAS seolah-olah sudah terkeluar dari Islam.

"Kepada pemimpin PAS, sedar dan peganglah pada pendirian parti bukannya rakan dalam Pakatan. Bukan kami hendak mengajar tetapi sekadar ingatan jangan pandai menyalahkan UMNO jika kesilapan tersebut datang daripada sendiri.

"PAS jangan mengaku berjuang berlandaskan agama jika Iman dalam jiwa tiada rasa kasih kepada Islam,"katanya.

Menurut Razlan, kejayaan UMNO hari ini mempertahankan majoriti kerusi kawasan orang Melayu sudah jelas menunjukkan parti keramat ini tidak pernah lari daripada mempertahankan dasar Parti yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

"Namun kejayaan PAS adalah membantu kempen DAP, PKR bagi memberi kuasa rakan dalam pakatan pembangkang menambah buli dan derita kepada PAS," ujar beliau.

PAS ketika ini berdepan krisis kepimpinan paling teruk sejak 30 tahun lalu selepas segelintir pemimpin parti itu secara terbuka tidak mengikut jalur dan arahan parti berkaitan beberapa isu penting termasuk kemelut MB Selangor.

Ketika ini wujud perdebatan samada PAS perlu keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara sendirian atau perlu mengikut telunjuk DAP dan PKR.agendadaily

Rasanya Nik Abduh dengan konco-konco dia dah buta , kesan daripada doa Nik Aziz di Pengkalan Kubor tempoh hari.

MMI

1 comment:

  1. Yg sempurna akal mana ada dlm PAS, dah keluar atau sestghnya kena keluar. Yg tinggal semua kurang akal atau mmg tak ada akal. Bnyk yg dibuatnya mmg tak masuk akal.

    ReplyDelete

Labels