Followers

Friday 9 February 2018

14 Perkara Tentang Terowong Dasar Laut Sebabkan Pemimpin DAP Tak Lena Malam


Semalam MMI dah siarkan artikel berkenaan muslihat yang cuba diselindungkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berkenaan projek terowong dasar laut (KLIK SINI) termasuklah hal berkenaan Ketua Menteri yang senang-senang membuat tuduhan kononnya kerajaan BN sabotaj projek terowong.

Seperkara yang puak-puak DAP ni terlupa adalah apabila mereka mula membuka mulut dan mula menuding jari menyalahkan pihak lain, ada lagi 4 jari sebenarnya sedang menunjukkan kepada diri sendiri.

Lim Guan Eng punya suka-suka hati menuduh kerajaan BN sabotaj sedangkan apa yang berlaku selama ini menafikan sama sekali tuduhan tersebut.

Guan Eng jangan ingat rakyat Pulau Pinang ni bodoh sebab waktu banjir kilat dan aksi drama swasta Ketua Menteri pedih mata jam 3.30 pagi sebelum ini adalah bukti betapa kerajaan BN sentiasa peka dengan permasalahan melibatkan rakyat.

Mungkin ramai tak sedar pada ketika kejadian banjir kilat itu, Angkatan Tentera Malaysia sebenarnya sudah pun berada di kawasan musibah sejak daripada tengah malam lagi.Malah Setiausaha Politik Menteri Pertahanan sendiri berada di 'ground zero' turun padang memantau dan membantu mangsa-mangsa banjir , yang tak nampaknya adalah kuncu-kuncu Guan Eng yang mungkin sedang terpinga-pinga fikir apa yang perlu di buat.

Oleh sebab itu MMI nak ulang lagi sekali, Guan Eng tak perlulah nak spin sana sini berdepan sahaja dengan persoalan berbangkit dan jawablah kepada rakyat sebab perkara yang dibangkitkan ini bukan perkara main-main.

Sama ada sedar atau tidak, Guan Eng dan kuncu-kuncunya perlu berdepan dengan persoalan demi persoalan yang kita tahu dah mengganggu lena mereka di malam hari.

Senarai Pembohongan Guan Eng Dalam Kes Terowong Di Pulau Pinang

Lim Guan Eng jadikan projek mega Terowong Dasar Laut Sebagai Pencetak RM Haram…


1. Kenapa senarai syarikat yang ada dalam SPV (Special Vehicle) bertukar-tukar ?

– Mac 2013 umumkan senarai lain tapi  Januari 2018 lain pula senarainya.


2. Apa alasan sebenar Lim Guan Eng keluarkan BUCG dari SPV.

- Lim Guan Eng dakwa sebab BUCG enggan bertanggungjawab dalam isu kren yang menimpa pekerja di tapak binaan BUCG di Kuala Lumpur.

- Ternyata Lim Guan Eng menipu kerana keluarga pekerja tersebut menafikannya!


3. Lim Guan Eng pertahankan CRCC masih ada dalam SPV.

– CRCC membuat penafian secara rasmi dakwaan Lim Guan Eng itu.

– Baru Lim Guan keluarkan kenyataan CRCC masih kontraktor utama dalam projek Terowong Pulau Pinang.


4. Mengapa VOIR Holding Bhd pun tersenarai dlm SPV?

- VOIR Holding Bhd syarikat fesyen baju dan seluar sedangkan kelayakan utk masuk tender ialah kekuatan kewangan dan teknikal.


5. Kos kajian RM90 juta atau RM305?

- Lim Guan Eng umumkan kos kajian kebolehlaksanaan projek ialah RM305 juta tapi firma dari China yang menjalankan kajian kata cuma RM90 juta.

- RM215 juta mana pergi???


6. Kenapa kos kajian terlalu tinggi?

- Tersalah taip adalah satu alasan yang langsung tidak boleh di terima apa lagi bila ianya di beri oleh seorang Ketua Menteri!!!


7. Mengapa bayaran kajian kebolehlaksanaan 3 jalan di daratan lebih tinggi dari kos kajian terowong dasar laut?

- Menimbulkan keraguan bila kajian yang mudah memerlukan kos yang lebih tinggi dari kajian yang susah.



8. Lim Guan Eng juga memberikan alasan kerajaan Pulau Pinang terlebih bayar  sebanyak RM48.2 juta atau 17% sebagai alasan yuran kajian tinggi tapi nafikan lapuran BEM (Lembaga Jurutera Malaysia).

Baca di sini :




9. Tahun 2017 Exco Lim Guan Eng cakap yuran dah bayar tapi tahun 2018 Lim Guan Eng cakap belum bayar!!!

Mana satu yang betul???


10. Rupanya sudah bayar dalam bentuk hartanah TAPI kenapa sebelum ini Lim Guan Eng tipu?


11. Lim Guan Eng kata bayaran untuk EIA dan lain masa, kata untuk kajian feasibility!!!

- Rujuk :


- Dan tonton di sini :



12. Pening menjawab soalan isu terowong, Lim Guan Eng ambil jalan pintas dengan cuba menukar projek terowong kepada projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang kononnya atas arahan kerajaan pusat!!!

Hakikatnya...


13. Lim Guan Eng sendiri pernah katakan kerajaan Pulau Pinang terpaksa jalankan projek terowong kerana cadangan membina Jambatan Ketiga Pulau Pinang di tolak oleh kerajaan pusat!!!



14. Lim Guan Eng sedar projek tidak akan terlaksana. Kajian hanya alasan untuk menyalurkan wang keluar dari kerajaan negeri!!! - kredit theunspinners.blogspot.my 

MMI faham dalam keadaan hari ini Guan Eng mungkin kurang selesa sebab banyak sangat isu membabitkan pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang yang menyerabutkan kepala otak Ketua Menteri.

Nak buat macam mana Guan Eng, ada ramai pegawai dan exco sekalipun semua tak boleh pakai !

Semua yang ada bagi masalah kepada Guan Eng dan masalah lebih besar lagi berlaku apabila Guan Eng sendiri besar kepala, sombong dan angkuh sangat ... 

Nah sekarang ni mendapatlah !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels