Followers

Showing posts with label Taufan Sandy. Show all posts
Showing posts with label Taufan Sandy. Show all posts

Wednesday, 7 November 2012

Di Sebalik Taufan SANDY Yang Kita Perlu Tahu


Di sebalik taufan Sandy menghentam kota New York dan pelbagai musibah yang melanda warganya rupa-rupanya terdapat unsur-unsur kemanusiaan yang cukup menyentuh hati siapa saja yang bakal melihat gambar-gambar yang MMI muatkan dibawah ini.

Walaupun majoriti penduduknya bukanlah mereka yang sebangsa dan seagama dengan MMI namun atas semangat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh penduduk kota New York seharusnya kita memberikan pujian diatas segala usaha bersama yang ditunjukkan oleh mereka bagi membantu sesama sendiri.

Presiden Obama dan pesaing politiknya, Governor Chris Christie datang bersama membantu insan yang dalam kesusahan.

New Jersey


Kakitangan hospital membuat rantaian manusia untuk menghantar bahan api ke tingkat atas di Bellevue Hospital.

Pasukan penyelamat yang bertungkus lumus menyelamatkan mereka yang terperangkap bahkan binatang peliharaan juga turut diselamatkan.


Bantuan melalui laman FaceBook turut menjadi alternatif kepada penduduk yang ditimpa bencana.

Khidmat perubatan percuma yang disediakan oleh klinik dan doktor persendirian. 

Jururawat dan para doktor yang memberi perkhidmatan tanpa pulang ke rumah masing-masing.

Pasukan keselamatan turut membantu membawa minyak generator bagi kegunaan hospital.

Restoran turut menyediakan makanan percuma kepada penduduk


Penduduk menyediakan perkhidmatan elektrik bagi mereka yang mahu mengecas bateri telefon bimbit dengan menggunakan basikal.
Begitulah sebahagian daripada usaha penduduk kota New York saling membantu sesama mereka pada ketika mereka dilanda kesusahan.

Sewajarnya kita sebagai rakyat sebuah negara yang dilindungi oleh Allah swt dari sebarang bencana seperti mana yang berlaku di negara-negara lain BERSYUKUR dan mengambil iktibar dari apa yang telah ditunjukkan oleh penduduk kota New York.

Mereka bukan sebangsa dan mereka bukan seagama dengan kita namun atas semangat kemanusiaan mereka saling bantu membantu , apakah kita di Malaysia perlu terus berbalah sedangkan kita majoritinya sebangsa dan seagama.

MMI tinggalkan persoalan itu untuk sama-sama kita renungkan.......

MMI.

Wednesday, 31 October 2012

Taufan "Sandy"


Pasti ramai yang sudah pun mengetahui tentang taufan "Sandy" yang kini menghentam New York.Malah diberitakan keadaan disana juga agak sedikit kelam kabut dan taufan ini dijangka berlarutan dalam sehari dua ini.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan khususnya kepada orang-orang Islam di sana dalam menempuh taufan "Sandy" ini.

Berikut adalah video taufan "Sandy" yang sempat dirakamkan..

   




Ketika entri ini ditulis , hujan begitu lebat mencurah-curah turun tanda rahmat dari Allah SWT kepada rakyat Malaysia.Oleh kerana itu bersyukurlah kerana negara kita tidak ditimpa malapetaka sepertimana yang berlaku di negara-negara lain.

MMI.

Labels