Followers

Monday 18 April 2016

DSA 2016 Peranan & Cabaran GLOBAL #DSA2016


Mungkin bagi sesetengah pihak penganjuran DSA 2016 ini hanyalah sekadar penganjuran biasa seperti mana yang sering dianjurkan sebelum-sebelum ini.Ianya dipenuhi dengan syarikat-syarikat kontraktor ketenteraan selain daripada platform bagi memeterai urusniaga antara negara-negara terlibat.

Sesuatu yang pasti apakah yang membezakan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2016) dengan Pameran Udara & Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) ? Apakah ianya hanya dibezakan dengan nama program semata-mata ?

Atas faktor itulah maka MMI merasakan wajar bagi semua untuk terus membaca dan mengetahui apakah yang menarik tentang penganjuran DSA 2016.

DSA 2016 atau Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia yang kini sedang mengambil tempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 18 sehingga 21 April 2016 mempunyai keistimewaan tersendiri.

Selain menyajikan pameran pertahanan melibatkan negara-negara di seluruh dunia , DSA 2016 telah membuka dimensi baru kepada seluruh warga Malaysia dan dunia amnya.

Berdiri atas kapasiti pertahanan maka sudah tentulah ianya berkisar kepada hal ehwal keselamatan serta kelengkapan-kelengkapan canggih yang kini menguasai dunia persenjataan global.Seperti yang kita sedia maklum semua negara di dunia memberikan tumpuan penting terhadap soal keselamatan negara masing-masing termasuklah Malaysia.

Kita sedia maklum dalam suasana dan persekitaran yang saban waktu dibayangi dengan pelbagai aktiviti keganasan maka sudah tentulah faktor keselamatan itu perlu menjadi sebahagian daripada perkara terpenting untuk memastikan kestabilan sesebuah negara.

Gerakan IS yang kini sedang menggila di beberapa buah negara dunia perlulah dilihat sebagai satu bentuk ancaman yang boleh menyebabkan kedudukan sesebuah negara tergugat.Tergugat bukan sahaja dari segi keselamatan rakyat dan negara tetapi mampu mengugat kedudukan ekonomi seterusnya membawa sesebuah negara itu kembali mundur.

Sedar dan bertitik tolak dari situlah maka penganjuran DSA 2016 dilihat kena pada masanya dan menjadi satu keperluan pada ketika kita sedang dan terus berusaha untuk memeliharan kedaulatan negara dan giat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.




Seperti yang kita semua sedia maklum , DSA 2016 pastinya menjadi platform kepada syarikat persenjataan dunia untuk mempromosikan produk masing-masing namun secara tersiratnya DSA 2016 telah membentuk satu perikatan yang cukup baik khususnya bagi memastikan keselamatan negara dengan wujudnya perkongsian idea dan teknologi persenjataan antara negara-negara terlibat.

Malah ianya sudah pun membuka peluang kepada perkongsian pintar serta memulakan kerjasama sinergi dan strategik hasil daripada jalinan perhubungan melibatkan negara-negara peserta.Untuk rekod , penganjuran DSA 2016 edisi ke 15 ini telah berjaya menarik 7 peserta dari negara baharu untuk sama-sama turut serta dan menjadikan jumlah keseluruhan peserta sebanyak 60 buah negara termasuk kuasa-kuasa dunia seperti Amerika Syarikat , Perancis , United Kingdam (UK) , Jerman dan lain-lain.

Daripada jumlah itu DSA 2016 turut menghimpunkan seramai 1200 orang peserta dari pelbagai negara terlibat dan sudah tentu ianya menjadi platfom mudah untuk bertukar-tukar pandangan selain daripada ruang terbaik membina persefahaman khususnya dalam konteks keselamatan.


Lebih menarik penganjuran kali ini juga menampilkan program Belia DSA 2016 yang julung-julung kali diadakan melibatkan 500 warga belia hasil kerjasama  antara Kementerian Pertahanan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi.Antara fokus program ini adalah berkongsi dan memberikan pemahaman tentang faktor keselamatan selain daripada membuka minda para belia untuk melihat ruang dan peluang yang boleh didapati melalui bidang ketenteraan dan industri persenjataan.

Secara tersiratnya DSA 2016 mempunyai banyak kelebihan dan menjadi medan terpenting bukan sahaja kepada pengajurannya tetapi juga kepada negara Malaysia.Dari sudut ekonomi contohnya MINDEF menumpukan kepada 4 aspek utama.

Dalam tempoh masa lima tahun bermula 2015 , berpaksikan kepada empat aspek di bawah inisiatif kesiapsiagaan dengan meningkatkan kesediaan aset dan fasiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), meningkatkan kemampuan menempuh ancaman bukan tradisional terutama di Sabah, menambah baik kebajikan anggota dan anggota veteran ATM serta mengukuhkan sektor komersial dan inovatif industri pertahanan negara. 

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan bajet untuk MINDEF pada 2016 sebanyak RM17.304 bilion (USD4 bilion) yang mewakili kira-kira 6.5 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet negara tahun ini dan 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Bajet berkenaan kebanyakannya untuk menyokong pembangunan ATM dan program perolehan pertahanan. 

Selaras perkembangan industri pertahanan global, Perkhidmatan Pertahanan Asia (Defence Services Asia Exibition & Conference, Kuala Lumpur) (DSA) yang diadakan pada 18 hingga 21 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) merealisasikan harapan kerajaan.DSA berkembang menjadi acara terkemuka dalam kalendar industri pertahanan negara peserta.

Pada masa sama, DSA juga menjadi platform utama bagi ketua kerajaan, pegawai tertinggi dan panglima pertahanan dari seluruh dunia untuk berkumpul demi kepentingan kerjasama dua hala serta menggalakkan komitmen lebih tinggi bagi memenuhi tuntutan pertahanan global. 

Acara dipersembahkan DSA secara konsisten menarik perhatian serta kehadiran orang kenamaan dan pemain industri terkemuka dengan reputasi sebagai 'The VIP Show.'  Misalnya dalam acara yang diadakan sebelum ini, seramai 344 delegasi asing daripada 44 negara menghadiri DSA juga 800 pemimpin dan pemain industri terkemuka Malaysia serta enam kerabat Diraja Malaysia. 

Menelusuri perkembangan dunia, sewaktu Perang Dingin pada tahun 80-an, keadaan sekuriti global menjadi kebimbangan utama bagi banyak negara di seluruh dunia. Terdapat keperluan, terutama di Asia untuk mewujudkan platform bagi komuniti pertahanan antarabangsa dapat berkumpul dan berusaha meningkatkan kemampuan pertahanan negara mereka di samping memperbaiki hubungan antara kerajaan. Ketika itu, tidak ada acara seumpamanya di rantau Asia Pasifik. Justeru, penganjur DSA bersetuju mengadakan perkhidmatan dan pameran keselamatan buat kali pertama di Malaysia. Ia satu peluang bagi pameran industri pertahanan dan perancang dari seluruh dunia berkumpul di bawah satu bumbung untuk berkongsi pendapat serta berbincang isu utama dalam pertahanan bersama pakar lain.

Justeru, ianya merangsang inovasi pertahanan dengan teknologi canggih dari seluruh dunia di samping mewujudkan keperluan untuk meningkatkan kerjasama komunikasi strategik dua hala dalam industri pertahanan. Dalam hubungan ini, pameran DSA yang diiktiraf sebagai acara kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia kerana kita sudah mencapai merit melalui usaha memperkenal dan menangani masalah berkaitan industri pertahanan. Pada masa sama, DSA dapat meningkat kerjasama dua hala serta menggalakkan tahap komitmen yang lebih tinggi ke arah industri pertahanan global.

Oleh yang demikian , DSA 2016 bolehlah dianggap sebagai serampang 2 mata , dalam kita menganjurkan pameran dan membuka peluang-peluang baru kita juga turut menjana pembangunan ekonomi negara dalam konteks pertahanan dan sudah semestinya medan itu terlalu luas dan kerana keluasan itulah kita perlu mengambil peluang untuk sama-sama bersaing di peringkat global.

Yang pastinya kita perlu melihat penganjuran DSA 2016 sebagai pemangkin untuk terus membina hubungan kukuh dengan negara-negara serantau dan dunia.Ini dilihat penting kerana dalam keadaan hari ini hanya hubungan dan kerjasama sebegini mampu menjamin keselamatan negara masing-masing tanpa memandang remeh dengan pembangunan persenjataan milik negara serta tahap siapsiagaan keselamatan negara dan sempadannya.

Kajian Institut Keamanan dan Penyelidikan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) mendapati perbelanjaan global bagi ketenteraan pada 2015 dianggarkan berjumlah US$1.68 trilion (RM5 trilion), meningkat kira-kira satu peratus daripada 2014.

"Perbelanjaan dunia Barat bagi pertahanan berkurangan, tetapi perbelanjaan ketenteraan di Asia dan Oceania meningkat 5.4 peratus pada 2015, rantau paling pesat berkembang di dunia, malah mengatasi Timur Tengah yang dilanda konflik".

Peningkatan perbelanjaan ketenteraan di Asia menunjukkan wujudnya sikap berhati-hati tentang keselamatan serta menyerlahkan betapa pentingnya langkah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Urusan kami adalah melindungi nyawa dan berkhidmat kepada orang ramai. Malah, kami perlu bersiap sedia pada setiap masa untuk menghadapi malapetaka yang mungkin berlaku" Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein , Menteri Pertahana Malaysia.

Syabas Datuk Seri !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels