Followers

Friday 7 November 2014

Apakah Mereka Sedang BERSEDIA Untuk KEMBALI ??


Sejarah sudah tercatat bahawa bumi Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu punya sejarah tersendiri.Secara mudahnya kita pernah dijajah oleh kuasa asing kerana kekurangan kita dalam banyak perkara.Itu hakikat yang pada pandangan MMI harus kita terima !

Bukan mahu menidakkan kelebihan yang kita miliki tetapi pada dasarnya semua yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan oleh kelemahan kita dalam beberapa perkara yang pada ketika itu sudah dimiliki oleh kuasa asing.

Namun kita belajar dari kelemahan itu sehinggalah hari ini kita punya sebab untuk terus mempertahankan bumi bertuah ini.

Seperkara yang perlu diberikan perhatian adalah dalam banyak-banyak sejarah itu kita sebenarnya sudah pun merelakan sesuatu yang cukup berharga hanya kerana kita begitu percayakan sesuatu.

Kita sanggup menerima mereka yang di bawa dari China dan India sebagai penduduk sah dan diterima sebagai warganegara sewaktu kita berusaha untuk mencapai KEMERDEKAAN satu ketika dulu.

Ya..memang benar penerimaan itu ada kena mengena dengan syarat yang diberikan oleh pihak penjajah tetapi semuanya berlaku kerana pada ketika itu orang-orang Melayu sudah meletakkan kepercayaan bahawa hasil perpaduan ini akan mampu merealisasikan sesuatu yang jauh lebih baik.

Maka terhasillah Malaysia hari ini !!

Perlu diingat kita sudah merelakan nama TANAH MELAYU di tukar kepada MALAYSIA sebagai BUKTI  bahawa kita mahu hidup bersama sebagai satu masyarakat di bumi bertuah ini.

Satu pengorbanan besar sebenarnya dan ianya tidak seharusnya dikhianati oleh mereka-mereka yang hari ini mengaku sebagai rakyat Malaysia !

Kita juga tahu bahawa gerakan komunis menjadi satu pengalaman yang amat memeritkan kepada Malaysia dan bertahun-tahun kita menghadapinya dengan penuh sabar.Walaupun hari ini suasananya tidak lagi seperti dulu kita sesekali tidak boleh sesekali berasa selesa.

Apakah agenda dan fahaman itu sudah tidak lagi menjadi pegangan mereka-mereka yang dulunya terlibat sama ?

Jangan lupa gerakan ini pernah dikesan dan dihalang oleh pihak berkuasa !


Sedarkah kita siapa yang berada dibelakang gerakan-gerakan ini ? Bukan niat MMI untuk menimbulkan rasa cemas pada mana-mana pihak tetapi agak sedikit bimbang memandangkan corak yang hampir sama kini seolah-olah sedang dikembalikan.

Ada 2 perkara yang MMI rasa WAJAR kita berikan perhatian kerana jika salah percaturan maka kita sekali lagi mungkin sedang mengulangi insiden robohnya kota Melaka satu ketika dulu.


1.Kerajaan Pulau Pinang bercadang untuk mencabar pengisytiharan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang ialah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, ia adalah menyalahi undang-undang untuk mengisytiharkan PPS sebagai sebuah pertubuhan haram tanpa sebarang komunikasi, siasatan sewajarnya dan menghormati prinsip keadilan semula jadi.

Beliau berkata Menteri Dalam Negeri secara terang-terang tidak menghormati prinsip keadilan.

"Kami akan berbincang dengan pasukan guaman kami untuk memulakan prosiding perundangan memohon semakan kehakiman terhadap pengisytiharan yang dibuat Menteri Dalam Negeri," Lim Guan Eng.


2.Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP) menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba memburukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan mengatakan ia bersifat perkauman, mengatakan perkara sama boleh diperkatakan kepada sekolah agama.

"Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam‎.

"Tapi saya tidak kata sekolah agama bersifat‎ perkauman, hanya sebagai contoh. Tuduhan mereka pada sekolah jenis kebangsaan, bagaimana pula sekolah agama? Kerana ia perkara sama iaitu sekolah yang hanya untuk kaum tertentu," Oscar Ling.

Kenapa sampai ke tahap itu ? Bukankah semua pihak sedar bahawa terdapat anggota PPS yang terlibat dalam perlakuan atau aktiviti ala samseng sehingga mendatangkan kecederaan kepada orang awam ? Semuanya berdasarkan BUKTI dan laporan Polis ! 

Isu perkauman yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP pula jelas sekali memperlihatkan betapa mereka tidak faham dengan apa yang mereka sendiri ungkapkan.Sekolah agama jauh berbeza dengan isu perkauman kerana ia melibatkan mereka yang beragama Islam yang terdiri daripada pelbagai jenis dan lapisan masyarakat tanpa mengambil kira soal kaum.

Kenapa semua ini berlaku ?

Siapa sebenarnya yang lebih perkauman ?

Dan paling penting gerakan-gerakan ini seperti cuba mengulangi sesuatu !

Apakah mereka sedang bersedia untuk kembali ?

MMI

3 comments:

  1. "Kesederhanaan" yang Najib berikan ke tangan bukan Islam, puak cauvinis, liberalis dan pluralis ! Seolah nya mereka di beri "lesen" melanyak Melayu, Islam dan Perlembagaan.

    Harap semua perkara berbangkit sekarang ini di bincang serius dalam PAU. Satu gelombang keyakinan berdiri di atas platfom yang sama mesti membuat dan mempengaruhi hala tuju Presiden dan Majlis tertinggi UMNO secara berpolisi dan mematuhi dasar-dasar perjuangan Akar Umbi dan kesinambungan relevansi Pertubuhan yang wujud demi Melayu Islam dan Tanah Melayu(Malaysia).

    Serius dan berjiwa sekali ini. Bukan lagi retorik dengan kata-kata. Amaran kepada bukan melayu yang sudah melampaui batas !

    ReplyDelete
  2. Bersedia memang dah lama dah cuma belum masa bertindak. Mereka nih tahu,

    These goons are no longer in defensive mode yet they are only at 'calculated offensive' knowing their assault should be gradual and when the time is right for the picking, it will be full blown all out war!

    Mereka bersedia kita pun juga, hanya cara kita berhemah. Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. cina sibu ni cakap ikut suka je,,,,,nak bgitau sekolah ugama islam bukan untuk orang melyu je tapi untuk seemua bangsa syarat ugama islam sebab tu nama sekolah takda JENIS KEBANGSAAN mcam SJk...sampai ada cina tak pandai cakap melayu pun........tak malu ke duduk malaysia tak pndai cakap melayu,,,,,tutup je sekolah tu

    ReplyDelete

Labels