Followers

Saturday, 28 October 2017

Apa Lagi Pilihan Pembangkang , Bajet 2018 Bukan Seperti Bajet Lanun Pakatan Haprak ?


Pembentangan bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu jelas sama sekali telah melenyapkan cerita dongeng dan rekayasa puak-puak pembangkang.

Kehadiran Datuk Seri Najib ke Dewan Rakyat dengan tema biru kali ini cukup dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat Malaysia dan sudah tentunya isi pembentangan itu menjadi perkara paling penting untuk dinilai dan diterjemahkan oleh rakyat mengikut keperluan dan pandangan masing-masing.

Sebagai pemerhati politik, MMI antara jutaan rakyat yang mengikuti pembentangan tersebut dan ianya jelas memperlihatkan betapa kerajaan Barisan Nasional cukup komited untuk terus menyediakan keperluan dan memenuhi kehendak seluruh warga Malaysia.

Perkara ini boleh kita lihat khususnya melalui pengumuman-pengumuman baharu yang dibuat selain penambahbaikan terhadap perkara-perkara sedia ada.

Mengambil kira suasana dan perkembangan dunia pada hari ini, Bajet 2018 bolehlah MMI simpulkan sebagai antara yang terbaik dalam semua bajet yang pernah kerajaan bentangkan dan ianya lebih menarik lagi apabila pembangkang sendiri terkunci mulut dan hanya mampu melalak dengan lolongan emosi politik.

Jika sebelum ini mereka dengan lolongan dan plakad "Siapa MO1" kali ini mereka dengan lolongan yang sama cuma bunyinya berlainan "Kleptokrasi" !

Maka kalau kita perhatikan tingkah laku berulang-ulang yang mungkin sudah menjadi budaya kepada pembangkang itu dapatlah kita simpulkan bahawa pembangkang sudah tidak mampu lagi untuk mempertikaikan pendekatan kerajaan BN yang begitu komited dan konsisten dalam usaha mereka mentadbir negara seterusnya memastikan agenda memperkasakan rakyat diteruskan.

Pembangkang mungkin sudah membentangkan bajet lanun mereka tetapi ianya sama sekali sekadar satu propaganda politik murahan yang sudah dapat dibaca oleh kebanyakkan rakyat marhaen di akar umbi.

MMI menggunakan istilah lanun kerana ianya amat bersesuaian sekali dengan cara dan pendekatan pembangkang sebab mereka bukan kerajaan dan kerangka bagi menyediakan bajet pembangkang itu tidak punya asas yang kukuh dan sudah tentu apa sahaja yang dibentangkan itu bersifat retorik malah 2 buah negeri yang ditadbir oleh pembangkang sendiri pun masih lagi GAGAL menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.

Oleh yang demikian apa asas dalam penghasilan bajet pembangkang tersebut kalau bukan merujuk kepada bajet yang disediakan oleh kerajaan persekutuan pada setiap tahun so tak salah istilah LANUN itu digunapakai.

Dalam masa yang sama rakyat tahu bahawa pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah komited untuk menunaikan janji mereka dan buktinya jelas seperti mana yang MMI huraikan dalam artikel sebelum ini - https://mahamissa.blogspot.my/2017/10/warm-up-bajet-2018.html

Dan kalau kita perhatikan perkembangan selepas bajet 2018 dibentangkang di Dewan Rakyat, kebanyakkan puak-puak pembangkang jelas memperlihatkan mereka lebih beremosi apabila lebih asyik mempersoalkan tentang isu Kak Wan yang mendapat perhatian banyak pihak selain sikap pemimpin pembangkang yang mengaku kononnya kerajaan persekutuan meniru pendekatan yang telah mereka laksanakan.

Meniru ker ? Ehh bukankah aksi Guan Eng sewaktu himpunan anti kleptokrasi baru-baru ini juga meniru dasar dan pelaksanaan kerajaan persekutuan ? Meneruskan BR1M sedang Tun Mahathir menganggap ianya amalan RASUAH ! Hahahahaha bangang puak-puak lanun ni !

So tak perlulah kita layan aksi terdesak puak-puak pembangkang tu sebab lanun memang antara kerjanya mengelirukan orang ramai untuk memastikan agendanya tercapai.

Jom kita perhatikan apakah intipati Bajet 2018 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.

Bajet itu bertemakan lapan teras utama iaitu:

1. Merancak pelaburan perdagangan dan industry.
2. Menuju Aspirasi TN50.
3. Mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat.
4. Memacu pembangunan inklusif.
5. Mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan.
6. Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital.
7. Meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.
8. Mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.Sambung BACA SINI

Meneliti keseluruhan Bajet 2018, kita pasti terfikir apakah benar dakyah pembangkang yang mengatakan kerajaan Malaysia akan MUFLIS ?

Dengan peruntukan bajet mencecah RM280.25 bilion iaitu RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka sudah tentu ianya adalah jaminan bahawa kerajaan sedia ada Barisan Nasional benar-benar komited dan berdisiplin serta jauh sama sekali untuk tergolong dalam kategori muflis seperti mana yang diidam-idamkan oleh puak-puak pembangkang.

Malah semua pengagihan yang dilakukan oleh kerajaan dibuat tanpa mengikut sentimen politik mahupun kaum-kaum tertentu dan mencakupi seluruh negara termasuklah pembangunan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

So apa pilihan yang ada pada pembangkang untuk terus menyerang kerajaan Barisan Nasional ?

Nak jadikan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang sebagai contoh ?

Di Pulau Pinang ? 11 nyawa dah melayang ! Ketua Menteri kes mahkamah rasuah dan salah guna kuasa !

Di Selangor ? Masih ada lagi kawasan yang tidak mendapat bekalan air bersih ! Pendidikan percuma janji yang tidak ditunaikan sehingga kini ! Isu UNISEL ! Isu dana YAWAS !

Banyak lagi kalau nak catatkan kat sini so ringkasnya LANUN tetap LANUN dan mereka tidak akan berhenti untuk melakukan kerja-kerja sabotaj dan merosakkan.

Itu sahaja yang mampu pembangkang lakukan kerana BAJET 2018 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini adalah bajet yang mencakupi semua perkara termasuklah mereka-mereka yang bukan dari kalangan penyokong kerajaan SEBAB kita REALISTIK bukan HIPOKRIT !

MMI

No comments:

Post a comment

Labels