Followers

Monday, 31 October 2011

Berita Dari Tasek Gelugor - Hari Keluarga Belia Islam


Hari Keluarga Belia Islam Air Melintas Kecil yang diadakan pada 29 hingga 30 Oktober 2011 bertempat di Pantai Merdeka Kedah telah berjaya mengumpulkan seramai 60 belia dari kampung Air melintas Kecil dan 40 ahli-ahli keluarga termasuk kepimpinan setempat.

Program yang dijalankan ini cukup meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti berbentuk keagamaan yang turut dibantu oleh AJK Surau Air Melintas Kecil.Ramai dikalangan belia yang mengikuti program ini melahirkan rasa gembira dan teruja dengan pengalaman yang di perolehi selain dapat melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan mandi laut.

Kemuncak kepada program ini adalah dengan kehadiran YB Tuan Hj Shabudin Yahya ADUN Permatang Berangan merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor pada malam 29 Oktober 2011 dan turut dijemput untuk memberikan ucapan selain daripada berkongsi pengalaman serta nasihat betapa pentingnya dalam usia yang muda ini para belia perlu bijak dalam mengatur hala tuju agar menjadi seorang pemuda yang berguna bukan saja untuk Bangsa malahan kepada Agama dan Negara.





Menurut Sdr Zambri Che Ros Setiausaha UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang turut bersama YB Tuan Hj Shabudin Yahya , Pihak UMNO Bahagian Tasek Gelugor sentiasa menyokong program-program sebegini kerana ianya mampu memberikan satu pengalaman yang berguna selain ilmu yang boleh diperolehi oleh para belia.UMNO Bahagian Tasek Gelugor turut membantu dengan menyediakan khemah bagi kegunaan para peserta.

MMI yakin program yang dijalankan secara santai ini merupakan salah satu kaedah terbaik dalam usaha kita memberikan khidmat dan nasihat kepada para peserta dalam usaha untuk melihat mereka menjadi bangsa pewaris yang terbaik.MMI turut berpeluang dalam aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut termasuklah menyediakan ayam bakar untuk makan malam.




Semua peserta dan kempimpinan yang hadir disediakan makan malam hasil daripada permuafakatan sesama peserta dan ahli keluarga yang bergotong-royong dalam menyediakan makanan.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan sekalung tahniah kepada semua yang turut terlibat menjayakan program.

MMI percaya bahawa generasi muda hari ini perlu diberikan pendedahan yang sebaiknya kerana mereka merupakan aset terbaik kepada negara bahkan bakal menjadi generasi pewaris kepada apa yang kita nikmati hari ini.

Sayangi Belia Sayangi Negara.

MMI.      

No comments:

Post a Comment

Labels