Followers

Tuesday 6 February 2018

Guan Eng Lupa Rakyat Tak Nak Kerajaan DAP Yang Sakau Hak Rakyat !


Tatkala macam-macam skandal menghantui pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng, Ketua Menteri itu masih lagi cuba untuk 'spin' isu dengan memberikan pilihan kepada rakyat.

Semua pihak sedia maklum pertuduhan terhadap Lim Guan Eng berkenaan isu rasuah dan salah guna kuasa akan mula dibicarakan di mahkamah pada bulan Mac 2018 nanti.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi dan sudah tentulah Guan Eng tidak senang duduk kerana Pulau Pinang diwaktu era DAP bukan sahaja telah mencipta sejarah ketua menteri pertama yang dihadapkan ke mahkamah tetapi juga berdepan dengan pelbagai masalah membabitkan pentadbiran kerajaan negeri.

Isu banjir, tanah runtuh, pengenalan caj-caj melampau melibatkan pembangunan dan utiliti, kerakusan penjualan tanah, tambakan laut, kesesakan trafik yang semakin menggila, polisi berat sebelah pihak berkuasa tempatan, kegagalan menangani masalah banjir, pembangunan yang tidak sekata sehinggalah membawa ke skandal terowong jelas adalah pencapaian paling BURUK dalam mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

Jika Lim Guan Eng berbangga kononnya Pulau Pinang lebih hebat berbanding negeri-negeri lain, MMI boleh katakan ia hanyalah syok sendiri sebab Pulau Pinang sebenarnya adalah negeri tercorot jika dibandingkan dengan semua negeri-negeri lain dari segi KELEMAHAN DAN KEGAGAGALAN pentadbirannya melainkan Selangor yang sedang bersaing untuk menduduki sama ada yang tercorot atau ditempat kedua tercorot.

Tidak berlaku di mana-mana negeri lain yang ketua menterinya di hadapkan ke mahkamah !

Malah negeri lain juga tidak berdepan dengan masalah pembohongan bersiri melibatkan projek-projek yang dirancang.

Kini dalam tempoh berbaki beberapa bulan sahaja lagi untuk PRU ke-14 mengambil tempat, Guan Eng sudah mula merasai kesan akibat kerakusan melampaunya bersama kuncu-kuncu Dinasti Lim.

Kerana itu Lim Guan Eng membuat tawaran paling bodoh dan paling bengap apabila cuba memujuk rakyat Pulau Pinang untuk menyelamatkan kedudukannya dan penguasaan DAP khususnya.

Lim Guan Eng mahu rakyat menjadikan pilihan raya umum (PRU) ke-14 referandum untuk cadangan menghubungkan pulau di Pulau Pinang ke tanah besar dengan mengundi sama ada menyokongnya atau menolak PH.

Memetik laporan sebuah portal, Guan Eng di konvensyen PH di Pulau Pinang menggesa pengundi mengundi PH dalam PRU ke-14 jika bersetuju dengan cadangan terowong dasar laut yang menghubungkan Gurney Drive dan Bagan Ajam.

Bercakap di konvensyen yang diadakan di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, beliau mendakwa sekiranya projek diteruskan, ia akan memberi pembangunan di Seberang Perai Utara dan memberi manfaat kepada penduduk kampung, yang merupakan penyokong utama BN.

“Orang kampung mahu lihat pembangunan. Mereka yang tinggal berhampiran Bagan Ajam akan mendapat manfaat. Kita mahu membangunkan Seberang Perai Utara.

“Sekiranya projek itu diteruskan dan menjadi realiti, habislah BN,” katanya.

Guan Eng menegaskan cadangan projek itu, yang turut melibatkan pembinaan tiga lebuh raya dibuat dengan bersih dan tender terbuka.

Beliau mendakwa MCA cuba mensabotaj pembangunan negeri itu.

MMI tertawa seketika apabila Guan Eng seorang pemimpin DAP paling tinggi kedudukannya boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Sedarkah Guan Eng bahawa mereka yang terlibat dalam Pakatan Haprak pun kini sedang berkira-kira untuk menolak Pakatan Haprak hususnya DAP di Pulau Pinang ?

Sedarkah Guan Eng bahawa rakyat sudah melihat dan menilai tentang projek terowong yang dilalakkan Guan Eng sejak 2013 yang lalu ?

Sedarkah Guan Eng bahawa rakyat di Seberang Perai Utara khususnya di Bagan Ajam kini menolak pembinaan terowong yang dimaksudkan Guan Eng kerana kesannya bakal berbalik kepada rakyat di kawasan khususnya para nelayan pantai ?

Sedarkah Guan Eng bahawa rakyat sama ada di Bagan Ajam mahupun di seluruh negeri kini sudah melihat dan menyaksikan bagaimana kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menolak suara rakyat dan lebih mementingkan pembinaan mahupun pembangunan yang mencecah harga purata ratusan juta ringgit ?

Weiiii Guan Eng rakyat tak bodoh !

Rakyat tak nak kerajaan DAP yang sakau HAK RAKYAT !

PRU 14 Guan Eng, DAP dan Pakatan Haprap boleh angkat kaki belah dari Pulau Pinang !!!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels