Followers

Tuesday 21 November 2017

Selangor Mana Lebih Penting AIR Atau Kepentingan Politik ?


Sehingga ke hari ini masalah sumber air bersih masih lagi menjadi isu paling kritikal yang telah menghantui para penduduk di Selangor.Ada yang kata tak semua penduduk berdepan dengan situasi genting ini tetapi hakikatnya pihak yang bertanggungjawab masih lagi GAGAL menyelesaikan permasalahan berbangkit.

Malah lebih dasyat lagi, difahamkan kerana isu air inilah Tan Sri Khalid Ibrahim digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.


Lihatlah bagaimana kerakusan politik yang diamalkan oleh pembangkang telah menyebabkan para penduduk Selangor menjadi mangsa keadaan.

Percaturan yang dilebihkan kepada soal politik dan bukannya terarah kepada dasar menyelesaikan keperluan rakyat akhirnya memakan diri.Situasi yang hampir sama berlaku di Pulau Pinang, walaupun isunya berbeza-beza realitinya semua yang berlaku itu disumbangkan oleh ideologi politik berhaluan kiri yang dipenuhi dengan dendam dan emosi politik melampau.

Azmin Ali malah Lim Guan Eng adalah 2 contoh pemimpin pembangkang paling hipokrit dalam mengurus pentadbiran negeri masing-masing.Selama tempoh penguasaan mereka di negeri masing-masing mereka lebih banyak mengamalkan polisi berkepentingan politik dan perkara ini sebenarnya sudah pun menjadi barah yang akhirnya terhukum.

Rakyat di Selangor khususnya mereka-mereka yang terkesan dengan masalah pembekalan air seharusnya melihat dalam konteks yang lebih besar dan perlu menilai dengan bijak.Sehebat manapun lalakan pimpinan kerajaan negeri Selangor hakikatnya mereka tetap GAGAL untuk menyelesaikan permasalahan paling utama melibatkan keperluan asas rakyat.

Sedarlah wahai penduduk Selangor, dunia telah menyaksikan bagaimana terdapat negara-negara di dunia yang berperang hanya untuk menguasai kepentingan minyak.Sudah tentu bagi sesiapa jua akan melihat betapa keperluan minyak itu adalah satu keperluan dan tanpanya banyak perkara akan terjejas.

Malah sudah ada manusia yang sanggup membunuh sesama manusia walaupun cuba berselindung disebalik alasan-alasan lain.

Begitulah juga keadaannya apabila kita berbicara soal keperluan air.

Air adalah keperluan yang tiada bandingnya dan ia begitu sinonim dengan manusia.Tanpanya manusia tidak akan mampu hidup bahkan air juga adalah penjana kepada kehidupan lain contohnya tumbuh-tumbuhan yang turut menjadi agen kepada kewujudan rantaian makanan yang lain.

Kita juga sedar air yang kadang-kalanya dilihat biasa itu sebenarnya berpotensi untuk menjadi bahan cagaran dan ianya turut didagangkan antara negeri-negeri mahupun negara.

Malaysia contohnya masih lagi membekalkan air mentah kepada Singapura dengan kos tertentu.Sama ada kos yang dikenakan itu masuk akal atau tidak bukan isu yang MMI mahu ketengahkan disini, (boleh buat carian di google) cumanya berdasarkan kepada permintaan hasil daripada keperluan itu maka ianya adalah sesuatu yang amat penting dan mungkin menyamai keperluan minyak.

Barangkali pada masa-masa mendatang generasi seterusnya mungkin akan berdepan dengan situasi perebutan punca air dengan berlakunya perang antara negara-negara hanya untuk mendapatkan penguasaan sumber air.

Siapa tahu ?

Sebagai warga Malaysia, kita bersyukur kerana masih lagi dikurniakan dengan nikmat sumber air yang banyak dan ianya mampu untuk menampung keperluan rakyat.Walaupun keadaan sedemikian, kita masih lagi memerlukan perancangan yang rapi agar keperluan asas ini terus dapat dibekalkan kepada seluruh warga Malaysia dan kerana itulah pelbagai perancangan khusus kepada kaedah pembekalan, merawat dan penyediaan infrastruktur penyaluran sumber air sentiasa di utamakan.

Berbeza dengan negara jiran Singapura, sehebat mana perkembangan teknologi sekalipun warganya pada hari ini tetap menggunakan sumber air yang dirawat termasuklah daripada sumber kumbahan yang dinamakan NEWater.Baca SINI

Begitulah hebatnya keperluan air kepada dunia dan manusia.

Malaysia masih lagi punya sumber air yang mencukupi tetapi kejahilan segelintir pihak yang asyik berpolitik menyebabkan situasi di Selangor amat berbeza sekali !

Yang dicari dan diutamakan adalah politik, sikap kerajaan negeri dan pembangkang yang asyik berpolitik dan bermegah-megah di Dewan Rakyat serta Sidang DUN hanyalah satu sikap retorik yang tidak punya kebaikan kepada rakyat.

Disaat keperluan rakyat seharusnya menjadi keutamaan, pembangkang lebih sibuk menjatuhkan pimpinan sendiri hanya kerana perbezaan pandangan dan pendapat.

Langkah Kajang kemudiannya menjadi langsir menutup kelemahan sendiri.

Justeru itu sedarlah wahai penduduk Selangor dan buat pilihan yang tepat.

Nak tunggu minum air kumbahan ker ? Itu pun belum tentu beb ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels