Followers

Monday 11 September 2017

Bila Tun M Ingatkan Undi PH Sama Dengan Undi DAP


Apa lagi yang boleh MMI katakan sebab Tun Mahathir hari ini bukan lagi Tun Mahathir yang kita kenal dulu.Kehadirannya dalam kelompok politik pembangkang di Malaysia atas emosi melampau dan keterlaluan sudah memakan diri.

Terkini Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad menyifatkan mereka yang memberi undi kepada Pas, sama seperti mengundi BN.

Ini kerana dakwa beliau, ketika Pas dijemput untuk menyertai gabungan parti-parti untuk menentang BN dalam PRU14, Pas meletak syarat yang tetap akan memecah dan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan.

"Syarat Pas sebenarnya akan memberi kemenangan kepada BN," katanya yang dipetik menerusi tulisan terbaharunya di blog http://chedet.cc.

Mengimbau semula sejarah, parti Pas, Mahathir berkata, sejak parti itu ditubuhkan, ia tidak pernah menang di peringkat nasional untuk menjadi Kerajaan, terutama di waktu bertanding tersendiri.

"Adakala Pas menang hanya satu kerusi sahaja. Yang terbanyak ialah 11 kerusi. Pas hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila ia menyertai Barisan Nasional," kataya nya lagi.

Justeru, katanya, hakikatnya ialah hanya apabila Pas bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh Pas sebagai, 'tahaluf siyasi' barulah Pas menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali.

"Tetapi gabungan yang disertai oleh Pas tidak dapat mendirikan  kerajaan pusat," katanya.

Memang benar PAS tidak pernah berjaya untuk menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan tetapi sekurang-kurang parti itu kini sudah mengenali siapa DAP yang paling berpengaruh dalam pembentukan kelompok pembangkang di bawah Pakatan Haprak.

Pengalaman di macaikan dan kemudiannya dihalau umpama anjing kurap paling tidak sudah menyedarkan pemimpin parti PAS bahawa apa jua agenda yang mahu dibawa dalam Pakatan Haprak sekiranya ia melibatkan usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu dan mengukuhkan institusi Islam pasti dihalang.

So MMI nak ucap terima kasih kepada Tun Mahathir sebab ingatannya akan mampu menyedarkan lebih ramai rakyat Malaysia bahawa 1 UNDI untuk Pakatan Haprak bermakna 1 UNDI untuk DAP !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels