Followers

Monday 6 March 2017

Jangan Hina Kedaulatan Malaysia !


Bagi MMI apa yang berlaku ini adalah kemestian sebab Malaysia punya undang-undang yang perlu dipatuhi oleh siapa jua waima mereka-mereka yang punya taraf tertentu.Undang-undang bukan untuk sesetengah kumpulan tetapi ia merangkumi semua pihak kerana ia merupakan sistem yang menjadi nadi kepada sesebuah negara.

Akibat daripada keceluparan Duta Korea Utara terhadap isu pembunuhan Kim Jong Nam maka kerajaan Malaysia telah bertindak dan MMI menyokong usaha terbabit.

Malaysia keluarkan arahan kepada Duta Korea Utara supaya meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam bermula 6 petang Sabtu. Dalam masa yang sama, Malaysia turut menuntut Korea Utara memohon maaf terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap negara ini berhubung pembunuhan Kim Jong Nam.

Pengisytiharan persona non grata terhadap Duta Korea Utara merupakan satu contoh yang baik untuk semua wakil kerajaan negara-negara luar.

Ada yang kata tindakan ini akan mengeruhkan lagi keadaan antara dua negara dan mungkin akan mengakibatkan konflik yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan rakyat khususnya Malaysia.

Bagi MMI mudah .... Korea Utara perlu belajar untuk hormat hak dan kedaulatan sesebuah negara bukan bersikap biadap sehingga hilang pertimbangan.

Syabas PM dan seluruh saf pimpinan kerajaan kerana tindakan tegas dan berani ini !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels