Followers

Friday 15 December 2017

Kes Proceed Guan Eng Jangan Banyak Songeh !


Kalau kita tengok ucapan puak-puak pembangkang ni rasanya jauh api dari panggang dengan perwatakan sebenar mereka.Bermula daripada isu liwat membabitkan Anwar Ibrahim lagi, depan orang ramai melalak bukan main "Kita akan lawan ! Lawan tetap lawan !" tapi bila sampai waktu macam-macam alasan mengelak.

Dasar cakap besar tapi menikus bila berdepan perundangan.

Lim Guan Eng pun nampaknya sama menjadikan modus operandi Anwar sebagai agenda untuk melengah-lengahkan perbicaraan berhubungan tuduhan rasuah di mahkamah.

Kalau betul Guan Eng tak bersalah seperti mana yang disebut-sebut, kenapa perlu melengah-lengahkan perbicaraan ?

Utusan online melaporkan Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mensyaratkan tertuduh menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pendakwaan sebelum perbicaraan bermula, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dengan keputusan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon perlu menyerahkan pernya­taan pembelaan kepada pendakwaan sebelum perbicaraan kes rasuah mereka didengar di Mahkamah Tinggi.

Demikian keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed ketika membenarkan rayuan SPRM.

Hakim Md. Raus ketika me­ngumumkan keputusan itu me­nyatakan, Seksyen 62 yang dibaca bersama Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah, tidak bercanggah dengan Perkara 5(1) berkaitan kebebasan diri dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak untuk dilindungi undang-undang secara sama-rata.

Pada hemat panel itu, Seksyen 62 tidak menghalang tertuduh pada mana-mana peringkat perbi­caraan untuk menyerahkan kepada pihak pendakwaan dokumen tambahan yang akan dikemukakan sebagai bukti keterangan dalam kes pembelaan serta perkara-perkara yang menjadi isu dalam pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah turut berpendapat, seksyen berkenaan menyentuh perkara berkaitan penyerahan dokumen kepada pendakwaan sebelum prosiding perbicaraan bermula, bukannya berkaitan isu penerimaan masuk sebagai bukti keterangan kes.

Sehubungan itu, panel berke­naan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada kedua-dua tertuduh dan menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi pengurusan kes.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan jawatan bagi mendapatkan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Tuduhan pertama, beliau selaku penjawat awam, iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa mendapatkan suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran tanah pertanian kepada perumahan awam di daerah barat daya negeri itu kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Guan Eng, 56, didakwa mela­kukan kesalahan itu semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar pada 18 Julai 2014.

Tuduhan kedua, Guan Eng sebagai penjawat awam dituduh mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan banglo di alamat No. 25, Jalan Pinhorn pada harga yang diketahuinya tidak sepadan dengan nilainya, daripada Li Koon pada harga RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta di kediaman tersebut pada 28 Julai 2015.

Sebagai bekas pemilik banglo itu, Li Koon didakwa bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan banglo berkenaan di bawah harga pasaran di tempat dan pada tarikh yang sama.

Jelas dan terang 2 dakwaan yang perlu didepani Guan Eng dan bukannya susah sangat pun, kemukakan sahaja bukti-bukti yang mengesahkan dakwaan tersebut adalah tidak benar then Guan Eng you can go free.

Apa yang masalahnya ?

Nak beli masa dan cari jalan untuk spin lagi ka ?

Aisey bro, you cakap di merata tempat berdegar-degar takkanlah benda kecik macam ni pun kecut kot ?

Peguam yang dok kiri kanan tu berlambak-lambak malah mungkin sanggup mati untuk Guan Eng, apa nak takut ?

MMI nak pesan kalau dah gentar sangat, Guan Eng boleh buat video sekali lagi menangis bagi kaw kaw sikit then minta RBA untuk tularkan.

Takkan kepala DAP ni DAYUS kot ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels