Followers

Thursday 23 November 2017

CAT Juga Mati Dalam Pemilihan Semula CEC DAP


Sengaja MMI lengahkan sikit untuk mengulas isu pemilihan CEC parti DAP ni sebab dari awal lagi dah boleh jangka akan ada isu-isu berbangkit.Kalau sebelum ini habis segala Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pun dijadikan sasaran kononnya ada pihak yang sengaja mahu sabotaj pemilihan parti cauvinis itu kini sekali lagi ahli-ahli DAP mempersoalkan ketelusan pemilihan yang dijalankan.

Menurut laporan yang disiarkan oleh utusan online, beberapa perwakilan DAP telah membuat laporan kepada ROS kerana mendakwa pemilihan semula CEC yang diadakan pada 12 November lalu tidak adil.

Bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Ehsan, Klang, L. Pannerselvam berkata, sebagai perwakilan, mereka mengesyaki kertas undi telah dimanipulasi dan diubah di dalam bilik kiraan undi yang tertutup.

Dakwanya, sistem pengundian DAP yang hanya menggunakan nombor tanpa ada nama calon juga me­nguatkan lagi keraguan mereka tentang ketelusan pemilihan semula itu.


“Kami tidak bersetuju dengan sistem undi dalam pemilihan semula itu yang hanya menggunakan nombor kerana ia mudah dimanipulasi.

“Sebagai contohnya, jika pe­ngundi meletakkan nombor 1, ia dengan mudah ditukar ke nombor lain seperti ke nombor 11 atau 10,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat bantahan kepada ROS.

Mengulas lanjut, Pannerselvam memberitahu, calon atau wakil calon juga tidak dibenarkan ma­suk ke dalam bilik pengiraan undi.

Katanya, pengiraan undi dibuat oleh beberapa kakitangan yang mereka tidak pasti sama ada kakitangan wakil dari firma perunding Grant Thornton atau tidak, secara tertutup.

"Jadi apa yang berlaku di bilik pengiraan undi itu kita tidak tahu dan sebab itu kita syaki telah berlaku manipulasi undi terutamanya dengan terdapatnya calon yang sebelum ini mendapat undi rendah tetapi kini mendapat banyak undi.

"Sehubungan itu, kami menuntut ROS mengambil tindakan segera dan kami mahukan pemilihan semula CEC dijalankan," jelasnya.

MMI merasakan bahawa isu yang dibangkitkan ini kemungkinan besar akan senyap begitu sahaja dan DAP akan terus dikepalai oleh kuncu-kuncu cauvinis Dinasti Lim.

Namun inilah suasana dan keadaan yang berlaku dalam kem DAP sendiri.Mereka sebenarnya sedar dan tahu bahawa terdapat ramai dari kalangan ahli di bawah sebenarnya sudah hilang percaya kepada pucuk pimpinan.

Permainan politik dengan menjadikan parti DAP itu hak mereka akhirnya telah menyebabkan ahli-ahli berasa tertipu.

Apakah pemilihan itu benar-benar telus sekiranya perkara yang dibangkitkan itu masih berlaku ?

Untuk makluman di Pulau Pinang ramai yang dah mula bersuara bahawa CAT sudah mati dek kerana dasar pentadbiran yang suka cakap besar dan berpusing-pusing dan kini ianya berlaku lagi CAT bukan sahaja mati tetapi langsung diketepikan.

Jika benar DAP berpegang kepada prinsip CAT memandangkan suara-suara Dinasti adalah dari negeri tersebut maka kenapa pemilihan penuh kontrversi itu masih lagi diselaputi NAJIS ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels