Followers

Showing posts with label SUARAM. Show all posts
Showing posts with label SUARAM. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

SUARAM & Pakatan Haprak Makin GUSAR Cuba PERBODOHKAN RAKYAT !!


Taklimat scorpene oleh dua peguam Perancis, William Bourdan dan Joseph Breham di Singapura semalam diragui banyak pihak akan motif dan kredibilitinya.

Ini berikutan taklimat yang disampaikan kepada Ahli Parlimen pakatan pembangkang dari Malaysia dan peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu dibuat dalam suasana kehangatan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.

Program di Singapura itu dimulakan dengan penerangan awal oleh Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, yang dihadiri Ahli Parlimen Batu (Tian Chua), Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Meskipun sudah terang lagi bersuluh tidak wujud unsur rasuah dalam pembelian scorpene kapal selam konvesional terbaik di dunia dari aspek kemampuannya, namun pembangkang sejak beberapa bulan lalu begitu berdegar-degar mempolitikkannya sehingga merancang membawa peguam Perancis terbabit ke Kuala Lumpur, sebelum beralih ke Singapura semalam.

Malah seorang pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel baru-baru ini menafikan laporan media yang disebarkan oleh beberapa portal pembangkang di negara ini berhubung perbicaraan berkenaan dakwaan isu kapal selam scorpene yang dikhabarkan bakal berlangsung di Perancis. Beliau meminta media di Malaysia membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.

Charpenel berkata di Perancis seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia. Maka sesiapa pun berhak memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

"Seseorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ianya adalah mustahil, ia bertentangan dengan undang-undang dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa" kata Charpenel.Baca Seterus

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa SUARAM dan Pakatan Haprak sedang cuba memperbodohkan rakyat kerana mana mungkin sekiranya sesuatu kes sedang di bawa dalam perbicaraan apatah lagi ianya masih berjalan di mahkamah boleh pula di bawa berbincang dalam program seperti mana yang di susun atur oleh juak-juak pembangkang.

Sudah-sudahlah berbohong , Ayuh bangunlah rakyat Malaysia sudah sampai masanya kita perlu tolak Pakatan Haprak kerana masa depan negara bukan sesuatu yang boleh di permainkan.

MMI.

Sunday, 11 November 2012

ROS Serbu SUARAM Pulau Pinang , Ada Cerita Di Sebaliknya ..

Gambar Hiasan
Nampaknya tindakan sudah mula dilakukan terhadap sekumpulan budak-budak cakap pandai yang kononnya hebat seantario dunia bilamana asyik dengan penipuan demi penipuan maha dasyat mereka.

Puak-puak SUARAM yang merupakan juak-juak Pakatan Haprak tegar kini sudah mula merasakan bahawa dunia ini bukan milik mereka.Tidak ada mana-mana pihak mampu lepas dari sebarang bentuk penipuan apatah lagi penipuan terhadap sebuah kerajaan seperti Malaysia.

MMI menyokong penuh tindakan ROS terhadap SUARAM kerana puak-puak ni sebenarnya perlu diajar.Bercakap macam hebat sangat tapi dungu sebenarnya , manakan tidak kalau syarikat yang berdaftar dengan SSM pun dikatakan NGO !

Memang bangang puak-puak ni , MMI nak bagitau kat juak-juak SUARAM ampa dengar sini ! budak-budak belia lagi bagus dari puak-puak ampa sebab mereka tahu membezakan diantara syarikat dan NGO. 

Untuk pengetahuan semua Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini 'menyerbu' pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) negeri bagi menjalankan siasatan berhubung pendaftaran pertubuhan itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, ROS, Arsad Kamaruddin berkata, dua pegawainya hadir ke pejabat SUARAM Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan.

"Kunjungan ROS adalah untuk mengambil kenyataan berhubung pendaftaran SUARAM untuk siasatan lanjut".

Arshad dalam pada itu menegaskan, siasatan berkenaan juga tidak melibatkan isu-isu lain yang dikaitkan dengan SUARAM sebelum ini.

"Kita hanya menyiasat berhubung pendaftaran dan tidak ada kaitan dengan isu-isu lain," ujarnya.

Sementara itu, Koordinator Suaram Pulau Pinang, Ong Jin Cheng berkata, maklumat lengkap berhubung kedatangan pegawai ROS tidak diketahui kerana beliau tiada di pejabat ketika itu.

MMI rasalah perkara paling afdal yang harus kerajaan lakukan sekarang ini adalah HARAMKAN SUARAM kerana mereka sememangnya buat kerja macam anak haram !!

Tapi ada kawan kata jangan HARAMkan sebab puak ni banyak tolong sedarkan rakyat betapa jijiknya Pakatan Haprak dalam usaha merampas Putrajaya.

Emm betul juga !! 

MMI.

Friday, 2 November 2012

Sah SUARAM Agen Yahudi "TERRORIST"


Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa terlibat dalam satu perancangan bersama dengan sebuah syarikat guaman tempatan terkemuka untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi oleh rakyat.

Pendedahan kerjasama antara Suaram dengan syarikat guaman dalam satu ‘misi besar’ itu terbongkar selepas sepucuk surat dengan maklumat palsu yang ditulis peguam syarikat terbabit kepada peguam Perancis, didedahkan oleh Wee Choo Keong (gambar) (Bebas-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat hari ini.

Menerusi surat rasmi yang ditandatangani oleh peguam berkenaan dakwa Choo Keong, syarikat guaman tersebut yang banyak mendapat kontrak guaman dengan syarikat milik kerajaan (GLC) mendakwa Suaram sebagai sebuah pertubuhan yang sah melalui Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) walaupun terbukti tidak berdaftar.

Melalui kenyataan ini sah SUARAM sebenarnya adalah agen Yahudi yang sedang cuba untuk meruntuhkan kerajaan Malaysia yang sah di sisi undang-undang.


Malah bagi MMI dengan pendedahan oleh Wee Choo Keong ini SUARAM sebenarnya adalah "terrorist" yang kini dibiarkan bergerak bebas dalam negara walaupun sudah terbukti segala permbohongan dan gerak kerja mereka selama ini.

Kepada pihak berwajib khususnya KDN , MMI sarankan agar tindakan segera dapat dilakukan supaya gerakan yang sudah jelas membahayakan negara ini dapat di tumpaskan.

Jangan tunggu sampai dah berlaku sesuatu baru nak bertindak !!

MMI.

Friday, 21 September 2012

SUARAM Mula Di Telanjangkan !!


Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah kira-kira RM1.6 juta.

Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama.

Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835.

National Endowment for Democracy (NED) yang dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman menyalurkan dana hampir RM20 juta ke negara ini antara 2005 hingga 2011.

Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.

Menurut sumber, antara penerima terbesar dana daripada NED itu adalah National Democracy Institute for International Affairs (NDI) berjumlah kira-kira RM4.6 juta iaitu 23 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan.


NDI adalah pertubuhan yang turut menyalurkan 'sejumlah kecil sumbangan' kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) seperti yang diakui sendiri Pengerusinya, Datuk S. Ambiga dan dilaporkan secara meluas portal-portal berita sebelum ini.

Satu ja nak tanya juak-juak pencacai PAS yang turut sama dalam himpunan haram "Bersih" bersama Ambiga , sedaq dak duit yang datang tu dari sumber Yahudi ?? Nak kira macam mana pula tu ??

MMI.

SUARAM Mesti Suka Dengan Kenyataan Hillary Clinton !!


Kenyataan daripada Hillary Clinton yang MMI petik daripada blog Tun Mahathir berkenaan isu filem hina Islam pastinya disokong oleh kononnya sebuah NGO yang tak berdaftar ni.

Maklumlah merekakan kumpulan yang kononnya memperjuangkan suara rakyat walaupun hakikatnya hanyalah agen zionis dalam meruntuhkan institusi kerajaan yang selama ini dibawah Barisan Nasional.

Apa pun MMI cukup tertarik dengan entri terbaru daripada blog Chedet yang bertajuk "Freedom Of Expression" jom baca.

Addendum to “Freedom of Expression”, updated Sept 19, 2012

1. Hillary Clinton says the film insulting to Muslims cannot be stopped because of freedom of expression.

2. The French and Italian papers published photos of a naked Duchess of Cambridge. Now a French court has ordered the publishers to surrender all the pictures to the royal couple and to stop publishing them. The Italians are also going to do the same.

3. So freedom of expression is selective, not to be used against a countess but okay for the prophet of the Muslims.

4. I know there are many hypocrites in the West but this is the mother of all Western hypocrisy.

Sambung baca di sini 

MMI.

Thursday, 20 September 2012

SUARAM Kini Mengelupor Umpama Cacing Kepanasan


SUARAM atau MMI lebih suka menggelarkan sebagai Hantu Raya ni sememangnya merupakan sebuah kumpulan yang paling bangang pernah ada di Malaysia.Kalau nak dibandingkan dengan para belia diluar sana ataupun mereka-mereka yang terlibar secara aktif dalam dunia NGO ini pastinya SUARAM antara gerakan yang paling dungu sekali.

Mengapa MMI berkata sedemikian kerana SUARAM yang kononnya dianggotai oleh cerdik pandai ni langsung tak dapat membezakan antara NGO dan syarikat.Amat memalukan apabila sebuah badan seperti SUARAM yang menggelarkan diri mereka sebagai gerakan NGO langsung tidak dapat membezakan diantara ROS , ROY dan SSM.

Selama mereka bertempik bersorak menjadi agen Pakatan Haprak menyerang kerajaan dan mendabik dada kononnya mereka merupakan sebuah NGO yang mewakili suara rakyat sebenarnya SUARAM hanyalah sebuah syarikat swasta dengan modal berbayar RM2 yang berdaftar dengan SSM itupun dengan menggunakan nama Suara Inisiatif Sdn Bhd.

SUARAM dalam kecerdikan yang ditunjukkannya rupa-rupanya ada sifat bodoh-bodoh suam apabila gerakan mahupun pertubuhan seperti ini seharusnya didaftarkan di bawah ROS dan perkara penting yang harus diketahui oleh semua adalah selama ini SUARAM merupakan satu gerakan mahupun pertubuhan HARAM apabila mereka menggelarkan diri sebagai gerakan NGO.

Tahukah anda menurut dokumen SSM, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua-dua mereka sebagai pengarah pada 7 Jun 2004.

Dokumen itu menyatakan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 pada 2010.

Selama mereka bergerak sebagai agen kepada Pakatan Haprak menyerang kerajaan dan para pimpinan negara kini SUARAM dilihat mengelupor seperti cacing kepanasan apabila siasatan sudah mula dijalankan terhadap pertubuhan HARAM ini.

Gambar diatas menunjukkan Pengarah Eksekutif Suaram, Nalini Elumalai menunjukkan borang yang diberikan pegawai ROS selepas mendengar penjelasan beliau mengenai butir-butir syarikat di pejabat Suaram, Taman Gasing Indah, Petaling Jaya.

Dalam masa yang sama pihak ROS dilarang dari memasuki premis mereka bagi menjalankan siasatan.Klik Sini 

Persoalannya mengapa SUARAM tidak membenarkan pegawai-pegawai ROS untuk memasuki premis mereka ? Bukankah selama ini SUARAM yang begitu hebat bercakap soal ketelusan ?

Malah mereka dilihat cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat dengan membuat satu laporan polis terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau menyalah guna kuasa, campur tangan serta mempengaruhi siasatan dan berniat jahat terhadap entiti tersebut.


Bukankah dalam isu "scorpene" SUARAM juga melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan dan Kementerian Pertahanan Negara dengan berniat jahat dalam cubaan memburukkan kerajaan ?

Dengan keterlibatan banyak pihak dalam siasatan terhadap SUARAM ini seperti peguam negara,Bank Negara,SSM,Kementerian yang bertanggungjawab,LHDN sudah pasti SUARAM kini bakal menerima pengajaran paling berguna malah hampir pasti di telanjangkan tubuh badan mereka yang selama ini berselindung atas nama NGO.Baca Sini 

Walaupun pihak peguam negara telah meminta supaya kertas siasatan daripada SSM di lengkapkan ianya membuktikan bahawa betapa seriusnya kes ini sehinggakan siasatan secara menyeluruh sedang dilakukan khususnya berkaitan sumber dana yang mendapat kerjasama daripada Bank Negara.


Apakah SUARAM merupakan agen kepada penyaluran dana asing bagi mengganggu atau melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap kerajaan dan negara ?

Sama-sama kita tunggu keputusannya..

Psstt MMI jumpa budak-budak belia pagi tadi dan depa gelak dekat SUARAM sebab tak tau beza ROS dengan SSM pastu pandai-pandai gelar diri NGO hehe..

MMI.

Labels