Followers

Sunday 1 February 2015

TOKEY Kasi MINYAK O AIS Satu !!!!

Gambar Hiasan
Mungkin beginilah keadaannya kalau minyak petrol yang kini berharga RM1.70 seliter dijadikan sebagai minuman tatkala cuaca tengah panas terik ni !! Nah ada sapa-sapa yang nak try ker ?

Hihi mesti ada yang kata MMI merapu siang-siang hari ni , tapi inilah hakikatnya sudah dua kali harga minyak TURUN.

Sebelum ini kita sering kali terdengar pelbagai pihak merungut apabila berlakunya peningkatan harga dan kalau tak silap MMI , tahap bising kenaikan harga minyak ini akan berlarutan selama hampir seminggu sejak ia diumumkan.

Namun sebaliknya berlaku hari ini , seolah-olah mereka-mereka yang selama ini bising dan suka memaki-hamun kerajaan tidak ada mulut !!

Langsung tidak ada suara dan sudah barang pasti yang paling menyepi adalah mereka-mereka yang dulunya begitu taksub untuk menaikkan harga barang.

Nah setelah 2 kali pengumuman harga minyak diturunkan , MMI tak jumpa lagi apa-apa banting atau banner di premis-premis pernigaan yang menyatakan mereka turut menurunkan harga barang !!!

Teh O Ais dan minuman lain di kedai-kedai masih lagi harga yang sama ! Sedangkan sebelum ni pelbagai alasan diberikan untuk mempertahankan punca kenaikan harga.

"Gula dan susu sekarang dah naik jadi harga minuman pun naiklah" begitulah ayat-ayat skima daripada para peniaga namun MMI tak nak salahkan mereka-mereka ni sangat sebab masih bergantung kepada si pengeluar dan  pembekal tu !!! 

KOS pengangkutan dan lain-lain naik maka barangan pun ikut sama naik !! Itu adalah ayat biasa yang sering menjadi alasan dan SEKARANG kenapa si pengeluar dan pembekal tak nak turunkan harga ???????

Daripada RM2.10 kini sudah mencecah RM1.70 maka pengurangan sebanyak RM0.40 itu sebenarnya cukup besar malah lebih hebat impaknya kepada pengurangan harga barang.

Soalnya disini kenapa harga barang masih seperti sebelumnya ?????

Pesanan MMI jangan lagi ada mana-mana pihak menyalahkan kerajaan kerana telah terbukti yang menaikkan harga barang adalah mereka-mereka diluar sana yang terlibat secara langsung !

Siapa mereka ?? Terus terang MMI yakin mereka yang paling ramai dalam proses penentuan harga ini adalah mereka-mereka daripada kaum yang dulunya dibawa masuk ke negara kita oleh penjajah !!!

Well MMI rasa sudah sampai masanya seluruh rakyat khususnya pengguna hari ini perlu melakukan sesuatu.Kita perlu jalankan kempen BERTANYA !!!

Setiap kali kita membeli makanan atau barangan maka bertanyalah kepada si peniaga terbabit dengan soalan ini " Harga minyak dah turun , harga barang / makanan ni masih harga lama ke ?" ... Bertanyalah setiap kali kita membeli kerana impaknya sudah pasti cukup besar.

Bayangkan jika seluruh pengguna mencecah berjuta orang itu bertanya kepada setiap peniaga pada setiap kali pembelian mereka , ianya sudah pasti akan menjadi satu igauan negeri kepada peniaga dan sudah semestinya igauan ini akan disoal pula oleh peniaga kepada pembekal seterusnya kepada pengeluar.

Mungkin ada yang bertanya "Boleh menjadi ker ?" Soalnya ampa semua dah bertanya ker ?????

Tadi sewaktu makan tengahari bersama keluarga , MMI bertanya kepada peniaga terbabit soalan yang sama ! Ampa tau apa jawapannya ???

"Itulah dok terfikir juga !" .....

Mungkin mereka-mereka itu akan terus berfikir sehingga tibanya satu pengumuman baru bahawa harga petrol akan meningkat sedikit dan pada masa tu MMI yakin ampa semua tau apa yang akan berlaku !!!!

So jangan berlengah mulalah bertanya !!!!

Orang tua-tua kata malu bertanya sesat jalan !!!!! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels