Followers

Friday 20 October 2017

Pemilihan CEC DAP Bakal Tentukan Apakah Prinsip CAT Benar-Benar Relevan


Memang isu berkenaan pemilihan CEC parti DAP yang masih tergantung dengan pelbagai alasan itu sudah pun memalukan seluruh ahli dan konco-konco DAP.Walaupun pimpinan tertinggi parti itu masih lagi mendabik dada kononnya mereka tidak bersalah dan apa yang berlaku itu disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak sepatutnya terjadi, banyak pihak melihat ianya sekadar alasan semata-mata.

Hakikatnya yang berlaku adalah sikap penting diri pimpinan DAP sejajar dengan peruntukan berat sebelah yang terdapat dalam perlembagaan parti cauvinis itu sendiri yang menafikan hak para ahli untuk menyatakan hak mereka sekaligus menelanjangkan dasar parti itu sendiri yang begitu mirip kepada amalan mana-mana rejim dalam dunia.

Ahli di beza-bezakan dengan taraf keahlian serta cawangan mengikut gred-gred tertentu dan hanya segelintir sahaja yang boleh menentukan kedudukan pucuk pimpinan parti.Selebihnya hanya mampu melihat dan mengiakan apa sahaja yang berlaku walaupun tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Apakah ini contoh terbaik di waktu mereka sendiri melolong kononnya dasar kerajaan pemerintah BN yang di tunjangi UMNO itu sebagai tidak mengamalkan prinsip demokrasi yang sebenar ?

Apa pun ianya terpulang kepada penerimaan dan penilaian para ahli DAP itu sendiri sebab mereka adalah di kalangan yang mempunyai suara untuk merubah segala kepincangan yang berlaku.

Jika tidak seluruh ahli DAP akan terus menjadi hamba abdi politik kepada Dinasti Lim kerana cengkaman yang begitu kuat terhadap parti akan terus diperketatkan.

Buktinya sudah ada, pemilihan CEC yang bakal diadakan nanti akan menentukan sama ada hamba-hamba abdi politik ini masih mahu meneruskan sokongan membuta-tuli mereka terhadap parti yang kini turut dipergunakan oleh segelintir mereka yang punya kepentingan.

Apakah Lim Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa akan terus dibiarkan bertanding bagi mengisi antara jawatan tertinggi dalam parti DAP ?

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, ini berikutan Guan Eng sendiri merupakan individu yang dituduh di mahkamah atas ke­salahan rasuah dan masih dalam tempoh menunggu untuk dibi­carakan.

Bagaimanapun, katanya, adalah tidak salah untuk Ketua Menteri Pulau Pinang itu meneruskan niat untuk bertanding dalam pemilihan semula kerana tindakan itu tidak melanggar undang-undang.

“Kalau dia kena tuduh di mahkamah, itu bermakna sudah ada rekod walaupun belum dibuktikan bersalah.

“Guan Eng adalah orang yang selalu bercakap pasal ketelusan dalam parti sedangkan dirinya sendiri masih dalam proses perbicaraan mahkamah berhubung isu rasuah. Hal ini tidak elok dari segi moral selain dianggap tidak beretika sekiranya dia terus bertanding,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

DAP baru-baru ini memutuskan untuk mengadakan semula pemilihan CEC parti itu pada 12 November ini seperti diarahkan Jabatan Pendafta­ran Pertubuhan (ROS) selepas dua pemilihan sebelum ini tidak diiktiraf kerana tidak sah.

Tambah Tunku Abdul Aziz, jika Guan Eng bertanding dalam pemilihan semula CEC itu sekalipun, peluang untuk dirinya menang adalah sukar kerana dipalit dengan pelbagai kontroversi selain tuduhan di mahkamah.

Katanya, hal ini bagaimanapun terpulang kepada ahli-ahli DAP yang terlibat dalam pengundian pada 12 November ini.

“Kalau ahli-ahli DAP yang mengikut prinsip CAT seperti yang dilaungkan DAP, maka mereka perlu menolak pemimpin-pemimpin yang mempunyai masalah etika dan moral,” katanya.

Maka jelas sekiranya Guan Eng masih lagi di berikan ruang untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu maka DAP bukan sahaja sudah meliwat prinsip CAT yang di agung-agungkan mereka tetapi turut mengikat mulut para ahlinya dengan terus menghamba-abdikan seluruh ahli dan para penyokong parti cauvinis tersebut.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels