Followers

Wednesday 25 March 2015

Niat Mereka Sudah Semakin JELAS & TERANG , Apa Lagi Yang PAS Mahu ??

Agak pelik bunyinya apabila DAP memutuskan hubungan dengan Hadi Awang , Presiden parti PAS sedangkan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan dengan parti tersebut.

Apakah keputusan itu dibuat kerana DAP masih punya harapan PAS akan kembali akur kepada telunjuk DAPigsnya ?

Atau keberanian DAP itu kerana mereka tahu bahawa agen-agennya kini sudah pun menguasai parti tersebut dan apa jua yang berlaku sekalipun jentera didikan mereka tidak akan hilang.

Kita tahu matlamat DAP dan agenda mereka ... cuma yang menjadi halangan kini hanyalah kehadiran pemimpin seperti Hadi dan barisan ulama dalam PAS ?

Pastinya keberanian DAP itu ada asasnya dan dari corak gerakan dan pendirian mereka jelas membuktikan DAP mahu supaya PAS segera diambil alih oleh kalangan mereka yang boleh akur dan tunduk kepada dasar perjuangan kesamarataan dan menjadikan hudud sebagai bahan untuk kempen politik semata-mata.

Realitinya DAP sejak dulu tidak pernah bersetuju dengan sebarang keputusan mahupun usaha untuk menguatkuasakan undang-undang hudud !

Kenapa ? Bukan soal undang-undang sangat pun tetapi lebih kepada sikap dan pendirian mereka yang tidak mahu melihat Islam terus bertapak di bumi Malaysia.Kenyataan ini ada asasnya kerana banyak dikalangan pemimpin DAP sendiri yang sering kali menyanggah kenyataan kerajaan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

Mereka lebih suka melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang mengamalkan sikap keterbukaan selain mengamalkan konsep kesamarataan.

Persoalan yang sebenarnya membuktikan PAS sedang tenat ! Mereka GAGAL untuk memperlihatkan Islam kepada DAP seperti mana yang pernah dilaungkan oleh pemimpin PAS sendiri sebelum ini.

Kini mereka bukan sahaja sedang menyerang Hadi Awang habis-habisan tetapi turut menggunakan agen media mereka bagi mengelirukan rakyat.Baca kupasan menarik blogger Dr MiM di SINI 

Tidak cukup dengan itu hadir pula si banjingan ini yang cuba memanipulasi keadaan. Kenyataannya bukan sahaja menghina kedudukan Presiden PAS tetapi turut cuba mengelirukan rakyat khususnya ahli-ahli PAS yang masih buta hati di luar sana. 

Hairan bin ajaib penyokong-penyokong PAS masih lagi lena dibuai mimpi sedangkan kedudukan Presiden sendiri kini ibarat telur di hujung tanduk.

Apakah penyokong kumpulan ulama mampu menghadapi serangan bertali arus daripada agen-agen DAP dari dalam ? Kehadiran PASMA contohnya adalah BUKTI bahawa mereka sudah bersedia lebih awal.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dalam kenyataannya semalam berkata jika PAS mahu kekal dalam Pakatan Rakyat, maka parti itu tiada pilihan lain kecuali menukar Presiden PAS daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada individu lain.

“DAP hari ini memutuskan sebarang hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS. Presiden PAS dianggap menipu dan mengkhianati Pakatan Rakyat serta pengundi.

“Jika PAS ingin kekal dalam Pakatan Rakyat maka Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mestilah ditukar. Jika beliau masih kekal maka PAS mestilah bersendirian, “kenyataan daripada facebook PASMA Malaysia.

Begitu hebat sekali saranan dari ahli parti terhadap kedudukan presiden mereka,Soalnya adakah penyokong PAS sedar serangan ini hanya disebabkan oleh pendirian Hadi terhadap pelan cadangan serta pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan ?

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi twitternya memuat naik beberapa siri komen mengusulkan bahawa sokongan dan kerjasama DAP dengan PAS dalam pakatan pembangkang akhirnya membantu mengasuh keinginan Hudud parti Islam itu.

