Followers

Tuesday, 28 November 2017

Mampukah PKR Lembutkan Si Arrogant DAP ?


Semalam Pulau Pinang dilanda hujan lebat sekali lagi dan ianya masih lagi berterusan dengan hujan sekejap-sekejap di beberapa tempat.Sudah tentu bagi penduduk yang terkesan dengan banjir paling kritikal baru-baru ini sedikit sebanyak akan berasa kurang selesa kerana bimbang kalau-kalau banjir melanda lagi.

Walaupun penduduk dikira sudah punya pengalaman sama ada dari segi persediaan mahupun tindakan yang perlu diambil, kejadian banjir pasti akan mengundang duka dan resah kerana banyak perkara perlu diselesaikan termasuklah tindakan berbau politik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berkenaan penyaluran bantuan kepada mangsa.

Dalam artikel sebelum ini MMI dah ceritakan bagaimana mangsa banjir dijadikan buah catur yang digerakkan ke sana ke mari hanya untuk mendapatkan hak mereka Bantuan Banjir - Mangsa Jadi Catur

Dalam isu yang sama banyak pihak kini sedang memerhatikan tingkah laku pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sejak dari awal masalah banjir berlaku, mereka dilihat lebih banyak bercakap kosong malah terus berpolitik walaupun penduduk di Pulau Pinang kini dibayangi keresahan.

Seolah-olah cerita rakyat yang takut dilanggar GARUDA sedang berlaku di Pulau Pinang !

Apa pun tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tugas Wakil Rakyat dari PKR dalam urusan bantuan kepada mangsa banjir telah menghasilkan drama baru.


Drama dengan episod baru ini bakal memperlihatkan pelbagai watak sebenar selain hubungan diantara keluarga-keluarga besar dalam Pakatan Haprak itu benar-benar berpaksikan kepada kekeluargaan atau sekadar kepentingan diri.

Episod pertama sudah pun bermula apabila Adun PKR Kebun Bunga telah dilarang dari menguruskan pendaftaran mangsa banjir sehingga keputusan tersebut telah dibawa kepada pihak media.

Episod kedua yang menyusul selepas itu adalah sikap tidak peduli dan berdiam diri kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang langsung tidak mengulas berkenaan halangan yang kemudiannya disifatkan oleh banyak pihak sebagai berunsurkan dendam politik.

Episod ketiga pula tindakan PKR Pulau Pinang, YB Dato Mansor Bin Hj Othman yang secara tiba-tiba bingkas bangkit dari lena dan menganggap tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu sebagai usaha meminggirkan PKR dalam kerajaan negeri.

Termasuklah sikap si Dr Afif Adun Seberang Jaya yang tiba-tiba jadi bisu !

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PULAU PINANG MENGENAI ISU SEKATAN PERUNTUKAN TERHADAP ADUN KEBUN BUNGA

Pimpinan dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang berpendirian tindakan menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada ADUN Kebun Bunga, YB Cheah Kah Peng adalah tidak wajar dan tidak menghormati keputusan demokrasi pilihan rakyat Kebun Bunga dalam PRU yang lalu.

Sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat rakyat dalam PRU lalu, sewajarnya beliau tidak sepatutnya disekat dari menjalankan kewajiban sebagai wakil rakyat bagi penduduk Kebun Bunga. Tindakan untuk menyerahkan tugas tersebut kepada ADUN Pulau Tikus pula dilihat seperti mengenepikan peranan KeADILan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pihak KeADILan Pulau Pinang juga ingin menegaskan bahawa keputusan menarik peruntukan kepada YB Cheah Kah Peng tidak melalui perbincangan dan rundingan dengan pihak Parti KeADILan Pulau Pinang. Alasan bahawa sekatan ini adalah kerana atas sebab prosedur dalaman juga amat naif dan sukar diterima. Pihak kami ingin menegaskan bahawa tindakan ini telah sedikit sebanyak mencalarkan semangat setiakwan dalam Pakatan Harapan.

Parti KeADILan Pulau Pinang berpandangan bahawa yang paling penting di saat pasca bencana banjir ini adalah untuk merapatkan saf dan menyusun strategi agar rakyat dapat merasa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang mendengar dan memahami denyut nadi rakyat. Dengan semangat untuk membangkitkan semula Pulau Pinang, keutamaan kita adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang tercinta.

YB DATO MANSOR BIN HJ OTHMAN
Pengerusi MPN Parti KeADILan Pulau Pinang

Tarikh: 24 November 2017

Episod drama ini kemudiannya disambung lagi dengan kebimbangan watak sampingan si Tian Chua yang secara terang-terang sudah pun mengesahkan bahawa segala yang berlaku sejak dari episod pertama sehingga yang terkini adalah satu lagi permainan politik gerombolan DAP yang cukup angkuh umpama watak si Buang yang menjadi kempetai Jepun dalam filem Sarjan Hassan.

Naib Presiden PKR itu menggesa isu membabitkan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang diselesaikan untuk mengelakkan konflik yang lebih besar dalam Pakatan Harapan (PH).

Naib Presidennya, Tian Chua juga menggesa kerajaan negeri mengkaji semula keputusannya menghalang ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dari parti itu menguruskan pendaftaran mangsa banjir.

“Saya tidak tahu apa yang salah Cheah lakukan. Saya tidak tahu kenapa (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng menghalangnya.

“PH harus mencari penyelesaian secepat mungkin untuk mengelakkan perkara itu daripada menjadi lebih buruk dan memberi peluang kepada musuh untuk mensabotaj kita,” katanya yang disiarkan oleh portal pro pembangkang.

Untuk rekod Kah Peng adalah antara ADUN berkecuali ketika undian usul UMNO berkenaan penambakan tanah dua tahun lalu, telah dilarang menguruskan bantuan RM700 melalui surat bertarikh 20 November lalu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus.

Bagaimanapun difahamkan tiada alasan diberikan.

Kah Peng dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Guan Eng selepas berkecuali dalam pengundian usul UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan pada 2015.

Dakwa Guan Eng mereka cuba mensabotaj kerajaan Pulau Pinang.

Malah susulan kejadian itu Kah Peng juga dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation.

Kah Peng pada 10 November lalu juga mempersoal pengkorporatan Penang Botanic Gardens.

Selain beliau, ADUN Permatang Pasir, Salleh Man daripada PAS juga tidak dibenarkan menguruskan pemohon bantuan mangsa banjir cuma bab Salleh Man ni MMI malas nak ulas panjang lebar sebab dia ni sebenarnya kaki angguk ja pentingkan diri sendiri.

So isunya sekarang dalam semua episod yang telah disiarkan kepada umum, kita sudah dapat melihat bagaimana plot-plot penceritaan itu disusun.

Bahkan watak antagonis yang dimainkan oleh Lim Guan Eng awal-awal lagi sudah memberikan petunjuk bahawa mana-mana pihak yang dilihat tidak bersekongkol dengan parti cauvinis DAP serta tunduk kepada agenda mereka pasti akan dihumban jauh-jauh.

Dan jelas ianya berlaku malah Tian Chua sudah pun dapat merasakannya apabila begitu bimbang sekiranya isu ini bertambah buruk dan hampir pasti bakal menelanjangkan sikap ketidakupayaan parti-parti lain seperti PKR sendiri untuk menandingi DAP !

Persoalannya kini selain daripada sikap dan tindakan yang jelas DIPOLITIKKAN oleh DAP, apakah sambungan episod ini nanti apabila PKR sudah pun menuntut supaya Adun Kebun Bunga diberikan kedudukan yang sama dengan Adun-Adun lain ?

Apakah DAP akan melayan suara PKR ?

Apakah pula pendirian Adun-Adun PKR di Pulau Pinang yang lain ?

Yang pasti episod yang seterusnya amat menarik untuk kita nantikan .....

MMI

No comments:

Post a comment

Labels