Followers

Tuesday 13 February 2018

Jangan Politikkan Pelaburan Dan Dividen KWSP


Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sudah semestinya banyak perkara khususnya melibatkan kepentingan rakyat dilakukan berdasarkan penilaian dan perancangan yang terbaik.

Justeri itu kerajaan tidak akan mengambil mudah dalam menguruskan hal melibatkan dana-dana awam seperti dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Setiap pencarum yang mencarum semestinya mengharapkan pulangan dividen hasil daripada pelaburan yang dibuat oleh KWSP dan kerana itu setiap pelaburan oleh pihak KWSP akan dilakukan dengan berhati-hati agar ianya membawa pulangan yang menguntungkan para pencarum termasuklah pelaburan di luar negara.

Hasilnya KWSP mencatatkan pulangan dividen tertinggi pada tahun 2017 dengan peningkatan sebanyak 6.90% bagi simpanan konvensional dan 6.40% bagi simpanan shariah.


Peningkatan ini juga mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jelas melahirkan rasa gembira beliau melalui kenyataan di akaun 'facebook' milik beliau.

           

Mengulas mengenai pencapaian memberansangkan itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Senator Khairul Azwan Harun dalam kenyataan kepada media mengatakan pengumuman pembayaran dividen tertinggi oleh KWSP membuktikan pelaburan yang dibuat di Amerika Syarikat satu pelaburan yang bijak.

Beliau juga berkata ia juga cerminan pentadbiran cemerlang kerajaan Barisan Nasional (BN).

"KWSP tidak pernah gagal dalam memberikan pulangan dividen yang stabil dan konsisten kepada para pencarum setiap tahun.

"Kadar dividen yang tinggi saban tahun adalah hasil daripada strategi pelaburan bijak KWSP yang memilih untuk melabur dalam dan luar negara.

"Ternyata, pilihan KWSP untuk melabur di Amerika Syarikat merupakan antara bukti pelaburan yang bijak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pelaburan dan perdagangan kini terus berkembang pesat seperti yang dijangka.

Beliau pada masa sama menggesa golongan muda menolak berita palsu dan propaganda Pakatan Harapan.

"Pakatan Harapan tidak memiliki sebarang agenda pembangunan ekonomi.

"Mereka hanya bersandarkan pada politik menghasut dan menakut-nakutkan rakyat serta pembohongan semata-mata," katanya.

Melihat kepada perkembangan tersebut jelas sekali keputusan kerajaan untuk membuat pelaburan di luar negara adalah tepat dan menepati matlamat seperti mana yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri sebelum ini.





Oleh kerana itu mana-mana pihak sekalipun yang cuba untuk mempolitikkan isu pelaburan KWSP serta peningkatan dividen tertinggi ini sebagai gula-gula pilihanraya haruslah bermuhasabah diri kerana pencapaian dan kejayaan ini sebenarnya berbalik kepada rakyat khususnya mereka-mereka yang mencarum dalam KWSP. - Penang Online

No comments:

Post a Comment

Labels