Followers

Wednesday 25 March 2015

PAS Sedar DAP Guna Pendekatan Pecah & Perintah !

DAP hari ini diberi amaran supaya tidak menusuk ‘jarum beracun’ bagi memecahbelahkan perpaduan di dalam PAS, kata Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS menegaskan bahawa pemimpin dan ahli PAS tidak akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau undang-undang hudud.

“DAP jangan cuba menusuk jarum beracun bagi memecah-belah kesatuan PAS menerusi kaedah pecah dan perintah apabila memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak dengan PAS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Mahfodz berkata, perjuangan untuk mendaulatkan Islam bukan saja perjuangan presiden, tetapi perjuangan yang didukung oleh semua peringkat pimpinan dan ahli PAS.

“DAP jangan memisahkan presiden daripada PAS kerana PAS diketuai dan dipandu oleh presiden sebagai ketua parti.

“Keputusan presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan Undang-Undang Jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015),” katanya.

Dewan itu juga katanya, turut bersetuju dengan pandangan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali bahawa tindakan DAP sejak akhir-akhir ini disifatkan sebagai kebudak-budakan.

“Benar juga penegasan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda, Suhaizan Kayat bahawa memutuskan hubungan dengan presiden bererti memutuskan hubungan dengan PAS,” katanya.

Katanya, DAP perlu menghormati pendirian PAS untuk memperjuangkan undang-undang jenayah Islam kerana ia bukan dasar bersama pakatan rakyat tetapi dasar bersendiri PAS.

Beliau berkata, Dewan Ulama PAS memberi sokongan penuh tidak berbelah-bahagi kepada Abdul Hadi.sumber 

MMI

2 comments:

  1. YEY YEY YEY....
    PAS SUDAH MULA CERDIK. !!!
    AKU SAYANG PAS !

    ReplyDelete
  2. PAS sedar tapi tak boleh buat apa! Sedar saja buat apa? Jadi sesiapa saja boleh menilai berani ke tak berani PAS dengan DAP. Tapi kalau tengok rekod nampaknya tak boleh buat apa! Tapi YB Hj Hadi akhir-akhir ini berani sikit! Tetapi belum tahu lagi kerana pemimpin DAP sangat strategik dibanding dengan pemimpin PAS!

    ReplyDelete

Labels