Followers

Sunday 11 December 2016

Cerita NAZI Yang Kit Siang Perlu Tahu !!


Agak pelik bila MMI perhatikan tingkah laku puak-puak pembangkang sejak dua menjak ni , entah puaka apa yang merasuk mereka hinggakan sikap pimpinannya tidak lagi seperti dulu.Kalau dulu puak-puak ini boleh dikatakan begitu sombong dan angkuh apabila berdepan dengan isu-isu politik kini semuanya berubah.

Gelabah dan cepat panas hati selain mudah terasa sudah sebati dengan diri mereka , kenapa agaknya ?

Apa yang MMI perhatikan dengan sokongan PPBM yang kini begitu optimis untuk berganding dengan DAP , PKR dan PAN sepatutnya kem pembangkang tidak perlu gusar dan terus dengan agenda untuk menjatuhkan Najib serta Barisan Nasional.

Namun mereka sebaliknya memilih untuk mengeluh dan keluhan itu dibuat kerana UMNO dikatakan begitu rakus menyerang parti-parti dalam Pakatan Harapan khususnya DAP.

Kerana anggapan sedemikian maka Kit Siang telah melabel UMNO sebagai Nazi !

Aduhaiii apa hal Kit Siang oiii ? Dah tak tahan ka dengan counter attack daripada UMNO ?

Yang pasti tuduhan Kit Siang itu telah memakan diri sendiri , al-maklumlah bila kita membuat tuduhan liar sebegini tanpa mentelaah terlebih dahulu maka kesannya akan berbalik kepada diri sendiri.

Tuduhan bahawa UMNO mirip kepada Nazi itu dibuat oleh Kit Siang dalam Konvensyen Parti Amanah Negara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam.

Alasannya, UMNO lebih mengutamakan kaum Melayu yang dikatakan DAP sebagai bukan satu budaya politik yang sihat. Persoalannya, siapa yang lebih mirip kearah Nazi? Adakah UMNO ataupun DAP?

Dalam hirarki politik kini, UMNO dan Barisan Nasional beberapa kali telah mengalami perubahan pucuk pimpinan. UMNO contohnya, telah dipimpin oleh 7 orang Presiden sejak dari penubuhannya 11 Mei 1946. Sebaliknya, DAP yang ditubuhkan pada 11 Oktober 1965, hampir sebulan setelah parti induk mereka, PAP yang kini menjadi parti pemerintah di Singapura, hanya Lim Kit Siang sahaja yang mengetuai parti ini.

Lebih menarik, di dalam piagam parti DAP, parti ini menggariskan keahlian dari pelbagai kaum. Hakikatnya, sehingga hari ini, hanya kaum Cina sahaja yang menguasai parti ini di mana langsung tiada pemimpin utamanya dari kaum Melayu dan India. Adakah ini bukannya rasis buat DAP?

Hari ini, DAP mendakwa mereka telah lebih terbuka kepada semua kaum. Namun, apa yang cuba disembunyikan oleh Kit Siang adalah, mereka amat memerlukan perkara ini demi memastikan dokrin kesamarataan kaum dengan kehidupan liberal dapat disemai dipemikiran rakyat Malaysia yang bukan dari kaum Cina.

Benar, ahli UMNO berteraskan kepada kaum Bumiputera terutamanya kaum Melayu sahaja. Namun, sejak Perikatan di tubuhkan sehinggalah wujudnya Barisan Nasional, gabungan ini telah dianggotai oleh semua kaum di Malaysia. UMNO adalah untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk kaum Cina dan MIC untuk kaum India. Bukankah pengkhususan pentadbiran sesuatu kaum diketuai oleh kaumnya sendiri?

Bagaimana pula DAP? Sejak dari dahulu, DAP lebih berminat untuk menjadi sebuah parti uniliteral dengan tujuan utamanya untuk memecahkan kaum Melayu di Malaysia. Sebagai contoh, lihat sahaja bagaiman gerakan parti ini berjaya memecahkan PAS dengan UMNO juga turut terheret sama dalam permainan kotor DAP ini.

Bukankah ini mirip strategi politik dan perperangan yang diamalkan oleh Adolf Hitler semasa Perang Dunia Kedua dahulu? Justeru, timbul persoalan, layakkah UMNO digelar sebagai Nazi Baru atau DAP yang beraspirasikan cara pentadbiran Adilf Hitler menerusi Nazi?

Kepada Kit Siang , MMI nak bagitau tak payahlah dok buat kerja-kerja macam ni ! tak perlulah nak terasa hati sangat kot , selama ni yang puak-puak ampa dok balun UMNO siang malam pagi petang tu nak kira macam mana pulak ?


Tabahlah sikit Kit Siang oooi ! Kalau asyik dok mengeluh ja macam mana nak perkuat parti sendiri ?

Nak habaq bagi UMNO dalam tempoh terdekat ni dah pun bangkit dan telah menyelesaikan semua permasalahan yang timbul dan sekarang ini sedang bergerak sederap untuk terus memperkukuhkan jenteranya dan sebab itulah antara serangan awal paling bodoh dalam tahun 2016 ni GAGAL .. Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2016/12/fitnah-tpm-ada-pihak-tak-senang.html 


Akhir sekali Kit Siang kena INGAT pesan ni ... Pi jaga Tun Mahathir elok-elok sebab dalam tempoh mendatang ni ampa semua akan tau sama ada langit tu tinggi ka rendah !

Tak percaya ? Tunggu .....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels