Followers

Tuesday 8 November 2016

SKMM Serbu MeloyaKini !


Menurut sumber , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini melakukan serbuan mengejut di pejabat portal berita Malaysiakini.

Serbuan diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota datang dengan membawa waran geledah.

Difahamkan, ia adalah ekoran siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini. Baca selanjutnya di SINI.

MMI kata its was a good move memandangkan portal berita pro pembangkang ni sebenarnya dah terlalu banyak menjadi penyebab kepada tercetusnya sebaran maklumat berbau fitnah dan adu domba.

Akibat daripada tindakan tanpa kawalan itulah maka Malaysia hari ini sedang berdepan dengan apa yang MMI labelkan sebagai "Invasion Of The Mind Snatchers" macam filem hollywood tu !

Mereka sentiasa berusaha untuk meracuni pemikiran seluruh warga Malaysia melalui hebahan berita yang jelas sebahagian besarnya berbau politik berat sebelah dan sengaja dihebahkan untuk menanam rasa benci terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Malahan dari pemerhatian MMI sendiri disini jugalah bermulanya gerakan "Character Assasination" apabila portal berita ini menjadi sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

Bagaimanakah caranya ? Hanya dengan menyebarkan berita yang ditokok tambah dan sedikit "Spin" ianya akan disambut oleh pelayar-pelayar internet yang lain dan dihebahkan melalui ruang media sosial.

Berbalik kepada tindakan SKMM menyerbu pejabat portal berita MeloyaKini , MMI sarankan supaya satu siasatan terperinci segera dilakukan oleh pihak berwajib terhadap portal berita ini memandangkan sudah terdapat berita (sebenarnya dah lama didedahkan)  mendedahkan bahawa mereka punya kaitan dengan pihak-pihak yang pernah menjatuhkan kerajaan-kerajaan didunia.

Bahaya bukan ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels