Followers

Tuesday 6 March 2018

Zenith Tarik Balik Tuduhan Terhadap Azeez, Ada Pihak Cuba Sabotaj Guan Eng ???


GEORGE TOWN, 4 Mac – Syarikat pemaju projek terowong dasar laut di negeri ini, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, telah menarik balik notis tuntutan yang mendakwa anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersubahat dengan seorang individu bagi memperoleh  RM3 juta berkaitan projek mega itu.

Pada sidang media di sini hari ini, Abdul Azeez berkata pihaknya telah menerima surat daripada pejabat peguam yang mewakili syarikat itu semalam yang menyatakan mereka menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

“Consortium Zenith Construction Sdn Bhd melalui peguamnya meminta maaf kepada saya atas kesilapan ini. Mereka juga menyatakan dalam surat ini bahawa saya disahkan adalah mangsa penjualan nama dan mereka juga menyatakan bahawa mereka akan bantu saya dalam apa jua keadaan untuk membersihkan nama saya,” katanya.

Pada 27 Feb lepas, anggota Parlimen Baling itu mendapat surat tuntutan daripada firma guaman yang mewakili syarikat itu yang mendakwa beliau bersubahat dengan seorang individu bergelar ‘Datuk’ bagi memperoleh RM3 juta berkaitan projek tersebut.

Susulan itu, Abdul Azeez membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 2 Mac lepas bagi menggesa satu siasatan dibuat terhadap pihak yang didakwa menyalahgunakan namanya dalam isu pembinaan projek terowong dasar laut.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji berkata dengan penerimaan surat terbaru itu, jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai kaitan dengan projek berkenaan dan meminta pihak yang tidak bertanggungjawab untuk berhenti menyebarkan fitnah terhadapnya termasuk Tabung Haji dan UMNO.

“Saya dah bagi arahan sekeras-kerasnya kepada peguam saya untuk meneliti siapakah dalang-dalangnya (yang menyebarkan fitnah). Saya juga mendapat banyak viral berkaitan diri saya dan ramai pemimpin pembangkang yang menuduh UMNO dan Tabung Haji.

“Jadi, pertama sekali saya nak jaga nama Tabung Haji, kedua sebagai Ahli Parlimen Baling, ketiga institusi parti keramat UMNO dan keluarga saya. Saya tahu ini nak dekat pilihan raya. Mereka lakukan ini semua bertujuan untuk pembunuhan karakter bagi menjatuhkan parti keramat UMNO,” katanya.

Katanya beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan seterusnya sama ada menarik balik laporan polis yang dibuat atau mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. - Bernama

MMI kata ... Pertama sekali adalah jelas Zenith telah mengakui bahawa ada pihak lain yang menggunakan nama Datuk Azeez sehingga syarikat tersebut percaya seterusnya membuat pembayaran seperti mana yang dimaklumkan RM3 juta.

Perlu diingat diwaktu Zenith mengaku membuat PEMBAYARAN itu dan menuduh Datuk Azeez hanya berdasarkan kepada sumber pihak lain, seorang lagi ahli perniagaan telah ditangkap dan direman kerana berdepan pertuduhan menerima pembayaran RM19 juta yang diberitakan sebagai penipuan terancang.

Persoalannya kenapa begitu mudah Zenith mempercayai pihak terlibat ?

Kenapa sebuah syarikat seperti Zenith boleh melakukan tindakan sebegini ?

Merujuk kepada kenyataan oleh SPRM, agensi itu mengesahkan pihak mereka telah menahan seorang ahli perniagaan kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

DIPERCAYAI MENERIMA RASUAH UNTUK KAWTIM !

Di waktu Lim Guan Eng bermati-matian mempertahankan kelemahan pentadbirannya, Zenith tiba-tiba mengeluarkan surat tuntutan terhadap 2 individu kerana gagal untuk melaksanakan kerja-kerja yang telah dipersetujui dan ianya berkaitan projek terowong !

SPRM kata yang direman itu adalah penerima rasuah !!!!!

The question is ?

Apakah tindakan Zenith itu disebabkan oleh suara atau arahan dari dalam Pulau Pinang yang mahu supaya syarikat itu mencari jalan belakang untuk menyelesaikan masalah yang semakin membusuk ?

Atau ianya adalah tindakan pihak Zenith yang mahu SABOTAJ Guan Eng dengan mendedahkan tindak-tanduknya ?

Perhatikan betul-betul, semacam ada yang tak kena !

Guan Eng sepantas kilat membuat pengakuan tidak tahu menahu dan kemudiannya mahu mendengar sendiri penjelasan daripada pihak Zenith !

Tapi sebelum tu Guan Eng bukan main lagi siap jaja di pentas politik, tak cukup dengan itu tidak ada mana-mana pihak dari pembangkang khususnya di Pulau Pinang yang tampil serta mendesak Malaysiakini dan Sinar untuk segera menarik balik berita yang disiarkan sebelum ini.

Baca di blog Dr MiM

Wooo rasa memang ada yang tak kena ni .........Siapa yang sabotaj siapa ?

MMI macam biasa Guan Eng tak payah tunggu lagi dah TOLONG buat 5 perkara di bawah ;

1.Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengambil tindakan terhadap Zenith sekiranya siasatan dan tuduhan berlakunya rasuah seperti mana yang dilaporkan oleh SPRM.

2.Sekiranya TERBUKTI Zenith mengamalkan RASUAH maka kerajaan DAP Pulau Pinang perlu membatalkan semua projek khususnya melibatkan projek terowong dengan Zenith kerana syarikat tersebut mengamalkan RASUAH.

3.Sekiranya terbukti, Guan Eng selaku Ketua Menteri perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan jutaan ringgit wang rakyat yang telah dibayar kepada syarikat terbabit dan memulangkannya semula kepada kerajaan negeri.

4.Sekiranya terbukti, Guan Eng perlu mengembalikan semula semua tanah-tanah tambakan atau apa jua bentuk aset kekal yang telah dipindah milik kepada Zenith (sekiranya ada).

5.LIM GUAN ENG PERLU MELETAKKAN SEMUA JAWATAN dan SEGERA KELUAR DARI PULAU PINANG.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels