Followers

Monday 10 July 2017

Kutukan Naib Pengerusi DAP Terhadap Pakatan Haprak , Apa Petandanya ??


Secara tiba-tiba Naib Pengerusi DAP , Dr Ariffin Omar mengutuk Pakatan Haprak yang dianggapnya sebagai serba pincang dan bukanlah sebuah badan yang mampu menaungi parti-parti politik khususnya dalam membentuk acuan serba baru yang dicanangkan oleh para pimpinan pembangkang dalam kempen mereka untuk membina malaysia baru.

Sekali pandang sudah tentulah kita merasakan bahawa kritikan berbau kutukan itu adalah amat tidak wajar sama sekali kerana ianya sudah tentu bakal memberikan gambaran yang tidak baik kepada Pakatan Haprak khususnya dalam keadaan mereka sedang berantakan sesama sendiri.

Dalam masa yang sama tindakan Dr Ariffin itu sudah tentulah sedikit sebanyak akan menjadi kudis baru kepada DAP khususnya kerana parti cauvinis yang kini sedang berdepan dengan krisis integriti dan kredibiliti parti serta pimpinannya dilihat sedang terkapai-kapai untuk meneruskan nyawa mereka dalam medan politik tanahair.

MMI tak nafikan DAP masih lagi punya sokongan daripada kaum cina tetapi jangan sesekali kita lupa parti itu juga sedang berdepan dengan penentangan secara konsisten daripada kaum yang sama sehingga akhirnya berlaku adegan di mana Guan Eng langsung tidak mampu tersenyum lagi.


Insiden memalukan itu berlaku ketika Guan Eng sedang berucap pada upacara perasmian Festival Hari Warisan Dunia Georgetown di Jalan Pintai Tali baru-baru ini.

Guan Eng dalam ucapannya berkata kerajaan Pulau Pinang merupakan sebuah kerajaan yang bersih serta bebas rasuah malah mempunyai peruntukan dana yang mencukupi bagi kesemua projek yang bakal memberikan manfaat kepada seluruh penduduk Pulau Pinang.

Kalau dah macam tu kenapa sampai senget muka ??? Baca SINI

Jadi tak perlulah kot suku-sakat DAP atau para macainya terkinja-kinja mendabik dada kononnya dasar dan petadbiran mereka adalah yang terbaik sebab ianya semakin jelas apabila kaum cina sendiri sudah mula bersuara.

Terkini pula Naib Pengerusi DAP sendiri mengutuk dasar Pakatan Haprak yang disifatkannya sebagai pincang dalam segala segi.Kepincangan ini sebenarnya serius kerana ianya disuarakan sendiri oleh kepimpinan tertinggi parti DAP yang turut bersekongkol dalam Pakatan Haprak malahan DAP adalah parti yang paling jelas mempunyai pengaruh dan kuasa dalam tiap keputusan melibatkan Pakatan Haprak.

Dr Ariffin Omar dalam tulisannya berkata Pakatan Haprak mempunyai banyak kekurangan yang serius melibatkan  urus tadbir , ketelusan dan rasuah.Selain dari itu kem pembangkang ini disifatkan sebagai tidak punya hala tuju yang jelas , bersifat opportunistik dan kerjasama bersama Tun Mahathir yang dipenuhi dengan kepura-puraan. Baca seterusnya di SINI

Sesuatu yang pasti apa yang berlaku itu sebenarnya telah membuka pekung parti DAP itu sendiri !

MMI dah sebut sebelum ini bahawa DAP adalah kepala besar dalam Pakatan Haprak seperti mana amalan kuasa besar YAHUDI , Amerika Syarikat yang sering bertindak sebagai polis dunia sehinggakan PBB sendiri pun tidak mampu untuk menghalang tindakan-tindakan mereka yang jelas melanggar daulat sesebuah negara.

Samalah dengan DAP dan kita dapat melihat bukti-bukti itu berdasarkan keputusan-keputusan sebelum ini khususnya dalam isu membabitkan kedudukan parti PAS dalam Pakatan Rakyat yang kini sudah pun melingkup.

Jangan lupa ianya berlaku hanya kerana pimpinan DAP tidak lagi boleh menerima kehadiran PAS apabila dianggap sebagai lari dari dasar Pakatan Rakyat sedangkan parti-parti lain seperti PKR masih lagi mahukan supaya PAS dikekalkan.

Siapa yang punya kuasa veto ????

Dalam masa yang sama rakyat Malaysia sebenarnya perlu sedar bahawa kutukan Naib Pengerusi DAP terhadap Pakatan Haprak itu sendiri sudah pun menjadi bukti betapa DAP juga tidaklah sehebat mana dan mereka juga pincang dari segala sudut.

Lebih dasyat dari itu Dr Ariffin Omar ini jugalah manusia yang rela untuk bumi Pulau Pinang di KRISTIANkan sehingga pemimpin Melayu yang mengaku Islam dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah DAP tidak mampu bersuara !!!!

Buktinya rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara sebelum ini turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia. 

Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara. 

Dr Ariffin kemudiannya mencelah dengan berkata, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.” 

Dan apa yang pimpinan Melayu dan Islam dalam Pakatan Haprak buat ????


Apa petandanya ????

Mengutuk Pakatan Haprak samalah dengan mengutuk parti sendiri dan dalam sudut yang lain ianya telah mengesahkan kepada kita bahawa DAPlah yang kini menguasai bukan sahaja Pakatan Haprak tetapi juga tindak-tanduk Tun Mahathir dan konco-konconya yang dilihat semakin terdesak sehingga sanggup bertuhankan FITNAH dan penipuan.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels