Followers

Tuesday 25 November 2014

MARIKH Musnah Kerana SERANGAN ??


Sememangnya MMI merupakan peminat isu misteri melibatkan UFO , USO dan hal-hal berkaitan penampakan makhluk asing atau yang seangkatan dengannya.Maka mungkin pemahaman dan pemerhatian MMI sedikit berbeza dengan mereka yang lain.

Misi menjelajah ke orbit dan planet-planet lain di ruang angkasa sememangnya bukan satu kerja mudah dan memerlukan perbelanjaan yang besar selain daripada teknologi terkini bagi menghasilkan sesuatu.

Justeru itu sudah tentulah misi jelajah ke planet Marikh membuka lembaran baru kepada kita semua.Planet yang kini sedang dikaji sepenuhnya oleh pihak-pihak seperti NASA dan lain-lain itu mungkin menjadi planet kedua untuk dihuni oleh manusia.

Maka kerana itu kini satu teori baru telah dikeluarkan oleh seorang saintis mengatakan bahawa dulunya ada kehidupan di planet Marikh dan ianya pupus atau musnah akibat daripada letupan besar akibat daripada serangan makhluk lain atau bahasa paling cool ALIEN !!

Sejauh mana teori ini boleh dipercayai ? Jom kita sama-sama kongsi ..

Seorang saintis, Dr John Brandenburg mengemukan satu teori aneh semasa Annual Fall Meeting of the American Physical Society di Illinois. Menurut beliau, peradaban kuno Marikh musnah akibat serangan nuklear dari ras alien lain.

Dr Brandenburg berkata, penduduk kuno Marikh yang disebut Cydonians dan Utopians dibantai dalam serangan itu. Dan dia mendakwa, buktinya masih ada hingga sekarang.

Dr John Brandenburg adalah saintis yang mendapat gelaran PhD dalam Teori Fizik Plasma dari University of California, Davis. Beliau juga bekerja di Orbital Technologies, Madison, Wisconsin.

Pada 2011 lalu, beliau mengandaikan bahawa warna merah di permukaan Marikh boleh jadi adalah akibat dari letupan termonuklear yang terjadi secara semula jadi.

"Permukaan Marikh disaluti lapisan nipis bahan radioaktif, termasuk uranium, torium (Th) dan kalium radioaktif - dan pola ini teradiasi dari hot spot di Marikh," katanya kepada FoxNews kala itu. "Ledakan nuklear boleh menghantar serpihan ke sekitar planet."

Namun, seperti dikutip dari Daily Mail, Sabtu (22/11/2014), beliau berubah fikiran. Dengan menyebut bahawa letupan nuklear tersebut tidak berlaku secara semula jadi tetapi dilakukan bangsa alien bijak.

Seperti dimuat laman Vice, kesimpulan dari makalah terakhirnya menyebut, isotop nuklear di atmosfera Marikh menyerupai uji bom hidrogen, "yang boleh menjadi contoh tamadun yang terhapus oleh serangan nuklear dari luar angkasa."

Kajian beliau tertumpu di sekitar 'konsentrasi tinggi' Xenon-129 di atmosfera Marikh. Juga uranium dan torium di permukaannya, yang kesemuanya dikesan oleh pesawat milik NASA, Odyssey.

Para saintis lain sebelumnya mengatakan bahawa penampakan elemen-elemen tersebut tidak mengejutkan. Kerana semuanya adalah elemen natural yang boleh didapati di mana pun.

Namun, Dr Brandenburg menegaskan bahawa itu adalah jejak-jejak letupan nuklear di permukaan Marikh.

Makalahnya itu diberi judul 'Evidence of Massive Thermonuclear Explosions in Marikh Past, The Cydonian Hypothesis, and Fermi s Paradox'. Beliau juga merancang menerbitkannya di Journal of Cosmology and Astroparticle Physics.



Dr Brandenburg berkata, Marikh dulunya mirip Bumi - rumah bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dan kehidupan makhluk di sana sama majunya seperti bangsa Mesir purba di planet kita.

Beliau mendakwa, berdasarkan analisis terhadap dua kawasan, salah satunya adalah Cydonia. Di mana 'wajah di Marikh' ditemui. Menurut Dr Brandenburg itu adalah artifak dari bangsa alien kuno.

Di sana lah, kata dia, letupan nuklear memusnahkan peradaban di Cydonia Mensa dan lain - termasuk di kawasan yang disebut Galaxias Chaos.

"Analisis gambar terbaru dari Odyssey, MRO, dan Mars Express memberikan bukti kuat objek arkeologi yang terhakis di sana," kata beliau. "Dengan mengambil kira semua hal itu, data yang mengarah pada hipotesis Marikh sebagai tapak pembantaian antara planet dengan bom nuklear, kini perlu dipertimbangkan."

Dr Brandenburg menambah, teorinya boleh menjelaskan Paradoks Fermi - percanggahan antara anggaran kemungkinan kewujudan peradaban ekstraterestrial yang tinggi dengan kekurangan bukti atau hubungan dengan peradaban semacam itu.

Beliau menyarankan misi menghantar manusia ke Marikh perlu dilakukan secepat mungkin  untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Secara berasingan, pakar UFO, Nigel Watson berkata, Dr Brandenburg bukan yang pertama menduga, makhluk Marikh binasa kerana letupan nuklear.

Meskipun teori tidak kuat dan tak sahih, dia berkata, "itu adalah peringatan bahawa kita boleh melakukan hal yang sama pada planet kita sendiri. Dan menggariskan keyakinan sejumlah saintis bahawa kita mungkin tidak akan mengesan makhluk bijak di luar Bumi, sebab, di suatu titik, peradaban kita akan musnah, melalui bencana dahsyat dan kemusnahan yang disebabkan diri sendiri.

KADANG-kadang terfikir pada ketika pihak di luar sana sudah pun sampai ke tahap mengkaji dunia luar dari bumi , kita masih lagi dengan aksi-aksi lakonan tengok longkang dan sampah ! Tak cukup dengan itu kita lebih suka bertelagah sesama sendiri.

Mungkin kita lupa sebab asyik sangat tengok depan sahaja , kita lupa yang kita juga perlu pandang kiri kanan belakang dan paling penting MENDONGAK !!

Wah luasnya alam !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels