Followers

Tuesday 4 April 2017

Rakyat Sabah Perlu Hati-Hati Dengan Kehadiran PEMBANGKANG !!


Sejak Shafie Afdal meninggalkan UMNO kemudian menubuhkan parti baru , pembangkang mula melihat Sabah sebagai salah satu daripada sasaran negeri yang mahu ditumbangkan.Mereka melihat dengan kemelut politik yang melanda parti UMNO maka sudah tentulah sedikit sebanyak ianya akan memberikan impak kepada keutuhan UMNO dan BN Sabah.

Soalnya apakah kemelut politik itu benar-benar memberikan kesan kepada UMNO dan BN Sabah seperti mana yang diwar-warkan oleh puak-puak pembangkang ?

Malah kalau kita perhatikan keputusan Shafie Afdal yang tidak menyertai mana-mana parti politik pembangkang sama ada PKR , PPBM atau apa jua parti-parti yang ada sudah pun menjawab bahawa beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Harapan itu sendiri.

Disebabkan itulah Shafie menubuhkan parti Warisan dan dilihat bergerak secara solo walaupun ada bunyi-bunyi parti baru itu akan bersama dengan parti-parti yang mahu menumbangkang BN di Sabah ianya pasti akan mengundang kecelaruan bukan sahaja dari segi prinsip tetapi juga bakal berdepan dengan soal pembahagian kerusi.

Apa jua yang berlaku keadaannya berbeza dengan UMNO dan BN di Sabah !


Dalam mendepani kemelut politik yang berlaku , UMNO Sabah khususnya terus komited dan menangani permasalahan yang berlaku dengan kematangan politik.Usaha dan gerak kerja diteruskan malah dilipatgandakan atas dasar rakyat didahulukan.

Sabah sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) bukan satu keistimewaan, sebaliknya ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipegang oleh semua anggota parti untuk terus mempertahankannya.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata semua anggota parti perlu memastikan BN dan UMNO tetap kuat dan mantap sekali gus menjadi parti yang kekal dalam landasan memperjuang kepentingan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

"Kita mesti bersatu padu dan saling hormat menghormati. Kita mesti bekerja kuat untuk terus mantap dan kuat. Apa yang penting, kita mesti selalu turun padang berjumpa rakyat bagi mengetahui masalah yang mereka hadapi.

"Kita mesti sentiasa bekerja... Kurang bercakap tetapi banyak bekerja walaupun kita tidak tahu bila pilihan raya," kata beliau.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berucap pada perasmian serentak persidangan cawangan UMNO serta Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selaku anggota Parlimen Kota Marudu dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda.


Musa berkata kerajaan BN mempunyai rekod pencapaian yang baik dengan melaksanakan pelbagai kemajuan dan projek pembangunan walaupun tidak menafikan masih banyak perlu dipenuhi dan ditambahbaik demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu terus diperkukuh agar segala peruntukan yang dimohon boleh dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan demi memastikan rakyat di negeri kedua terbesar di Malaysia itu turut merasai nikmat pembangunan.

"Apa yang penting, janji kita dahulu akan kita tepati dan penuhi... Inilah cara UMNO untuk memberi pembelaan kepada rakyat," katanya.

Musa juga mengingatkan rakyat di negeri ini supaya jangan sama sekali terperangkap dengan tipu helah pembangkang yang sekarang ini masuk-keluar kampung menabur janji "bulan dan bintang" yang tidak logik untuk direalisasikan.

Benarlah apa yang Musa Aman katakan tu , Ambil contoh DAP di Pulau Pinang .. sebanyak RM305 juta wang rakyat sudah pun dibelanjakan semata-mata untuk melakukan kerja-kerja kajian projek terowong tetapi akhirnya selepas berbulan-bulan mereka terarah pula kepada projek membina jambatan.

Bukankah ianya satu pembaziran dan langsung tidak menguntungkan warga Pulau Pinang ?

Rakyat Sabah hati-hati dengan kelicikan janji-janji pembangkang ni sebab Guan Eng sampai ke hari ini masih lagi GAGAL mengotakan janjinya untuk memansuhkan tol Sungai Nyior dan penduduk Pulau Pinang hari ini perlu membayar tol semata-mata untuk mengharungi banjir yang pasti berlaku apabila hujan lebat.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels