Followers

Tuesday 11 July 2017

Pemilihan Semula CEC DAP , Siapa Sabotaj Siapa ??


Tak perlu sorok lagi dan terimalah hakikat bahawa parti cauvinis DAP ini sebenarnya tidak sah dan ianya sudah pun diperakui oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) melalui satu kenyataan bahawa RoS telah membuat keputusan berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri bahawa pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) yang baharu sekaligus membuktikan bahawa parti itu adalah HARAM !

Jangan sesiapa menafikan keputusan itu dibuat berdasarkan kepada skandal penipuan dalam pemilihan CEC DAP yang telah dilaporkan oleh ahli DAP sendiri dimana mereka tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013 yang lalu.

Keputusan itu jelas membuktikan berlakunya penipuan dalam pemilihan parti dan DAP khususnya pimpinan tertinggi yang kini berstatus HARAM itu adalah hipokrit kerana sering mengkritik SPR kononnya tidak telus dalam menguruskan PRU sedangkan realitinya merekalah (DAP) yang sebenarnya penipu sehingga sanggup menggadaikan maruah parti sendiri semata-mata untuk kepentingan politik peribadi dan puak.

Untuk menyelesaikan isu berbangkit maka DAP seharusnya perlu SEGERA mengadakan pemilihan semula parti tersebut dan menjadikan RoS sebagai PEMANTAU dan PEMERHATI sepanjang proses pemilihan semula diadakan.

Jika itu berlaku maka semua pihak rasanya akan menerika keputusan yang diputuskan namun perkembangan terkini memperlihatkan kepada kita siapa DAP sebenarnya !

Mereka sebolehnya tidak akan mengaku kebodohan mereka dan kerana itu DAP mula menyerang RoS kononnya RoS cuba untuk sabotaj DAP dan mula melalak dengan laungan RoS adalah agen BN.

Satu tindakan paling dangkal dan bersifat kebudak-budakkan kerana jika benarlah tuduhan DAP itu sudah tentu parti DAP telah lama di HARAMkan oleh RoS.

Dan MMI adalah dikalangan ramai warga Malaysia yang akan tersenyum !

Seperkara yang perlu kita berikan tumpuan disini adalah sikap DAP yang cuba bermain politik dengan "diversion" yang sedang diusahakan dan menjadikan RoS sebagai kambing hitam sedang realitinya yang melakukan kesilapan ini adalah parti DAP itu sendiri.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri ;
DAP berdepan risiko tidak dapat menyertai pilihan raya umum ke-14 jika parti itu gagal mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau kesal DAP mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan arahan JPPM yang merujuk kepada perlembagaan parti itu dan Akta Pertubuhan 1996.
Meskipun begitu, Zahid berkata JPPM tidak akan membatalkan pendaftaran parti itu, walau apapun yang sudah berlaku.
“Sekiranya mereka berhasrat untuk bertanding mereka perlu ikut arahan JPPM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan Umno Gombak.
Menteri menjelaskan jika parti itu gagal patuhi arahan JPPM, maka calon yang ingin bertanding pada PRU nanti tetapi tiada dalam senarai perwakilan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP 2012 tidak akan dapat bertanding PRU.
Beliau berkata JPPM tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman DAP, tetapi hanya bertindak mengikut undang-undang dan perlembagaan.
“DAP mesti fahami apa yang cuba saya sampaikan dan apa yang disebut dalam kenyataan JPPM.
“JPPM sudah berikan mereka masa, selepas pemilihan semula 2013 untuk mereka adakan pemilihan semula dengan menggunakan senarai perwakilan 2012 tetapi tidak,” katanya.
Beliau menjelaskan pihaknya akan mencampuri keputusan JPPM dalam isu ini.
Zahid mengulangi nasihat kepada JPPM supaya berlaku profesional dan mengambil tindakan mengikut perlembagaan DAP dan Akta Pertubuhan.
Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan mereka tidak akan mengadakan pemilihan semula baharu tetapi mahu bertemu JPPM.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah JPPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.
Pada 17 April 2013, 3 minggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, JPPM menghantar sepucuk surat kepada DAP menyatakan CEC baharu parti itu tidak diiktiraf disebabkan pertikaian berhubung pemilihan parti.
Bagaimanapun, JPPM mengeluarkan sepucuk lagi surat pada 19 April memaklumkan parti itu dibenar menggunakan logo roketnya pada PRU.
Pada 22 Januari 2014, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi pihak parti itu dengan menyatakan JPPM tiada kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menafikan pengiktirafan CEC yang dipilih semula pada 29 September 2013.
DAP menarik balik permohonan itu pada 23 September 2014, susulan pengiktirafan JPPM terhadap CEC dipilih semula itu dan pendiriannya yang kenyataan berhubung perkara itu sekadar nasihat dan tidak sah. 
Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri , ianya jelas menyatakan pemilihan semula CEC DAP perlulah diadakan semula merujuk kepada perkara-perkara tertentu yang sudah pun ditentukan oleh pihak yang lebih arif iaitu Ros.

Malah keputusan itu juga sebenarnya sudah pun menyelamatkan parti cauvinis DAP ini daripada di HARAMkan apabila keputusannya parti tersebut hanya perlu mengadakan pemilihan semula.

Apakah keputusan sedemikian begitu sukar untuk dilaksankan oleh DAP yang selama ini mengaku sebagai bertanggungjawab dan diakui oleh Tun Mahathir sebagai parti yang begitu menghormati undang-undang ?

Kalau haprak akan tetap haprak beb !!!!

RUJUK semula kenyataan diatas - Pada 22 Januari 2014, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi pihak parti itu dengan menyatakan JPPM tiada kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menafikan pengiktirafan CEC yang dipilih semula pada 29 September 2013.

DAP menarik balik permohonan itu pada 23 September 2014, susulan pengiktirafan JPPM terhadap CEC dipilih semula itu dan pendiriannya yang kenyataan berhubung perkara itu sekadar nasihat dan tidak sah. 

MMI ulang Guan Eng CABAR bidang kuasa RoS walaupun hakikatnya semua parti politik terikat di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan pemilihan CEC parti DAP perlulah merujuk kepada akta sedia ada bukannya boleh dibuat sambil lewa seolah-olah Malaysia dan undang-undangnya adalah milik MUTLAK DAP !

Dan tak salah kalau MMI kata tindakan DAP ini adalah tindakan sabotaj institusi perundangan negara dan mungkin jika kita tidak berhati-hati mereka akan sampai ke tahap SABOTAJ Perlembagaan Persekutuan !

Nampak tak macam mana haram jadahnya puak-puak DAP ni !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels