Followers

Tuesday 14 July 2015

Keluhan Zahra Dapat Perhatian GPMS Pulau Pinang


Ramai yang tampil dengan pelbagai pandangan dan pendapat tentang keluhan yang dinyatakan oleh seorang graduan bernama Zahra apabila video ucapannya di satu majlis disebarkan dan menjadi viral di media sosial.

Sebagai anak muda sudah semestinya apa yang diungkapkan Zahra itu mendapat perhatian banyak pihak memandangkan ia menjurus kepada kehidupan kebanyakan golongan muda di Malaysia dalam mendepani kehidupan seharian mereka.Untuk video klik SINI 

Malahan keluhan anak muda ini kemudiannya mendapat perhatian GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) Negeri Pulau Pinang satu pertubuhan NGO yang ditubuhkan sejak tahun 1948 yang selama ini memperjuangkan nasib anak Melayu dalam dunia pendidikan.

Sesuatu yang pasti apa yang dilontarkan oleh GPMS Negeri Pulau Pinang ini adalah realiti yang seharusnya turut sama di fokuskan dalam usaha setiap anak muda khususnya para graduan mendepani hari-hari yang mendatang.

Pertamanya tidak dinafikan apa yang dihadapi dan diluahkan oleh Zahra ini adalah realiti graduan masa kini. Namun rintihan Zahra ini juga bukanlah perkara baharu malah sejak zaman 90-an lagi sudah kedengaran rintihan seperti ini. Ini kerana apabila bergelar granduan mereka terlalu mengharapkan pada pekerjaan makan gaji dan mahukan gaji yang tinggi dengan sekelip mata. 

Keduanya, kita tidak nafikan bahawa keadaan ekonomi negara sekarang ini memang tidak menentu, namun kita harus sedar keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini bukan hanya di Malaysia tetapi ia adalah “global trend” di mana negara-negara besar dan maju juga turut berhadapan dengan situasi yang sama.

Isu susah mendapat pekerjaan dan isu dibayar gaji yang rendah bukan perkara baharu. Ianya sudah lama didendangkan oleh para graduan yang baru mendapatkan ijazah mereka. Sebagai orang yang pernah bergelar graduan suatu ketika dahulu , saya turut melalui keadaan dan situasi yang sama. Namun tidak pernah sama sekali saya mempersalahkan kerajaan kerana tidak mendapat pekerjaan tetap atau gaji yang saya terima kecil.

Sebagai graduan kita perlu memperlengkapkan diri kita dengan pelbagai bentuk kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jangan kita rasa apabila sudah memiliki segulung ijazah dengan mudah orang akan ambil kita berkerja. Apabila kita gagal mendapatkan pekerjaan, kerajaan dihentam segenap sudut dan para pemimpin dipersalahkan, dikritik dan dicerca…

Sebagai seorang Islam, kita sewajarnya bermuhasabah diri. Kita seharusnya merenung dan melihat kemampuan diri kita, memperbaiki kelemahan diri yang ada, mempertingkatkan diri dengan lain-lain kemahiran dan seterusnya berdoa kepada Allah kerana rezeki itu datang daripadaNya bukan daripada kerajaan, Pak Menteri dan mana-mana Tauke.

Pengalaman belajar “ilmu teori” di universiti tidak sama dengan pratikal di dalam dunia pekerjaan sebenar. Anda mungkin graduan CGPA 3.85 namun belum tentu anda mahir untuk mengurus dan meminpin organisasi yang anda bekerja. Maka di sinilah pentingnya untuk kita bermula berkerja dari bawah buat seketika sebelum kita menjawat jawatan tinggi dan mendapatkan gaji yang lumayan. Kalau kena cara yang betul, kalau kena gaya yang tepat percayalah Zahra atau sesiapa sahaja mampu mendapat gaji yang lumayan seperti yang diidam-idamkan.

Rezeki takkan datang bergolek. Ia perlu dicari. Kurangkan rungutan atau salahkan orang lain. Sewajarnya Zahra dan yang seangkatan dengan Zahra tingkatkan usaha. 

Kalaulah Malaysia ini terlalu teruk, kerajaannya terlalu korup, pemimpinnya hanya utamakan kroni dan sebagainya, persoalan mudah saya bagaimana jutaan pekerja Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan lain-lain memilih Malaysia sebagai tempat mencari rezeki ? Malah ada dikalangan mereka yang menjadi jutawan hasil daripada mencari rezeki di bumi Malaysia. Apakah Indon dan Bangla ini punya hubungan baik dengan Najib, punya ikatan persaudaraan dengan Rosmah atau kroni kepada Pak-pak Menteri yang lain?

Buat Zahra perjalanan hidup anda masih jauh. Maka perlengkapkanlah diri dengan kemahiran dan tingkatkan usaha. Banyakkan berdoa dan yakinlah bahawa rezeki itu milik Allah dan kita sebagai hambaNya tidak boleh putus asa memohon kepadaNya. Pasti Allah akan memberikan kepada hambaNya Cuma kita tidak tahu bila dan bagaimana. Jangan terlalu mempersalahkan kerajaan atau melihat kepada halangan, tetapi jadikanlah halangan itu sebagai suatu cabaran. Bijak cari peluang bukannya bijak salahkan orang.

Belajar Terus Belajar

Azdy Mohd Arshad
Ketua Penerangan 
GPMS Negeri Pulau Pinang

3 comments:

  1. keluhan zahra tu bukan tuju kat ampa. dia tuju kat kerajaan. biaq pi la dia nak minta lebih dari yg ampa biasa dpt. pasai apa ampa sume nak dengki. baguih la lagu tu. pasai kita x mintak... la ni bnyak duit lebih depa duk joli.

    ampa bila citer susah org ...ampa mulala pi banding dgn negara bangladesh, indon la mcm2.... tapi bila citer susah ampa ...ampa pi banding pulak dgn negara finland la denmark la ...boleh belajaq free la konon. piiiraaah ...phuii..

    saya sokong zarah! saya dulu lagi susah. tapi saya susah dulu pasai nak tengok depa senang. pasai apa depa nak kena susah macam kami pulak. apalah gunanya pengorbanan kita dulu dari zaman mak pak kami susah payah berkorban ....siap pangkah daching x kira cina ka kling ...pasai nak bagi kerajaan ni bisuk bleh jaga kebajikan generasi kami. inilah masanya generasi depa. zarah kena main peranan.... kena berani teguq pemerintah ...tapi biaq dgn cara yg berhemah nah.

    ReplyDelete
  2. Bg aku tak ada masalah apa pun dgn kenyataan Zahra dan juga pandangan GPMS tu .. Dari awal lagi blog ni dah sebut banyak pandangan tentang ucapan Zahra ni.So masing-masing bagi pandangan mengikut cara masing2 dan aku tak nampak pula ada pihak yang guna kata-kata kesat macam anon 17.45 emosi tak bertempat tu.. banyak pandangan x salah yg salah manusia jenis anon 17.45 ni bahasa saja dah tunjuk org dia macam mana .. kesian

    ReplyDelete
  3. Zahra, anda cuma melihat dari satu sudut. Cuba anda palingkan kepala anda dan lihat dari sudut yang lain pula. Siapakah yang sebenar beria-ia hendak melihat negara kita muflis ataupun rakyat menderita? Dikala kerajaan bersungguh-sungguh mahu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Mahathir dan DAP memburuk-burukkan kerajaan di luar negara. Pelabur nak datang melabur pun fikir dua tiga kali. Ringgit pun jatuh kerana serangan Mahathir dan DAP terhadap 1MDB hanya kerana agenda peribadi dan nafsu politik mereka. Hasilnya pelaburan berkurangan. Apabila pelaburan berkurang peluang pekerjaan pun berkurang. Kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan, pengambilan kakitangan baru dibekukan.

    Kerajaan amat menggalakkan pelajar supaya memilih kursus profesional seperti kejuruteraan dan perakuanan termasuk bidang kemahiran teknikal. Tapi malangnya 70% dari mereka lebih memilih kursus kapas seperti ekonomi, sumber manusia, pentadbiran dsbg. Kemudian mereka ini menyalahkan kerajaan pula. Sedangkan kerajaan lebih memerlukan banyak jurutera, akauntan dan pekerja teknikal berkemahiran tinggi untuk menjadi negara maju.

    ReplyDelete

Labels