Followers

Sunday 30 July 2017

Pentadbiran Kerajaan DAP P.Pinang Caca Marba Di Bawah Guan Eng


Setelah Guan Eng mendapat kritikan demi kritikan akibat daripada kelemahan dan kegagalannya mentadbir kerajaan negeri maka nama Chow Kon Yeow telah diangkat Guan Eng kononnya bakal menggantikan beliau sekiranya berlaku sesuatu terhadap dirinya akibat daripada pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Kiranya inilah orang yang akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Guan Eng , tak apalah hang nak namakan sapa pun MMI bukan kisah sangat pun tapi persoalannya apakah nama yang disebut itu jauh lebih baik daripada Guan Eng ?

Sebagai warga Pulau Mutiara , MMI yakin dan percaya tetap punya hak untuk bersuara dan sekurang-kurangnya mahu melihat pimpinan selepas ini setidak-tidaknya bukanlah datang dari kelompok yang punya agenda cauvinis seperti mana yang diamalkan sebelum dan sehingga kini.

Malangnya nama yang disebut itu juga rupa-rupanya bukanlah dari kalangan mereka yang boleh kita percayai sebab dalam isu anugerah yang diterima oleh pihak MPSP dan MPPP jelas sama sekali ianya berlaku kerana 2 sebab utama ;

1.Kerakusan dan tahap obses menggila puak-puak DAP untuk menjadikan anugerah-anugerah seumpamanya sebagai kempen politik kononnya anugerah itu adalah bukti betapa kerajaan di bawah DAP jauh lebih baik daripada semua kerajaan yang ada di Malaysia.

2.Sikap sambil lewa dan KEGAGALAN para pimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang termasuklah nama-nama yang MMI sebut diatas sana untuk berpegang kepada slogan CAT itu sendiri akhirnya menyebabkan berlakunya kelemahan paling memalukan dalam sejarah pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Seolah-olah Pulau Pinang kini sedang ditadbir oleh sekumpulan BADUT yang tempang di sini sana dan CACA MARBA !

Itulah ungkapan yang disebut oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor , Datuk Shahbudin Yahaya yang menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Dap umpama kerajaan badut yang sentiasa menimbulkan kelucuan seperti tersalah kira, tersalah jumlah projek, beli rumah tiada kolam renang dan terbaru tidak sedar menerima anugerah palsu.

Jelas beliau, ini jelas dapat dilihat apabila akhirnya kerajaan negeri terpaksa mengakui bahawa anugerah yang diterima daripada Europe Business Assembly (EBA) adalah tidak diiktiraf dan ianya berbayar.

“Setelah diasak akhirnya mereka mengakui terpaksa membayar untuk mendapat anugerah tersebut.

“Kini, saya mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersifat ‘gentleman’ dengan menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

“Jika sebelum ini dia begitu agresif di Parlimen meminta kerajaan menjawab segala persoalan dan apabila tidak berpuas hati meminta ditubuhkan suruhanjaya siasatan, jadi dalam hal ini jika ‘gentleman’, jelaskan secara sukarela bagaimana mereka boleh melakukan kesilapan sebegini.” 

Tambah Shabudin, sebenarnya kekeliruan fakta ini bukanlah sesuatu yang asing dengan Dap kerana Dap sememangnya sinonim dengan manipulasi fakta seperti fakta pembinaan terowong,  fakta salah kira undi CEC dan macam-macam lagi.

“Maka, jika kali ini mereka memberi alasan tidak sedar bahawa anugerah ini palsu maka ia adalah perkara biasa bagi melepaskan tengkuk sendiri.

“Mana mungkin mereka tidak tahu ianya palsu kerana anugerah ini perlu dibayar malah kerajaan negeri mempunyai keupayaan untuk menyiasat sebelum membuat pembayaran.

“Atau mungkin kerana terdesak dan mahu orang melihat mereka adalah yang terbaik maka mereka sanggup membuat pembohongan membeli anugerah tersebut agar dapat pujian daripada rakyat. Mereka tidak sangka bangkai gajah yang ditutup akan terhidu juga akhirnya,” bidasnya lagi.

Justeru beliau mendesak Guan Eng untuk menjawab sekiranya benar mereka tidak sedar anugerah ini palsu, apakah kriteria yang digunapakai oleh EBA sehingga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) diiktiraf yang terbaik dan bilakah kajian tersebut dilakukan.

Jika kerajaan negeri tidak mampu menjawab maka terbuktilah bahawa Guan Eng memang langsung tiada kredibliti dalam mengurus nama baik negeri Pulau Pinang.


Baca juga artikel berkaitan di SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels