Followers

Wednesday 6 September 2017

PAS Di Mata Kit Siang & Guan Eng !


Semalam MMI dah kongsikan artikel berkenaan Kit Siang yang semacam merindui kelibat PAS yang kini tidak lagi bersama Pakatan Haprak.Kerinduan itu jelas diperlihatkan kepada umum apabila Kit Siang mengingatkan PAS bahawa parti itu bakal kehilangan semua kerusi di Johor.

MMI istilahkan ingatan itu sebagai RINDU kerana kita tahu sebelum ini DAP begitu mesra sekali dengan PAS sampaikan berpeluk-peluk dan sanggup bersila untuk makan setalam.Malahan kemesraan itu bukan sahaja berlaku dalam suasana keakraban tetapi membawa sampai seluruh ahli PAS di anjingkan DAP dengan menjadikan mereka sebagai tukang sorak di pentas politik DAP.

Dalam istilah lain MACAI !

Terkini pula si anak pun turut sama melahirkan rasa rindu yang teramat sangat terhadap PAS apabila membuat pesanan secara peribadi dan mengingatkan PAS Pulau Pinang bahawa parti itu hampir mustahil untuk menumbangkan kerajaan negeri sedia ada di bawah DAP.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menolak kemungkinan Pas akan melancarkan satu cabaran yang serius dalam Pilihan Raya Umum PRU14 yang akan datang.

Beliau percaya pilihan raya akan melibatkan perlumbaan dua kuda antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, tanpa kemungkinan kemenangan Pas.

Guan Eng, yang juga timbalan presiden Pakatan Harapan, memberitahu pemberita bahawa parti Islam itu tidak mempunyai cita-cita untuk membentuk kerajaan baru, dengan itu mereka boleh kehilangan undi.

“Pas bertanding demi bertanding, arahan politik mereka telah berubah daripada menentang BN dan Umno untuk bekerja dengan diam-diam dengan mereka.

“Penyokong mereka juga mahu perubahan kerajaan. Mereka mempunyai penyokong tegar mereka sendiri tetapi mereka akan menghadapi kerugian di mana-mana, malah kemungkinan kehilangan Kelantan kelihatan nyata,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menjawab soalan Pakatan Harapan yang menghadapi defisit undi yang mungkin berikutan keputusan parti itu tidak berfungsi dengan Pas untuk pilihan raya umum akan datang.

Lim percaya bahawa pergaduhan tiga penjuru itu akan memberi kesan bukan hanya kepada Pakatan Harapan, tetapi juga Pas dan BN.

“Melihat kepada analisis kami, ada segalanya untuk dimainkan. Dengan Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno dan membentuk PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia, mereka juga boleh kehilangan undi manakala Pas hanya boleh mendapat undi Umno,” katanya.

Well secara praktikalnya tanpa PAS dalam Pakatan Haprak , landskap politik pembangkang hampir pasti berubah dan DAP sedar bahawa tanpa sokongan Melayu daripada PAS terhadap gerakan pembangkang itu akan menyebabkan kawasan-kawasan tertentu yang majoritinya pengundi Melayu dan Islam akan terjejas.

Kit Siang mungkin menumpukan kepada kedudukan DAP di Johor walaupun beliau sendiri sebenarnya awal-awal lagi dah angkat kaki berpindah ke Pulau Pinang seterusnya memberikan gambaran betapa DAP dan penguasaan pembangkang di Johor itu sendiri sebenarnya tidaklah begitu hebat seperti mana yang diwar-warkan.

Jika benar kehadiran Muhyiddin bersama parti cap bunga benar-benar memberikan ancaman politik terhadap kedudukan Barisan Nasional dan UMNO di Johor , mana mungkin Kit Siang akan berpindah ?

Guan Eng pula walaupun beliau tahu PAS tidak akan mampu untuk merampas kerusi-kerusi di bahagian pulau tetapi kedudukan kerusi milik parti-parti pembangkang di Seberang Perai khususnya di kawasan Permatang Pauh , Nibong Tebal dan beberapa kawasan lagi dilihat sebagai berpotensi untuk hilang.

Oleh kerana itulah maka Guan Eng perlu bersuara dan cuba menjadikan UMNO dan BN sebagai proksi PAS apabila kenyataannya menyebut “Melihat kepada analisis kami, ada segalanya untuk dimainkan. Dengan Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno dan membentuk PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia, mereka juga boleh kehilangan undi manakala Pas hanya boleh mendapat undi Umno”.

MMI kata tak perlulah Guan Eng nak main benda-benda macam ni analisis bagai , lebih baik buka mulut dan buat permohonan maaf dekat SPRM kan lebih baik tak perlulah SPRM ambil tindakan !

Ini tidak membisu dan langsung tak nak ulas bila wartawan tanya , lupa ka kenyataan tu berupa tuduhan dan fitnah terhadap SPRM ?

Dan Guan Eng ni lebih banyak PUTAQ tak percaya tengok video kat bawah ni ...



Situasinya Guan Eng sedang berusaha untuk tanamkan fahaman di kepala otak warga Pulau Pinang bahawa PAS kini bersama UMNO , sentimen yang sedang dimainkan untuk mengajak rakyat supaya terus membenci parti-parti terlibat dan memberikan sokongan kepada DAP yang kini sedang dilanda dengan pelbagai masalah sama ada dari sudut pentadbiran kerajaan negeri mahupun skandal membabitkan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

Memualkan !

Lastly MMI juga dimaklumkan bahawa ramai dari kalangan warga cina sendiri kini sudah mula mempertikaikan tindak-tanduk DAP selaku peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang dan mereka kini sedang mempertimbangkang untuk menghukum parti itu dalam PRU14.

So kita tunggu tengoklah !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels