Followers

Thursday 14 December 2017

Dialog BN & CPC Komunis Ka Kita ?


Heboh di media sosial pertemuan wakil kerajaan dengan parti komunis cina kononnya pertemuan itu secara tidak langsung sudah mendedahkan kerajaan BN pimpinan UMNO telah mengiktiraf komunis atau menerima ideologi komunis sebagai sebahagian daripada amalan.

Jika dilihat dalam konteks politik murahan MMI tak nafi bahawa pertemuan sedemikian seolah-olah telah menghalalkan segala tindak-tanduk komunis sebelum ini yang telah menjadi ancaman kepada negara.

Malah dalam keadaan tertentu ianya dilihat sebagai pengkianat kerana ramai pejuang-pejuang negara yang gugur sewaktu di tangan komunis sewaktu mempertahankan bumi Malaysia.

Sesuatu yang perlu kita faham adalah kerajaan Malaysia semenjak mencapai kemerdekaan tidak pernah mengiktiraf perjuangan bersenjata komunis sebagai perjuangan sah dan ianya kekal sebagai penentangan paling dikutuk dalam sejarah penubuhan Malaysia.

Namun dalam perubahan iklim dunia yang semakin maju, Malaysia harus melihat dalam konteks yang lebih besar.Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara bukanlah terletak atau bersandarkan kepada hubungan tertentu atas nama politik semata-mata tetapi ianya turut mencakupi semua sudut termasuklah perkara yang paling penting dalam abad ini iaitu ekonomi.

Sudah tentu apabila Malaysia melangkah ke dunia yang lebih terbuka dan luas dengan segala macam perkembangan khususnya dalam bentuk dunia berteknologi, kita wajar meletakkan diri kita sebagai pihak yang waras selain berusaha untuk mencapai hala tuju yang dirancang tanpa kita menggadaikan maruah diri.

Malaysia punya pendirian dan prinsip tersendiri, dalam isu membabitkan Palestin contohnya Malaysia kekal sebagai negara penyokong paling agresif dengan pelbagai usaha serta misi bantuan yang disalurkan kepada negara itu.

Malah Malaysia kekal sebagai negara yang tidak punya hubungan diplomatik dengan negara Israel atas sebab-sebab yang merujuk kepada apa yang berlaku di bumi Palestin.

Begitu juga dalam hal membabitkan Baitulmaqdis, YAB Perdana Menteri hari ini sudah pun berada di Turki menyuarakan pendirian negara yang menolak dan membantah keputusan Amerika Syarikat mengihtiharkan Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel.

Komitmen itu jelas dan ianya dilakukan pada ketika Malaysia juga punya hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Ini bukan soal ideologi atau politik murahan tetapi ianya dibuat atas nama kerajaan yang konsisten dengan dasar-dasar luarnya selain berpegang kepada konsep politik matang.

Sebagai sebauh negara yang punya kerajaan dan kerajan itu dibentuk atas dasar demokrasi perlembagaan, menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk mewujudkan hubungan dengan negara-negara luar untuk merancakkkan lagi kedudukan ekonomi negara.

Maka sudah tentulah sebarang hubungan yang terbentuk itu akan merujuk kepada kumpulan atau parti-parti politik yang kini menerajui kerajaan sesebuah negara.

Kita tidak boleh menafikan peranan hubungan diplomatik China dengan Malaysia.Kedua-dua negara itu telah lama mewujudkan hubungan tersebut sejak daripada Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika merujuk kepada sejarah pula, persahabatan di antara China dan Malaysia sememangnya bersejarah panjang. Ketika Dinasti Tang, 'Master Yijing' sudah mengunjungi Tanah Melayu 700 tahun lebih awal, mengikut catatan sejarah Malaysia.

Pada Dinasti Ming, lima daripada tujuh pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Samudra Barat juga berlabuh di Melaka.

Pelayaran ini mengukuhkan persaudaraan antara rakyat dari dua negara, mengekalkan keamanan dan kemakmuran ke kawasan sekitar selama seratus tahun dan juga membawa kepada kewujudan kumpulan etnik unik iaitu Baba dan nyonya.

Secara turun-menurun, orang China yang berhijrah ke Malaysia hidup bersama dengan orang tempatan dalam suasana harmoni, saling menghormati dan berkongsi kemakmuran.

Apa masalahnya ? Kenapa tidak sebelum ini isu kononnya kerajaan Malaysia menerima ideologi komunis tidak diwar-warkan ?

Dan kalau kita melihat kepada soal penghijrahan orang-orang China itu sendiri, apakah mereka bukan dari kalangan kumpulan yang berpegang kepada idelogi komunis ?

Adakah orang-orang Melayu menolak orang-orang China ini atau menghalau mereka balik ke China ?

Tidak ! Malah orang-orang Melayu menerima kehadiran mereka dan menerima mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sah.

Oleh kerana itu tuduhan dan dakwaan bahawa pertemuan BN dan CPC sebagai penerimaan ideologi komunis atau menggadaikan negara kepada negara komunis itu adalah amat tidak tepat sama sekali.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataannya berkata perjumpaan secara tertutup BN dan CPC baru-baru ini adalah bagi bertukar-tukar pandangan antara dua pemerintah negara masing-masing tanpa menyentuh langsung soal ideologi.

“Sesi perjumpaan ini diadakan bertujuan bagi bertukar pandangan antara dua parti pemerintah bagi negara masing-masing. Beberapa perkara telah disentuh antaranya tentang Blueprint 30 tahun CPC, program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mencapai kedudukan 20 negara terbaik dunia, pelaksanaan inisiatif ‘One Belt One Road’ (OBOR) serta keunikan BN sebagai parti politik ‘multi-racial’ yang telah berjaya membentuk Malaysia semenjak kemerdekaan,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Selain daripada itu tuduhan yang mengatakan kerajaan sudah menggadaikan negara apabila membenarkan pelabur-pelabur China melabur di beberapa tempat di Malaysia juga sebenarnya perlu dilihat dalam konteks ekonomi bukannya dengan emosi politik.

Sebagai sebuah kerajaan yang komited dan berpegang kepada asas perlembagaan sudah tentulah tiap keputusan yang dibuat itu merujuk kepada semua perkara sebelum satu-satu perjanjian itu dimeterai.Ianya bukan dibuat oleh sebuah kerajaan atau pakatan politik caca marba yang asas pembentukannya pun mengelirukan seperti mana yang berlaku dalam Pakatan Haprak.

MMI kadang kalanya hairan dengan segelintir rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu yang sering kali menjadi pembesar suara penyebaran dakyah-dakyah bodoh ini, mereka lebih melihat soal pertemuan BN dengan CPC serta pelaburan antara Malaysia dengan China tetapi lupa siapa agaknya yang selama ini menguasai ekonomi negara ?

Bukankah ianya dimonopoli oleh kaum tertentu sehingga kerajaan perlu memberikan penumpuan kepada soal bumiputera semata-mata untuk memastikan bumiputera juga berada dalam kelompok yang boleh bersaing.

Lebih menghairankan MMI, kenapa tidak warga Malaysia melihat perkembangan yang sedang berlaku di Pulau Pinang ! 

Apakah mereka sedar bagaimana polisi kerajaan DAP Pulau Pinang menggadaikan tanah-tanah di Pulau Pinang kepada pihak asing ?

Sedarkah kita bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang sudah pun menjual 106.1 ekar tanah sejak 2008 hingga sekarang dan soalnya pernahkah kita ambil tahu kepada siapakah tanah-tanah itu dijual ?

Yang pasti ada kampung-kampung khususnya milik orang Melayu sudah pun terpadam dari peta !

Selain daripada itu antara yang lantang mengkritik hubungan Malaysia dengan China ini adalah Lim Guan Eng,  isu UMNO dijemput oleh CPC, sewaktu himpunan anti kleptokrasi yang gagal sebelum ini Guan Eng menyindir parti UMNO apabila mengatakan DAP dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuklah melabelkan parti dan pimpinannya sebagai pro komunis tetapi dalam isu berkaitan jemputan oleh Parti Komunis China itu mereka memilih UMNO dan langsung tidak menjemput DAP seterusnya membuktikan siapa sebenarnya komunis !

Bagi sesiapa yang mengikuti ucapan Guan Eng itu, pasti masih ingat sebab ianya dilontarkan dengan nada semacam pelakon opera. (cari ja di YouTube)

Benarkah tuduhan Guan Eng tu ?

Kalau kita mengikut emosi maka sudah tentulah apa yang tercatat diatas akan dilihat sebagai benar atau paling tidak menimbulkan syak, namun jangan emosi dulu kerana apa yang berlaku itu sebenarnya sudah pun membuktikan sesuatu !

Baca artikel yang MMI siarkan pada 19 Oktober 2017 yang lalu di bawah ;


Realitinya kita perlu sedar dan segera bangun untuk melihat seluas-luasnya siapakah yang jauh lebih berbahaya sekiranya kita mahu membicarakan soal agenda !

MMI sebut agenda kerana tuduhan kononnya BN dan UMNO mesra komunis atau punya hubungan dan merestui ideologi komunis itu adalah sesuatu yang membahayakan negara.

Agenda komunis tidak punya tempat di bumi Malaysia kerana kita mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan justeru kita perlu melihat dan mencari punca kenapa isu sebegini dimainkan oleh mereka yang begitu obses untuk menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, lihat dengan mata hati dan buka minda seluas-luasnya dan perhatikan gerak parti cauvinis DAP.

DAP sebenarnya sedang berusaha untuk menyebarkan ideologi cauvinis yang hanya mahu meletakkan orang Melayu dan agama Islam itu sekadar picisan dan hanya dihebatkan dalam perlembagaan semata-mata.

Ini cara komunis ! KOMUNIS alaf baru ...


Realitinya pimpinan DAP sendiri sebenarnya sudah pun mengiakan apa yang MMI sebutkan diatas sana.Walaupun ia tidak menyebut parti cauvinis DAP ini adalah Komunis tetapi kesan daripada jawapan balas terhadap lontaran soalan seorang anak muda Melayu berkaitan perlembagaan DAP dalam satu forum sudah menjawab segala-galanya. KLIK SINI

Disebalik semua rentak tari mereka, ada agenda tersembunyi yang sebenarnya sudah pun dihidangkan kepada kita, tinggalnya sejauh mana kesedaran kita tentang bahayanya DAP yang jauh melangkaui apa yang dimomokkan sebagai pengiktirafan terhadap agenda komunis sedang hakikatnya ia adalah hubungan antara kerajaan dengan kerajaan yang sah.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels