Followers

Friday 2 March 2018

Azeez Buat Laporan POLIS Guan Eng Bersedialah Untuk Bertanggungjawab !


Dalam artikel sebelum ini MMI dah katakan tindakan oleh Zenith yang membuat tuntutan kononnya telah membayar RM3 juta kepada Datuk Azeez yang kemudiannya di nafikan oleh tuan badan telah mengheret Lim Guan Eng sekali.

Kewibawaan Guan Eng sebenarnya telah dicarik-carik oleh syarikat kepercayaan beliau sendiri.

Apatah lagi Datuk Azeez tampil di IPD Shah Alam dan membuat laporan polis !
SHAH ALAM, 2 Mac – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim hari ini membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dibuat terhadap pihak yang didakwa menyalahgunakan namanya dalam isu pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Katanya laporan itu dibuat susulan beliau mendapat surat tuntutan daripada firma guaman yang mewakili sebuah syarikat pada 27 Feb lepas, yang mendakwa beliau bersubahat dengan seorang individu bagi memperolehi RM3 juta berkaitan projek tersebut.
“Saya menerima surat tuntutan dari pejabat peguam yang mewakili syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd yang mana kandungan surat ini antara lain menuduh saya sebagai seorang penipu, perasuah serta mampu mempengaruhi pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi pihak Zenith dalam projek Penang Undersea Tunnel yang dikatakan diperolehi Zenith,” katanya.
Dalam surat itu, beliau dituduh menerima atau telah bersubahat dengan seorang yang bergelar ‘Datuk” bagi memperolehi RM3 juta yang dikatakan mempunyai kaitan dengan projek itu, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.
Turut sama ialah peguam mewakilinya Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Mengulas lanjut, Abdul Azeez yang juga Anggota Parlimen Baling berkata beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya bagi mendapatkan faedah dan manfaat daripada projek berkenaan.
“Saya menafikan terlibat dengan projek terowong ini… saya sangat setia kepada parti (UMNO) jadi mengapa saya harus terbabit dengan projek yang mempunyai kaitan dengan parti Dap ini,” tegasnya.
Sementara itu, Jahaberdeen berkata pihaknya telah memberi tempoh empat hari kepada syarikat tersebut untuk menarik balik semua dakwaan dan membuat permohonan maaf kepada anak guamnya sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.
“Laporan polis dibuat sebab anak guam saya peka terhadap pihak-pihak yang cuba menjual namanya sebagai seorang wakil rakyat selain kita lihat tuduhan ini palsu dan tidak berasas serta turut membabitkan institusi polis dan SPRM,” katanya. - Bernama
Mungkin akan ada puak-puak pembangkang yang masih tak puas hati apabila gagal untuk menjahanamkan Datuk Azeez, maklumlah fitnah kali ini nampaknya hilang tempo ... Apa pun kita tunggu 4 hari lagi apa respon Zenith !

Kalau BETUL dan TUDUHAN itu berdasarkan BUKTI maka Zenith tak perlu bagi alasan dan Guan Eng sila jaja ke seluruh pelusuk negara untuk HANCURKAN Datuk Azeez dan UMNO !

Kalau tidak Guan Eng TOLONG BERSEDIA untuk bertanggungjawab terhadap isu yang dibangkitkan kerana ia tetap melibatkan kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.

1.Maka kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengambil tindakan terhadap Zenith sekiranya siasatan dan tuduhan berlakunya rasuah seperti mana yang dilaporkan oleh SPRM.

2.Sekiranya TERBUKTI Zenith mengamalkan RASUAH maka kerajaan DAP Pulau Pinang perlu membatalkan semua projek khususnya melibatkan projek terowong dengan Zenith kerana syarikat tersebut mengamalkan RASUAH.

3.Sekiranya terbukti, Guan Eng selaku Ketua Menteri perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan jutaan ringgit wang rakyat yang telah dibayar kepada syarikat terbabit dan memulangkannya semula kepada kerajaan negeri.

4.Sekiranya terbukti, Guan Eng perlu mengembalikan semula semua tanah-tanah tambakan atau apa jua bentuk aset kekal yang telah dipindah milik kepada Zenith (sekiranya ada).

5.LIM GUAN ENG PERLU MELETAKKAN SEMUA JAWATAN dan SEGERA KELUAR DARI PULAU PINANG.


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels