Followers

Friday 10 April 2015

Ada Persamaan Di Antara Najib & Tun Mahathir

Pastinya warga Malaysia semahunya nak melihat kedua-dua pemimpin ini berganding bahu dan saling membantu dalam apa jua situasi untuk kebaikan negara dan rakyat jelata.

Semestinya juga sebarang insiden yang boleh menyebabkan keretakan hubungan kedua-dua pemimpin ini akan menyebabkan sedikit sebanyak orang-orang Melayu yang masih lagi bernadi UMNO akan berpecah.

Walaupun perpecahan itu tidaklah seburuk perpecahan yang boleh menyebabkan UMNO hilang kekuatannya tetapi sedikit sebanyak ia pasti boleh merencatkan segala perancangan negara dan parti.

Kita tahu walaupun Tun Mahathir sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri setelah meletakkan jawatannya satu ketika dulu , Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh beliau terus menjadi agenda negara waima di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekarang.

Wawasan 2020 sudah menjadi matlamat Malaysia dan secara tidak langsung menjadi kerangka kepada setiap perancangan oleh kerajaan untuk negara.Maka kerana itu kita bolehlah mengandaikan bahawa dengan adanya Wawasan 2020 ini ia telah menyatukan tiap kepimpinan yang menerajui Malaysia sejak dari zaman Tun Mahathir.

Namun adalah sesuatu yang agak menyedihkan apabila kita terpaksa pula berdepan dengan beberapa insiden melibatkan ketiga-tiga pemimpin ini hanya disebabkan perbezaan pendapat mahupun pendirian.

Suka untuk MMI nyatakan disini bahawa apa yang berlaku terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah satu tragedi buat orang Melayu dan UMNO.Tragedi yang telah menyebabkan orang Melayu dan UMNO terpaksa kembali menghitung detik untuk bangkit kembali.

Sejarah telah membuktikan bagaimana kita terpaksa terkial-kial untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional setelah Tun Abdullah meletakkan jawatan.Kemudiannya kita juga sebenarnya telah dihidangkan dengan satu permainan licik daripada orang-orang cina sewaktu PRU13 yang lalu.

Bagaimana kehadiran mereka untuk bersama dengan Barisan Nasional itu kemudiannya diterjemahkan kepada pihak pembangkang seolah-olah UMNO dan BN pada ketika itu telah diperkudakan atau di tipu hidup-hidup.

Tapi kita tidak pernah serik dan mahu sedar betapa permainan politik di luar sana cukup mengjengkelkan.Malah mungkin perkataan kritikal itu agak sinonim kalau kita mahu terjemahkan dalam situasi hari ini.

Kerana itu apakah ada sebarang keperluan untuk sesama kita yang mengaku taat kepada UMNO dan setia kepada negara membuka ruang untuk mereka-mereka yang sedang menanti masa itu bertindak ?

Sewajarnya kita perlu bermuhasabah diri dan mencari kaedah lain selain daripada mengikut kata hati yang mungkin mampu menyebabkan bukan sahaja kita tetapi seluruh generasi selepas kita menjadi PENUMPANG di bumi sendiri !!!!

Kelantangan Tun Mahathir sejak sekian lama sering kali diiringi dengan rasa penuh hormat setiap rakyat Malaysia (kecuali pembangkang yang suka mengambil kesempatan) yang percaya bahawa negarawan ini banyak jasanya.Dan kerana itu banyak pihak tidak mahu tampil untuk kembali mengkritik Tun Mahathir kerana rasa hormat yang terlalu tinggi terhadap beliau.

Malahan MMI tidak sedikit pun menafikan sumbangan dan jasa Tun Mahathir kepada tanahair dan hasil daripada kepimpinan Tun selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri , Malaysia mencipta nama di seluruh dunia.

Namun apabila kritikan demi kritikan yang disulami dengan kata-kata sinis dan sejarah gerakan menjatuhkan kepimpinan UMNO di ulangi , MMI rasa sudah sampai masanya tindakan ini di balas dan kritikan ini dipertahankan.

Semua sedia maklum semalam YAB Perdana Menteri sudah pun menjawab persoalan-persoalan yang di kira panas sejak dua menjak ini dengan penuh ketenangan dan begitu profesional sekali.Anda boleh baca transkrip penuh di SINI 

Dan menjadi harapan MMI sendiri agar rakyat mampu menilai dan bersikap rasional dalam mendepani isu-isu yang dibangkitkan.KITA sedar bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia dan kerana ketidaksempurnaan itu maka manusia pasti akan melakukan kesilapan selain daripada punya kelemahan.

Daripada situ kita kembali memperbetulkan kesilapan dan kelemahan kita agar keputusannya nanti mampu memberikan pulangan yang terbaik kepada rakyat.

Kebetulan semalam seorang anak muda yang lahir ke dunia politik dalam era Tun Abdullah bertanya kepada MMI , apakah benar Tun Mahathir benar-benar hebat di waktu zaman beliau menjadi Perdana Menteri ?

Satu soalan yang rasanya agak sukar untuk dijelaskan kerana khuatir ianya disalah ertikan , namun setelah didesak beberapa kali MMI menjawab.

Sebenarnya jika kita mempersoalkan tentang kepimpinan Tun Mahathir , kita sebenarnya sedang melihat kepimpinan yang sama sedang mengepalai UMNO dan kerajaan pada hari ini.

Ada persamaan di antara Najib dan Tun Mahathir sebenarnya !

Untuk memudahkan jawapan maka MMI mengajak anak muda tadi untuk melihat kembali situasi ekonomi negara pada tahun 1997 yang meruncing akibat diserang penyangak mata wang George Soros.

Jika ramai masih ingat pada ketika itu nilai ringgit jatuh merundum dan kesan akibat daripada itu telah menggugat kedudukan ekonomi negara dan banyak pihak terkesan kerananya.

Maka disaat itu , Tun Mahathir tampil menjadi penyelamat kepada Malaysia apabila mengikat nilai mata wang ringgit kepada RM3.80

Namun ramai yang terlupa bahawa dalam tindakan tersebut Tun Mahathir hanya menjadi pembuat keputusan dengan keberanian yang ada pada dirinya sebagai Perdana Menteri untuk menyelamatkan keadaan negara.HAKIKATNYA idea dan plan untuk mengikat nilai mata wang Malaysia pada ketika itu diilhamkan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Orang inilah yang sebenarnya bertanggungjawab mencetuskan idea untuk menyelamatkan kedudukan ekonomi negara daripada terus diserang penyangak mata wang negara.Hakikatnya yang diraikan dan menjadi hero kepada Malaysia adalah Tun Mahathir bukannya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Dan jika kita bandingkan dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada hari ini , keadaan yang hampir sama berlaku dan ianya sudah pun diperjelaskan oleh YAB PM dalam sesi soal jawab semalam di TV3.

Contohnya pemberian BR1M , ianya bukanlah keputusan YAB Perdana Menteri seorang tetapi melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti jabatan-jabatan kerajaan termasuk Bank Negara, EPU, Kementerian Kewangan dan sebagainya.

Disini pun kita sudah melihat bagaimana persamaan itu sebenarnya wujud , keberanian yang ada pada Tun Mahathir sebenarnya juga ada pada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia dalam memutuskan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk kebaikan negara.

Jadi tidak timbul sebenarnya apakah Tun Mahathir seorang sahaja yang hebat sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana setiap pemimpin yang memikul amanah itu akan berusaha sehabis baik untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalam masa yang sama kita juga perlu melihat kepada suasana dan keadaan pada ketika Tun Mahathir memimpin Malaysia dengan zaman Najib memimpin Malaysia.Ada perbezaan yang cukup ketara jika dibandingkan diantara kedua-duanya.

Jadi secara adilnya , kedua-dua pemimpin ini sebenarnya punya kehebatan masing-masing malah punya prinsip yang sama sayangkan parti UMNO dan Malaysia cuma mereka berbeza pendapat dan pendirian dalam bentuk pelaksanaan dan tindakan.

Itu adalah lumrah dan fitrah manusia , tidak akan ada lagi seorang Tun Mahathir dan tidak akan lagi seorang Tun Abdullah.Tetapi kita harus bersyukur kerana kita masih punya Najib Tun Razak yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Tun Mahathir dan Tun Abdullah. 

Apa jua yang berlaku selepas ini , MMI yakin keberanian yang ada pada diri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mampu membawa Malaysia mencapai matlamatnya dan insya allah dalam sedikit masa lagi segala kemelut yang kini sedang hangat diperkatakan akan dirungkai satu persatu.

Yang paling penting pada ketika ini adalah sejauh mana tindakan kita sebagai rakyat Malaysia untuk benar-benar berlaku adil kepada rakyat yang lain tanpa mengambil kesempatan dengan menuding kesalahan semata-mata kepada kerajaan.

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

7 comments:

  1. Kurang tepat, Najib lebih kepada persamaannya dengan Paklah. Dan kedua-duanya lebih hebat dari Mahathir.

    Paklah berundur dalam tekanan, Mahathir atas kerelaannya dan kita belum tahu Najib pilih yang mana satu.

    ReplyDelete
  2. Tuan saya suka penjelasan tuan. Sayang jika kita baca blog lain mereka membuat telahan sebegini. Baca Din Turtle dan sebagainya. Ya mereka adalah blog pro UMNo... Tp sayang cenderung mahu menggugurkan Najib... Dan berasa mereka sehebat kelompok yang berjaya gugurkan Pak Lah. Sedih ya sikap melayu.

    ReplyDelete
  3. tak apalah anom 17:07..
    sedih juga,...semuanya kata sayangkan Umno...tapi apa yang berlaku sebaliknya.
    jatuh menjatuh,sindir menyindir dan sebagainya.dah lemah bertambah lemah sedangkan musuh bersedia untuk menerkam.

    ReplyDelete
  4. ZAMAN TUN M MALAYSIA TAK SEMACAM NI, ZAMAN NAJIB SEMUA TELAH SEDIA ADA. ITU BEZANYA. APA2 PUN KITA BUKAN MAHU BERPUAK2 SOKONG TUN M ATAU SOKONG NAJIB, KITA MAHU SAMA CARI KEMESRAAN PADA TUN M DAN NAJIB. MANA HULUBALANG2 UMNO HARI INI. TAYANGKANLAH KEHEBATAN MU UNTUK MENJERNIKAN HUBONGAN TUN M DAN NAJIB BUKAN JADI HULUBALANG SATU PIHAK, KALAU MENJADI HULUBALANG SATU PIHAK UMNO AKAN HANCUR.

    ReplyDelete
  5. Sedih jugak....orang melayu,cepat ikut emosi apatah lagi yg berlaku sekarang, macam rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi....

    ReplyDelete
  6. Masalah bukan tak ada hulubalang..... Najib dah dapat soladiriti....dan kabinet ramai menyokong hatta bekas menteri pun apa lagi ahli umno lain..... Masalahnya ramai jembalang yg menyatukan tidakan bertali arus melalui blog yg kononnya cuba menyelamatkan umno. Akar umbi sudah jelas menyokong secara berani dan menyua muka menyokong.... Tapi brengset2 yg mengadu domba kononnya sealiran fikiran dengan Tun ada tunjuk muka?...setakat keyboard warrior ni ( buka semua).... Tak payah tunjuk hulubalanglah. Dekad ini dan zaman ini adalah era Najib. Apa saja dasar Najib buat masa ni adalah untuk kepentingan negara. Tun dulu masa serap dasar pandang timur dia kena kecam...perkenalkan ASN/ASB kena kecam.. Perkenalkan sistem matriks kena kecam.... Tukar Batu ke Kilometre kena kecam.... Ada dia peduli...dia jalan terus.... So apa masalah ngan Najib.... Masalahnya mereka yg nak Najib turn rasa lebih pandai dari org lain.... Melayulah melayu....

    ReplyDelete
  7. Inilah kepandaian yang tak perlu ada kepada orang2 Melayu/Islam iaitu berburuk sangka menjurus kearah memfitnah serta mengadu domba..kan dah kata, baik Najib jawab ke tau tidak, pikiran buruk dah diset dalam fikiran dan tak boleh ubah dah..akan dicari/diolah pula persoalan yang lain pula..
    .. Pengkhianat yahudi melalui pembangkang dan DAP berterusan menjalankan aktiviti menghasut dan melaga2kan antara kaum serta antara negeri2..mereka telah dapat tiket free apabila dapat melaga2kan Dr.M dengan PM menyibukkan kedua2 belah pihak dengan isu panas...mereka tak perlu campur tangan pun melainkan melalui readbean army yg sering saja mencelah mencucuk jarum meracun pemikiran kedua2 pihak yg saling tuduh menuduh (benarlah kata ulama, iblis masuk ke dalam akal melalui pintu yg terbuka akibat perbalahan)..
    . . Sirul Azhar Umar tidak tahu menahu malah tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan pihak tertentu membawa ibunya, Piah Ahmad berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin..Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, bekas koperal polis itu turut merayu kepada semua pihak supaya tidak mengeksploitasi kesnya untuk kepentingan mereka kerana itu boleh menjejaskan proses perundangan yang sedang dihadapinya di Australia (dari blog Generasi Pejuang Bangsa)..yang orang lain ni rupanya pipi tersorong2..zaman sekarang ni sekejap saja dah kantoi niat jahat disebalik sesuatu tuduhan..kalau dah termalu, janganlah pula cari fitnah lain pulak..diam dan bertaubatlahh..ajal sebenarnya sangat dekat, bila2 pun akan datang menjemput kita..jangan kita tinggal ruang terbuka untuk pengkhianat menghancurkan agama, bangsa dan Negara.

    ReplyDelete

Labels