“DAP harus dipersalahkan kerana meletakkan Malaysia dalam keadaan sukar ini. LKS (Kim Kit Siang) dan LGE (Lim Guan Eng) tanpa disedari menyediakan ekosistem itu kepada PAS,” katanya.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng harus mengaku kesilapan besar mereka yang menyebabkan Malaysia kini berdepan krisis perlembagaan.

“Terima kasih kepada kegagalan strategi DAP yang membawa ke hadapan debat sukar dan memecahbelahkan antara sekular dan agama rakyat pelbagai bangsa di Malaysia,” katanya.

Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keadaan itu membolehkan rakyat melihat sendiri sandiwara pembangkang selama ini yang mengamalkan 'politik menghalalkan cara' walaupun sebenarnya mereka mempunyai asas perjuangan yang berbeza.    

"Hari ini apabila diuji dengan perkara pokok seperti hudud, jelas persefahaman mereka tidak begitu mendalam dan akhirnya rakyat sendiri dapat melihat mereka mempunyai perjuangan berbeza.

"Mereka tidak ada matlamat lain selain untuk merampas kuasa, untuk kedudukan, jawatan dan maki hamun pemimpin selain hidup untuk pecah belah masyarakat. Akhirnya rakyat dapat nilai sendiri perkara yang sebenar," katanya.

Akhir kalam berdasarkan rentetan peristiwa ini , niat DAP semakin jelas dan terang soalnya apa lagi yang dinantikan oleh PAS ?

Cuba untuk menjernihkan keadaan ?

Rasanya jika itulah pendirian PAS sekarang , keadaan akan semakin rumit dan PAS perlu bersedia untuk melihat satu perubahan besar dalam pentadbiran parti itu selepas ini.Dan perubahan itu bakal menyebabkan PAS berubah menjadi parti sekular yang menjadikan kopiah dan serban sebagai bahan untuk kepentingan politik Pakatan Haprak.

Pesanan MMI , jangan biarkan Mat Sabu terus berkeliaran dalam parti !! 

MMI

4 comments:

  1. Pengikut pas ni bsnyak yg bodoh sombong...serban dan ego sama tebal...presiden kena maki oleh DAP masih ok lagi....mme bodoh org pas nih...klu nk nnpk cerdik ini lah masa nk tunjuk sedikit cerdik di kalangan ahli pas nih...pemilihan pringkat bahagian ni agen DAP dlm PAS...ajen anwar dlm PAS dan syiah hendaklah ditewaskan pemilihan parti...husam musa...mat sabu..nipah medin..kalit semut...kamaruddin jaapa....mujahit perlu di tewaskan spt bahlolrozi di kuala kedah smpi togel tinggal spender...ini masa terbaik utk pengikut pas bertindak cerdik..apa apa pun tepuk dada tanya la ego bodoh masing2.....presiden kamo dah dihina oleh DAP dan PKR....terpulang la labuuuu....

    ReplyDelete
  2. Kalau puak bukan Islam tolak hudud boleh diterima lagi kalau yang mengaku Islam tolak ini sudah teruk dah, orang mengaku Islam sendiri takut hudud apatah lagi yang sah memang kafir. PAS pun jangan sombong sangat sekarang adakah DAP dan PKR akan sokong?

    ReplyDelete
  3. Orang2 PAS, tak kira pemimpin atau pengikut, kena faham benar2 kenapa Presiden mereka Hj. Hadi disuruh tukar oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng tu ahli PAS ke yang sebok nak menentukan Presiden Parti Pas? Tidak bukah, habis tu ? LGE adalah s/u agong DAP yang berperanan memecahbelahkan Melayu PAS dgn Umno dan bahkan Melayu Pas dgn Pas sendiri. LGE nak hancurkan orang Melayu dengan melaga2kan kita sesama Melayu. Alhamdulillah kebelakangan ini nampak ramai orang Melayu PAS, UMNO dan PKR sudah menyedari akan hal ini dan sudah mula bertindak lebih bijak demi bangsa, agama ,negara dan anak-cucu masa depan.

    ReplyDelete
  4. PAS adalah parti yang tiada bermaruah kerama membiarkan sekutunya sendiri mengutuk Presiden mereka sedemikian rupa...

    Malu laa ooii... !!

    ReplyDelete

Labels