Followers

Monday, 31 July 2017

Nasib Penduduk Kampung Mutiara Batu Feringghi Pulau Pinang


Hati siapa yang tak sedih bila mana rumah dan kampung yang selama ini menjadi penempatan kita secara tiba-tiba bakal lenyap ? Malah arahan sudah pun dikeluarkan supaya semua penduduk segera mengosongkan rumah masing-masing kerana tanah tempat mereka bermain dan mengenal dunia itu bukan lagi milik mereka.

Secara undang-undangnya para penduduk Kampung Mutiara Batu Feringghi , Pulau Pinang tidak punya alasan untuk menolak notis pengosongan kerana pemilik tanah jauh lebih berhak.

Walau bagaimanapun sebagai manusia apatah lagi rata-rata penduduk yang terdiri daripada golongan bawahan dan pertengahan itu pasti berdepan dengan keperitan kerana jelas perpindahan itu bakal menelan belanja yang agak besar termasuklah kemampuan untuk mendapatkan kediaman yang baru.

Dalam konteks Pulau Pinang pula , sudah tentulah kebanjiran projek-projek pembinaan rumah mewah yang nilai penjualannya mencecah jutaan ringgit bakal mengundang keresahan para penduduk Kampung Mutiara.

MMI sejak awal pagi berada di Kampung Mutiara dan kawasan sekitar dapat melihat sendiri bagaimana suasana dan keadaan para penduduknya apabila diberitakan pada hari tersebut kerja-kerja perobohan akan dilakukan.

Situasinya cukup menyedihkan apatah lagi ianya melibatkan warga tua yang sudah tentu tidak punya kudrat untuk bangkit mempertahankan kampung mereka.

Berikut MMI kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam ;

Penduduk membina halangan di sepanjang laluan masuk ke Kampung Mutiara





Keadaan di pintu masuk laluan ke Kampung Mutiara 






Suasana sekitar Kampung Mutiara





Bagaimana pun satu rundingan telah diadakan oleh wakil penduduk bersama dengan pemilik tanah bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan Penang Online , tempoh selama 3 bulan telah diberikan kepada para penduduk bagi menguruskan urusan perpindahan keluar dari perkampungan tersebut dan ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Baca selanjutnya di SINI

MMI akui secara perundangan penduduk harus mengosongkan kediaman masing-masing dan berpindah keluar dari perkampungan tersebut namun melihat kepada keadaan dan suasana sebegini timbul persoalan apakah yang kerajaan negeri DAP lakukan selama mereka mentadbir Pulau Pinang sejak dari 2008 yang lalu ?

Dalam pada isu perumahan mampu milik masih lagi GAGAL ditangani oleh kerajaan negeri , MMI yakin dan percaya hal membabitkan nasib penduduk Kampung Mutiara ini bukanlah menjadi agenda terpenting kerajaan negeri yang mengaku berjiwa rakyat !

Jika benar kerajaan DAP Pulau Pinang mahu membela nasib rakyat rasanya situasi seperti mana yang berlaku di Kampung Mutiara pastinya tidak akan berlaku kerana ia hanya memerlukan perancangan dan tindakan yang benar-benar menepati slogan Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Realitinya CAT sudah lama mati di Pulau Pinang !

MMI

No comments:

Post a comment

Labels