Followers

Friday 9 March 2018

Enggan Mohon Maaf Terhadap Azeez, Keceluparan Guan Eng Bakal Bawa REBAH !


Selain berdepan dengan pelbagai skandal dan pertuduhan di mahkamah, Lim Guan Eng dilihat semakin tidak selesa apatah lagi dalam tempoh waktu PRU14 yang semakin hampir.

Barangkali kerana terlalu geram apabila projek terowongnya ditelanjangkan dengan pelbagai kelemahan dan skandal demi skandal telah menyebabkan Guan Eng tidak mampu bertahan lagi, kemahuan yang begitu mendesak untuk segera menghentam UMNO akhirnya tiba.

Peluang yang disorongkan oleh Zenith syarikat yang terlibat dalam projek terowong yang mengaitkan Datuk Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling itu difikirkan perlu segera digembar-gemburkan.

Kerana itu akhirnya Guan Eng tampil dan membuat tuduhan secara terbuka bahawa pemimpin UMNO dari Baling itu terlibat walaupun hakikatnya Guan Eng sebenarnya sedang menempah bala.

Apabila Zenith menarik balik tuduhan terhadap Azeez, maka soal tuduhan terhadap pemimpin UMNO itu secara tidak langsung tidak lagi relevan dan dalam bahasa mudah ianya adalah sama sekali tidak benar.

Serentak dengan itu Azeez kemudiannya telah menghantar surat tuntutan ke pejabat Guan Eng dan rumahnya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memberi tempoh empat hari kepada Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka, menarik balik kenyataan, berjanji untuk tidak mengulangi dakwaannya dan mendedahkan sumber maklumat mengenai surat peguam yang dihantar oleh Konsortium Zenith atau berdepan tindakan saman.

Tetapi Guan Eng memilih untuk terus kekal sebagai pemimpin politik paling keras kepala apabila mengejek tuntutan daripada Azeez.

Ketika ditanya sama ada Guan Eng bersedia untuk memohon maaf kepada Azeez, Guan Eng secara sinis menjawab: “Azeez Rahim? Tolonglah.”

Memang jenis tak mengaku salah punya puak !

Disebabkan sikap yang sebegitu, Azeez dalam kenyataannya berkata beliau memberikan tempoh selama 4 hari kepada Guan Eng untuk membuat permohonan maaf sekiranya gagal beliau akan mengambil tindakan yang wajar terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

So dalam kes ni MMI optimis Guan Eng telah melakukan kesilapan, hakikatnya walaupun tindakan saman yang hampir pasti dilakukan oleh Azeez terhadap beliau boleh diselesaikan oleh Guan Eng sekiranya perlu membuat sebarang pembayaran tuntutan saman apabila selesai kes nanti REALITINYA Guan Eng sedang membuka pintu kepada seluruh penduduk Pulau Pinang dan Malaysia untuk mengenali bahawa  KETUA MENTERI dari DAP ini adalah KAKI FITNAH dan KAKI PUTAR BELIT !

BELITAN yang hampir sama dilakukan oleh beliau terhadap penduduk Pulau Pinang yang kini semakin terkesan dengan kerakusan tahap dewa puak-puak penyembah Pakatan Haprak.

Tq Guan Eng !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels