Followers

Thursday 8 March 2018

Mahathir Keliru Dengan Propaganda Sendiri


Sejak bersama pembangkang Tun Mahathir tidak senang duduk, beliau asyik memikirkan strategi yang perlu beliau lakukan untuk memastikan penerimaan beliau ke dalam kem pembangkang bersama-sama parti PPBM oleh parti-parti seperti DAP, PKR dan PAN berbaloi.

Manakan tidak makin hari apa sahaja yang diungkapkan oleh beliau menjadi sasaran mudah sehingga melemahkan pembangkang itu sendiri.

Hakikatnya DAP sendiri sedar bahawa kehadiran Tun Mahathir membawa beban rekod beliau sewaktu punya kuasa sebelum ini.

Isu kekayaan anak beranak, kronisma dan percaturan politik berat sebelah akhirnya memakan diri dan ianya bukan sahaja terkesan kepada diri beliau tetapi juga seluruh kem pembangkang.

Kini sekali lagi puak-puak pembangkang perlu menerima hakikat Tun Mahathir melakukan kesilapan lagi. 

Kerana terlalu obses mahukan KPI dan mahu berkuasa Tun Mahathir keliru dengan propagandanya sendiri.

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu disaran supaya menghentikan propaganda yang mengelirukan rakyat mengenai kos sara hidup negara ini.

Penganalisis ekonomi di Fakulti Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Baayah Baba berkata, kos sara hidup meningkat merupakan fenomena normal ke arah pencapaian status negara maju.

Atas sebab itu katanya, masyarakat perlu mengambil beberapa langkah tertentu supaya tidak tertekan dengan situasi jumlah wang yang dibawa ke kedai tetapi kuantiti barangan dibawa pulang sedikit.

“Semua negara alami benda yang sama dan rakyat negara ini beruntung kerana pendapatan masing-masing turut ditingkatkan menerusi pelbagai langkah antaranya pelaksanaan gaji minimum.

“Saya yakin jika Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, beliau juga akan melaksanakan cukai barangan dan pendapatan (GST) kerana cukai itu memang diperlukan bagi menampung pendapatan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai video Bicara Polisi yang dimuat naik oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu di akaun Facebook beliau, hari ini.

Dalam video berdurasi 35 minit itu, Dr. Mahathir mendakwa kos sara hidup negara ini meningkat berikutan nilai mata wang yang jatuh, yuran universiti meningkat, kos pengangkutan yang tinggi dan pelaksanaan GST.

Dalam pada itu, Profesor Kanan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor meminta supaya Dr. Mahathir menyemak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.

Kata beliau, yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah lebih rendah berbanding yuran menghantar anak-anak ke taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) atau Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska).

Tambahnya, begitu juga dengan nilai mata wang negara yang telah kembali kukuh pada tahap RM3.90 kepada AS$1.

“Ekonomi negara ini bergantung pada ekonomi dunia, tetapi kerajaan masih mengawal harga barang keperluan, jadi masyarakat perlu menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan bijak membeli,” katanya.

MMI juga yakin semua perkara yang disebut diatas adalah dalam pengetahuan Tun Mahathir sendiri cumanya beliau perlu mengelak untuk menerimanya memandangkan beliau kini adalah pembangkang.

Atas sebab itu jugalah Tun Mahathir berusaha untuk menyalahkan kerajaan melalui apa cara sekalipun.

Sudahlah Tun pi berehat noo ...

MMI

1 comment:

  1. Hang suruh dia berehat???
    Suruh dia tingkatkan amal ibadat ...kubur dah lama menunggu ... Dlm kubur nnti agaknya dia dapat rehat tak??
    Dari satu segi ada juga baiknya orang tua ni duduk dlm PH..senanglah sikit kerja umno dan PAS

    ReplyDelete

Labels